.jpg)
SANDAKAN 8 April –Dialog Negara Islam anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Sandakan. Program pertama di dalam Siri Jelajah Malaysia 2012 ini telah berjaya menarik lebih kurang 200 orang yang memenuhi Ballroom hotel tersohor di Sandakan itu. Umat Islam dari seluruh pelosok Sandakan hadir bagi mengetahui lebih lanjut tentang Hizbut Tahrir dan perjuangan Hizbut Tahrir di dalam menegakkan Negara Islam (Khilafah) di seluruh dunia.