Edisi Khas

Al Quds Tidak Akan Dapat Dibebaskan Hanya Dengan Demonstrasi


بسم الله الرحمن الرحيم

هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ

Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)

Seminar

Banner

Login Form



Ada seramai 27 tetamu dalam talian

Undian

Tahukah anda bahawa makna dan hakikat sebenar hijrah adalah perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam?
 
TV Islam? PDF Print E-mail
Rabu, 24 Jun 2009 18:40
altKUALA LUMPUR, 22 Jun - Usaha mewujudkan saluran televisyen Islam disifatkan sebagai langkah tepat dan mampu memenuhi keperluan dan permintaan terhadap program berunsurkan Islam. Setiausaha Agung PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, beliau amat bersetuju dengan cadangan daripada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam tersebut dan berharap pihak kerajaan dapat menyegerakannya.

Ini adalah salah satu projek mengislamkan realiti, bukan merealitikan Islam. Proses Islamisasi ini selari dengan aspirasi sekularisasi di mana konsep  amar maaruf nahi mungkar hanya dilaksanakan secara sebahagian dan kemungkaran masih dibiar bermaharajalela. TV Islam hanyalah sebahagian dari projek timbal sulam (islah) yang menutup kelompongan suasana hidup kapitalisme. Dalam umat disediakan alternatif, begitu banyak  siaran masih menyalurkan kemaksiatan dan kemungkaran tanpa dicegah atau dibanteras.

Usaha ini hakikatnya menjadi alasan bagi sesetengah bahawa 'kebaikan' telah dilakukan dan acapkali memberi justifikasi - ‘daripada tak melakukan apa-apa (maaruf) langsung, lebih baik ada juga’. Akhirnya mereka merasa cukup dengan usaha ini dan berlepas diri dari tugas sebenar mengembalikan kehidupan Islam secara total dan membuang sampah sekularisma yang kini mendominasi kehidupan umat Islam.