Laman Utama Artikel

Edisi Khas

Al Quds Tidak Akan Dapat Dibebaskan Hanya Dengan Demonstrasi


بسم الله الرحمن الرحيم

هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ

Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)

Seminar

Banner

Login Form



Ada seramai 31 tetamu dan 1 ahli dalam talian
  • ibnuidris

Undian

Tahukah anda bahawa makna dan hakikat sebenar hijrah adalah perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam?
 
Artikel
Pembohongan Di Sebalik Bantuan Kemanusiaan Barat PDF Print E-mail
Sabtu, 06 Mac 2010 12:56
Pembohongan Di Sebalik Bantuan Kemanusiaan Barat
 
altMengapakah negara-negara Barat begitu bersemangat untuk pergi ke negeri-negeri yang sedang dilanda bencana? Adakah tujuannya untuk memberikan pertolongan atau mempunyai tujuan yang lain? Adakah negara-negara kapitalis mempunyai sikap mengambil berat terhadap rasa kemanusiaan sehingga mereka sanggup bersaing untuk melakukan ‘penyelamatan’  ke atas orang-orang miskin dan orang-orang yang sakit di kalangan umat manusia?! Atau adakah  mereka menyembunyikan belati beracun di sebalik jubah bantuan kemanusiaan ini? Adakah asas ideologi kapitalis mengenali erti nilai kemanusiaan sehinggakan mereka harus menghantar pasukan penyelamat, kapal terbang dan kapal laut mereka untuk melakukan ‘penyelamatan’ ke atas umat manusia yang sedang ditimpa bencana?!

Di Haiti, Amerika menghantar pasukan tentera dan menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk mengambil peranan utama dalam mengendalikan lapangan terbang serta mula mengawal setiap pergerakan pesawat. Dapat dilihat dengan jelas sekali bagi semua pemerhati bahawa tujuan Amerika dan juga negara-negara Eropah bukan hanya untuk menyelamatkan mangsa gempa bumi dan membantu para pelarian, ia juga adalah perang untuk merebut pengaruh, kekuasaan dan kepentingan mereka. Lihatlah di Haiti sejauh mana kejatuhan moral yang berjaya dicapai oleh kaum kapitalis apabila bocornya laporan penyeludupan anak-anak yatim Haiti untuk mereka jadikan sebagai hamba, atau mereka gunakan sebagai ‘alat ganti’ manusia, sepertimana yang terjadi sebelum ini apabila Perancis yang berada Chad mencuri anak-anak kaum Muslimin dari  Darfur.
Seterusnya...
 
Persoalan Penting di Sebalik Menara Dubai PDF Print E-mail
Selasa, 26 Januari 2010 18:39
altSejak tiga hari pertama selepas Menara Dubai atau Burj Khalifa dibuka kepada masyarakat umum, kira-kira sepuluh ribu enam ratus orang telah menaiki lif untuk sampai ke menara peninjau di tingkat ke-124. Jumlah bayaran yang terkumpul adalah sekitar USD280,000.

Di sekeliling menara tersebut, hari demi hari, ribuan pengunjung bersesak berebut tempat untuk bergambar di hadapan kilauan menara setinggi 818 meter itu. Mereka bersukaria dan terpesona dengan keberanian Dubai membangunkan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia ketika ini.

Menara itu merupakan rangka kedegilan Dubai dalam menarik pelaburan, sedangkan negara ini sebenarnya sedang mengalamai kemelesetan ekonomi. “Bangunan ini menunjukkan bagaimana kekayaan sedang bergerak dari Barat ke Timur,” kata Prajash Kelkar, yang sudah sebelas tahun tinggal di Dubai. Tanpa merasa khuatir tentang situasi kewangan, dia pun berkata, “Inilah kebanggaan Dubai.”
Seterusnya...
 
Di Sebalik Krisis Di Yaman PDF Print E-mail
Rabu, 06 Januari 2010 17:39
Apakah penyebab berlakunya krisis di Yaman di saat ini?

