Laman Utama Analisis

Edisi Khas

Al Quds Tidak Akan Dapat Dibebaskan Hanya Dengan Demonstrasi


بسم الله الرحمن الرحيم

هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ

Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)

Seminar

Banner

Login Form



Ada seramai 43 tetamu dalam talian

Undian

Tahukah anda bahawa makna dan hakikat sebenar hijrah adalah perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam?
 
Analisis


Analisis : Persaingan antara China dan Amerika PDF Print E-mail
Isnin, 28 Disember 2009 07:33
altPada bulan Oktober 2009 yang lalu, China telah memperingati ulangtahun Revolusi yang ke-60 di mana ia merdeka dari China serta mengalahkan golongan Nasionalis dan terbentuknya Republik Sosialis China. Sejak awal abad ke-21, para analisis memandang bahawa kebangkitan China adalah sebagai suatu tentangan terbesar terhadap Amerika Syarikat (AS) dan ramai yang beranggapan bahawa China akan berkembang menjadi negara kuasa besar. Kepesatan China menjadikannya negara yang diambilkira dalam peta politik dunia, membuatkan banyak golongan merasa kagum serta menjangkakan wujudnya pertembungan kekuatan global dari Barat ke Timur. China tidak pernah menjadi kuasa politik dan sejarah silamnya yang kelam akibat penjajahan kejam oleh Jepun telah menjadi memori bagi China selepas Perang Dunia Kedua. Revolusi enam puluh tahun bagi negara besar dunia ini merupakan satu realiti baru dan buat pertama kalinya ia dianggap sebagai negara kuasa besar.
Seterusnya...
 
Strategi Rancangan Amerika Syarikat untuk Menguasai Indonesia PDF Print E-mail
Jumaat, 11 Disember 2009 09:20
Strategi Rancangan Amerika Syarikat untuk Menguasai Indonesia
(Cadangan Tentera AS untuk Indonesia)


Disusun oleh: Lathifah Musa
 
altSemua ideologi yang ada di dunia ini memiliki kaedah (thariqoh/jalan) untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh penjuru dunia. Kaedah perluasan Kapitalisme sebagai sebuah ideologi yang ketika ini masih mendominasi dunia telah berkembang mengikut peredaran zaman. Meskipun demikian, penjajahan tetap menjadi perkara dasar di dalam Kapitalisme. Baik sama ada untuk menyebarluaskan ideologi ataupun untuk  mengeksploitasi negara-negara lain demi kepentingan Kapitalisme. Amerika Syarikat (AS) telah memaksa dominasi politik, ketenteraan dan ekonomi dalam dunia Islam dalam rangka mengeksploitasi manfaat-manfaat materialistiknya. Di samping itu, AS juga berusaha menyebarkan Kapitalisme di dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, pendidikan, budaya dan lain-lain.
Seterusnya...
 
Propaganda Barat Terhadap Pengganas Berbau Anti Islam PDF Print E-mail
Ahad, 13 September 2009 05:51
altPihak Kuffar Barat tidak pernah dan akan berhenti membenci dan sentiasa merancang siang dan malam untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka pada setiap ketika mencari-mencari kelemahan umat Islam sehingga mereka mendalami serta meneliti  semua perkara tentang kaum Muslimin dan Islam yang akhirnya mereka dapati bahawa kekuatan Islam dan umatnya terletak pada aqidah Islam dan pemikiran-pemikiran yang terpancar darinya. Bertolak dari situ,  mereka merancang dan berusaha untuk memusnahkan Islam. Antara kaedah yang mereka lakukan adalah dengan cara menghapuskan Islam sebagai aqidah siyâsiyah (dasar sistem politik) dan menggantikannya dengan aqidah sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan). Mereka berusaha mengembangkan idea-idea yang muncul dari aqidah sekularisme ini seperti nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, Hak Asasi Manusia (HAM), kebebasan, dan politik pasaran bebas.
 

Di samping itu, untuk menjauhkan keinginan kaum Muslim untuk kembali kepada Islam, mereka secara terancang memberikan label-label negatif terhadap Islam dengan istilah-istilah seperti pengganas, fundamentalis, konservatif, ekstremis dan  lain-lain. Mereka juga melakukan perang propaganda seperti  memberikan gelaran-gelaran negatif, maklumat yang salah, memberikan persepsi yang berbeza, mengaburkan atau mengalihkan isu utama kepada isu lain serta cara-cara propaganda lain.  Mereka melakukan penyesatan pandangan terhadap kaum Muslimin. Semuanya itu  berpunca daripada satu perkara  iaitu sebagai satu usaha untuk menghancurkan  Islam sebagai satu kekuatan politik dan ideologi sekaligus menghalang tertegaknya Daulah Islamiyah dan penerapan Islam yang kâffah.
Seterusnya...
 
Muslihat Amerika Di Dalam Krisis Nuklear Korea Utara PDF Print E-mail
Khamis, 10 September 2009 01:14
altPada 25 Mei 2009 yang lalu, Korea Utara telah mengumumkan bahawa mereka telah berhasil melakukan ujian nuklear. Telah dinyatakan di dalam laporan sebelumnya bahawa Korea Utara akan meningkatkan kekuatan nuklearnya dan menuduh pentadbiran Obama yang melakukan tindakan permusuhan. Korea Utara juga menolak  rundingan yang melibatkan 6 negara. Pada 27 Mei 2009 yang lalu, Korea Utara menyatakan bahawa ia tidak akan menghentikan permusuhan terhadap Amerika Syarikat. Ini adalah reaksi kepada penyertaan Korea Selatan dalam inisiatif Amerika untuk menyekat pengembangan senjata nuklear [al-Jazeerah: 31.05.09].
Apakah reaksi dunia antarabangsa terhadap peristiwa ini? Apakah ia akan menyebabkan peningkatan ketegangan dan ancaman peperangan, atau menolak kemungkinan berlaku perang, bagaimana dengan rundingan, apakah masih boleh diteruskan? Apakah sebenarnya yang menyebabkan Korea Utara yang sebelum ini akur untuk menghentikan program nuklearnya tiba-tiba berubah?
Seterusnya...
 
Analisis : Isu Periuk Api Di Sempadan Syria-Turki Kini Menguntungkan Yahudi PDF Print E-mail
Rabu, 09 September 2009 12:19
 
altSoalan:

Apakah penjelasan kepada isu penanaman periuk api di sempadan Syria-Turki? Bila dan bagaimanakah ia dilakukan? Sejauh manakah isu ini meninggalkan kesan pada konflik antarabangsa umat Islam? Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda di atas penjelasan ini. Terima kasih.
Seterusnya...
 
Di sebalik perletakan jawatan Musharraf PDF Print E-mail
Rabu, 24 September 2008 18:04
altBerikut adalah terjemahan Bahasa Arab soal jawab berhubung perletakan jawatan Musharraf yang telah diajukan kepada Hizbut Tahrir pada 19/08/08.

Soalan: 


Para pegawai Amerika sebelum ini telah banyak mengatakan bahawa Musharraf merupakan satu aset bagi AS dalam menjaga kepentingan serta menguatkan cengkaman mereka di kawasan tersebut. Musharraf juga merupakan sekutu kuat Amerika dalam pencerobohan mereka ke atas Afghanistan. Namun, pada 18hb Ogos 2008, Amerika telah meninggalkan Musharraf, menyebabkan beliau tiada pilihan lain kecuali melepaskan jawatannya sebagai Presiden. Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah ini menggambarkan bahawa terdapat konfrontasi politik dengan Britain di mana mereka telah berjaya menjatuhkan Musharraf? Dan siapakah yang akan mengganti Musharraf sebagai Presiden republik itu?
Seterusnya...
 
Perubahan sebenar menuntut kita untuk mengebumikan sistem kuffar Barat bersama Musharraf, iaitu sebuah sistem yang melahirkan ejen sepertinya PDF Print E-mail
Ahad, 24 Ogos 2008 20:13
Jumaat, 19 Syaaban 1429

Pada tanggal 18 ogos 2008, Presiden Musharraf telah mengumumkan perletakan jawatan.  Beliau berkhidmat untuk Amerika dengan kepatuhan sepenuhnya terhadap undang-undang mereka, membantu secara terbuka dalam agenda peperangan menentang kaum Muslimin dan Islam.  Menyaksikan penyusutan pengaruh Musharraf, Amerika telah  membiarkan presiden itu terbuang dan memihak kepada ejen baru yang akan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berhasil.  Sesungguhnya inilah takdir yang pasti untuk mereka yang hidup untuk meraih keredhaan dan kehormatan dari orang kafir.  Allah berfirman:

Seterusnya...
 
Soal Jawab Berkenaan Harga Minyak PDF Print E-mail
Rabu, 16 Julai 2008 17:17

Apakah yang menyebabkan harga minyak melambung tinggi?

Terdapat pelbagai sebab mengapa harga minyak melambung tinggi. Pengaruhnya mengikut turutan adalah:

  1. Spekulasi
  2. Kapasiti penapisan minyak
  3. Kadar penggunaan minyak yang semakin meningkat
  4. Kemuncak minyak (Oil Peak) – sumber minyak dunia semakin berkurangan..
  5. Suasana geopolitik dan situasi ekonomi AS
Seterusnya...
 
Sidang Pemimpin Negara OPEC, Bukti Kesetiaan Rejim Arab Saudi Kepada Rejim Amerika Syarikat PDF Print E-mail
Rabu, 21 November 2007 19:59
Persidangan pemimpin negara OPEC di Riyad baru-baru ini telah berakhir dengan beberapa cadangan yang agak kontroversi dari beberapa buah negara pengeluar minyak. Antara yang mengemukakannya adalah tokoh yang agak kontroversi iaitu Hugo Chavez dari Venezuala dan Ahmadinejad dari Iran. Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh BBC, antara perkara yang agak kontroversi yang dicadangkan oleh Ahmadinejad adalah memulau USD sebagai alat pertukaran untuk komoditi petroleum, ini kerana USD telah jatuh secara kronik sejak 12 bulan yang lepas.
Seterusnya...
 
Perlukah Pengajaran Sains dan Matematik dilakukan dalam Bahasa Inggeris PDF Print E-mail
Khamis, 15 November 2007 20:04
1)  Perlu sekiranya IPTA mahu menarik pelajar-pelajar dari luar negara untuk mengikuti kursus-kursus di IPTA di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Ini juga dapat meningkatkan kredibiliti Universiti tersebut dengan adanya para pelajar dari luar negara.

2)  Tidak perlu sekiranya para pelajar di negara ini kurang penguasaan Bahasa Inggeris untuk memahami ilmu Sains dan Matematik yang diajarkan dalam bahasa tersebut.

Seterusnya...
 
«StartPrev123NextEnd»