Peperangan memerangi  terorisme (War On Terrorism) yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) memasuki fasa baru pada bulan Disember 2009 apabila peperangan di Afghanistan beralih ke Yaman. Tentera kufar AS melancarkan peluru berpandu yang dibantu oleh pasukan pemerintah Yaman, dengan menggunakan kereta kebal, helikopter dan meriam telah menyerang perkampungan di pergunungan yang dipercayai tempat persembunyian rangkaian al-Qaeda Osama bin Laden. Yaman nampaknya akan menghadapi pelbagai masalah dalam pelbagai perkara, di mana kerajaan pusat Yaman yang lemah telah gagal untuk menyelesaikan masalah secara diplomatik lalu terus menggunakan cara ketenteraan untuk menyelesaikannya. Yaman telah berhadapan dengan perang saudara dengan dengan sebahagian besar penduduk Syi’ah di bahagian utara. Ia juga berhadapan dengan puak pemisah di selatan yang menuntut rundingan semula kesepakatan penyatuan wilayah utara dan selatan yang termeterai pada tahun 1990. Selain itu, Yaman juga menghadapi serangan daripada al-Qaeda di seluruh wilayahnya. Yaman hari ini merupakan negara yang sebahagian besarnya masih mundur dan dipimpin oleh pelbagai suku (kabilah), manakala kerajaan pusat pula masih gagal mengubah kenyataan ini.
Seterusnya...
 
Politik Agama PDF Print E-mail
Isnin, 28 Disember 2009 19:12
Parti-parti Islam yang memperjuangkan syariat Islam atau menegakkan kembali Negara Khilafah atau Daulah Islam sering dituduh melakukan ‘politik agama’, iaitu berpolitik atas nama agama atau mengheret agama ke dalam dunia politik. Sudah tentu tuduhan sebegini cukup mendukacitakan dan dikesalkan.

Memang benar, jika ‘politik agama’ diertikan sebagai penyalahgunaan agama untuk tujuan menjustifikasikan kepentingan politik tertentu, jelas ini tidak dibenarkan. Sebagai contoh, mempergunakan ayat Quran atau dalil tertentu dalam kempen pilihanraya untuk  meraih undi dan menarik perhatian pengundi atau untuk menjauhkan para pengundi dari parti tertentu. Katakan parti A mempunyai lambang pohon pokok, lalu parti lawan B menggunakan ayat, “Janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (TMQ al-Baqarah (2) : 35). Ini jelas sama sekali tidak dibenarkan kerana menyalahgunakan ayat dan juga tidak kena pada tempatnya.
Seterusnya...
 
Televisyen Dalam Sistem Kapitalisme: Mengancam Generasi Muslim PDF Print E-mail
Isnin, 28 Disember 2009 07:35
altDalam sistem  kapitalisme, televisyen telah dijadikan media untuk merosakkan generasi dan menyebarkan budaya-budaya yang rendah. Rancangan-rancangan berbentuk infotainment di televisyen didapati telah  melampaui batas.  Berkenaan hal ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah meminta agar  siaran seperti gosip diatur dengan  lebih ketat, demikian yang dipetik daripada detikNews. Sebenarnya bukan itu sahaja  yang mengancam kerosakkan sistem sosial pada  hari ini. Beratus-ratus tayangan yang penuh dengan syahwat, mendedahkan aurat, tingkah laku murahan seperti pergaulan bebas sedang mengancam generasi Muslim.
Seterusnya...
 
Amar Makruf Nahi Mungkar PDF Print E-mail
Selasa, 15 Disember 2009 13:35

Amar makruf nahi mungkar merupakan salah satu ciri yang hanya boleh dijumpai pada kaum Muslimin, tidak ada pada umat-umat yang lain. Bahkan keistimewaan umat Islam banyak dicirikan dan dikaitkan dengan adanya sifat amar makruf nahi mungkar. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang amar makruf nahi mungkar dan menggandingkannya serta  mengaitkannya dengan sifat-sifat sebagai seorang Muslim, contohnya dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud:  “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

 Menurut ahli tafsir al-Qasimi dalam kitabnya Mukhtasar min Mahasini at-Ta’wil, sifat ‘amar makruf dan nahi mungkar’ ini menjadi keutamaan yang Allah berikan kepada umat Islam dan tidak diberikan kepada mana-mana umat yang lain.

Seterusnya...
 
Fenomena Setiap Kali Tibanya Musim Haji PDF Print E-mail
Jumaat, 27 November 2009 06:40
Setiap kali musim haji, kita dapat menyaksikan bagaimana kekhusyukan para jamaah melakukan setiap rukun ibadah haji mereka. Para jemaah diingatkan agar sentiasa menjaga kesucian Kaabah. Mereka akan merasa takjub setiap kali berhadapan dengan Kaabah kerana di situlah Islam diturunkan. Namun, Islam yang diamalkan ketika berhadapan dengan Kaabah hanya dalam aspek ritual belaka. Padahal, Islam yang diturunkan oleh Allah swt bukan hanya sekadar ritual semata-mata, tetapi juga termasuk dalam aspek politik.

Di rumah Allah inilah tempat di mana Rasulullah saw dan para sahabat berjuang dan mempertahankan keimanan mereka. Banyak sekali tempat-tempat di sekitar Makkah yang menjadi bukti dan saksi perjuangan mereka. Jadi adalah tidak menghairankan  jika tempat-tempat ini dikatakan mampu membangkitkan perasaan masa lalu generasi awal kaum Muslimin, yang menghadapi pertentangan yang hebat daripada seluruh masyarakat jahiliyyah Makkah pada saat itu. Tidak ada sedikitpun di setiap sudut kota Makkah yang sunyi daripada penindasan dan penyeksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslimin.
Seterusnya...
 
Bahaya Mengambil Ideologi Selain Islam PDF Print E-mail
Khamis, 05 November 2009 14:24
Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya Allah SWT telah mengeluarkan kita melalui Islam daripada pelbagai kegelapan dan kesesatan menuju cahaya yang terang benderang. Dengan Islam Allah SWT telah menjadikan kita sebagai umat yang mulia dan perkasa, yang disegani serta menjadi rujukan oleh semua umat manusia. Untuk itu, kita mesti berusaha untuk menjadi umat yang seperti itu, dan kekal tetap seperti itu, kita harus beristiqamah dengan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah kepada kita. Allah SWT berfirman:

 

  وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ

بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا

Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat-nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu ketika kamu dahulu (zaman jahiliyah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kamu lalu menjadilah kamu melalui nikmatNya itu orang-orang yang bersaudara.(TMQ Ali Imran [3] : 103)

Seterusnya...
 
Hadiah Nobel Keamanan Obama Adalah Fatamorgana Keamanan Dunia PDF Print E-mail
Selasa, 13 Oktober 2009 18:55
Obama menerima Hadiah Nobel Keamanan. Bagaimana dengan pertumpahan darah di Afghanistan?
Presiden Amerika belum pernah mencapai matlamatnya untuk mewujudkan keamanan dan belum pernah mengusahakan keamanan dunia.

Pada 9hb Oktober 2009, Presiden Amerika Syarikat,  Barack Obama telah dianugerahkan hadiah Nobel Keamanan atas alasan kononnya beliau mengusahakan keamanan dunia. Ahli jawatankuasa Hadiah Nobel mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan bahawa Obama telah,
Seterusnya...
 
Acheh, Nusantara Dan Khilafah Islamiyah PDF Print E-mail
Selasa, 29 September 2009 11:31
altMenggali fakta sejarah berkaitan sejarah Islam di Nusantara adalah sesuatu yang nyata, seolah-olah wujud usaha untuk memadamkannya. Namun begitu, sejarah yang benar pasti terungkap, ia tidak mampu dilenyapkan oleh tangan-tangan yang nista. Berikut adalah bukti asal dan sahih hubungan Nusantara (gugusan Melayu yakni Asia Tenggara), iaitu surat rasmi dari Sultan Aceh Alauddin Mahmud Syah kepada Khalifah Abdul Aziz, seorang Khalifah di zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki:

“Sesuai dengan ketentuan adat istiadat kesultanan Aceh yang kami miliki dengan batas-batasnya yang dikenal dan sudah dimiliki oleh moyang kami sejak zaman dahulu serta sudah mewarisi singgahsana dari ayah kepada anak dalam keadaan merdeka. Sesudah itu kami diwajibkan memperoleh perlindungan Sultan Salim si penakluk dan tunduk kepada pemerintahan Uthmaniyyah dan sejak itu kami tetap berada di bawah pemerintahan Yang Mulia dan selalu bernaung di bawah bantuan kemuliaan Yang Mulia Almarhum Sultan Abdul Majid penguasa kita yang agung, sudah menganugerahkan kepada almarhum moyang kami Sultan Alaudddin Mansur Syah titah yang agung berisi perintah kekuasaan.
Seterusnya...
 
«StartPrev1234NextEnd»

Page 1 of 4