Laman Utama Fikih

Edisi Khas

Al Quds Tidak Akan Dapat Dibebaskan Hanya Dengan Demonstrasi


بسم الله الرحمن الرحيم

هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ

Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)

Seminar

Banner

Login Form



Ada seramai 22 tetamu dalam talian

Undian

Tahukah anda bahawa makna dan hakikat sebenar hijrah adalah perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam?
 
Fikih
Soal Jawab : Bid’ah PDF Print E-mail
Selasa, 15 Disember 2009 18:19
Soalan:

Dalam suatu pertemuan, kami ada membincangkan masalah bid’ah secara istilah. Sebahagian daripada kami mengatakan bahawa bid’ah itu mencakupi semua bentuk yang menyalahi ketentuan asy-Syâri’. Sedangkan sebahagian yang lain mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bid’ah itu hanyalah penyimpangan ketentuan asy-Syâri’ dalam bab ibadah. Kami ingin memohon penjelasan tentang masalah ini. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik kepada anda.

Jawapan:

Perintah-perintah asy-Syâri’ itu mempunyai dua jenis:

Jenis pertama, dinyatakan ayat perintah yang disertai oleh penjelasan tatacara menunaikan perintah tersebut, iaitu langkah-langkah praktikal untuk menunaikannya. Misalnya Allah SWT berfirman:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ
“Dan dirikanlah solat”. [TMQ Al-Baqarah (2): 43]
Seterusnya...
 
Tidak Solat Jumaat Kerana Bekerja PDF Print E-mail
Khamis, 10 Disember 2009 17:16
Soalan :

Ustaz, apakah hukumnya tidak solat Jumaat disebabkan sedang bekerja, misalnya pegawai keselamatan, pekerja kilang, pegawai hotel dan lain-lain?

Jawapan :

Solat Jumaat hukumnya fardhu ‘ain bagi setiap Muslim. (Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Al-Solat, II/170; Ali Raghib, Ahkam Al-Solah, hlm. 44). Dalilnya firman Allah (yang bermaksud):“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (TMQ Al-Jumu’ah : 9).
Seterusnya...
 
Hukum Pegawai Menerima Hadiah PDF Print E-mail
Khamis, 10 Disember 2009 17:16
Soalan :

Ustaz, bolehkah seseorang pegawai menerima hadiah misalnya daripada teman, kawan-kawan dan lain-lain?

Jawapan :

Haram hukumnya seseorang pegawai menerima hadiah yang mempunyai kaitan dengan tugas atau jawatannya. Jawatan di sini adalah bermaksud setiap orang yang mempunyai autoriti menentukan sesuatu kepentingan umum tertentu. (Taqiuddin An-Nabhani, Al-Syakhsiyah Al-Islamiyah, Juz II/334; Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, hal. 119).
Seterusnya...
 
Hukum Solat Jumaat Pada Hari Raya PDF Print E-mail
Jumaat, 27 November 2009 06:38
Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat?

Jawapan:

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat Jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, sama ada ‘Eidul Fitri mahupun ‘Eidul Adha. Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-A’immah karya Imam Ad-Dimasyqi dinyatakan bahawa:
Seterusnya...
 
Membayar Fidyah PDF Print E-mail
Khamis, 19 November 2009 05:29
Membayar fidyah adalah kewajiban bagi orang yang sakit, yang mana sakitnya tidak ada harapan untuk sembuh. Atau bagi orang tua yang sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa. Adapun yang sakitnya masih ada harapan untuk sembuh, maka kewajiban yang ada adalah untuk qadha`, bukan membayar fidyah.

Membayar fidyah ertinya memberi makan orang miskin sebanyak satu mud bagi setiap hari ia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika tidak berpuasa sehari, ia membayar fidyah satu mud. Jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya. Ini adalah kewajiban bagi orang yang sakit yang tidak mempunyai harapan untuk  sembuh dan juga bagi orang tua yang sudah tidak mampu lagi berpuasa.
Seterusnya...
 
Pakaian Daripada Kulit Babi PDF Print E-mail
Khamis, 19 November 2009 05:26
Babi adalah binatang najis berdasarkan al-Qur`an dan Ijma’ para sahabat Nabi (Ijma’us Sahabat) (Prof Ali Raghib, Ahkamus Solat, hal. 33). Dalil najisnya babi adalah firman Allah SWT (yang bermaksud) :

"Katakanlah: ‘Tiadalah aku memperoleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali jika makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor (rijsun)." (TMQ  Al-An’aam [6] : 145)
Seterusnya...
 
Memuhasabah Pemimpin Secara Terbuka PDF Print E-mail
Rabu, 07 Oktober 2009 00:19
Soal:

Bolehkah kita memuhasabah pemimpin secara terbuka, sama ada secara berdepan mahupun melalui demonstrasi?


Jawab:

Setiap individu, sama ada rakyat jelata mahupun pemimpin berhak untuk dinasihati dan dimuhasabah. Bahkan nasihat menjadi wajib bagi setiap individu yang mukallaf tatkala mereka menyaksikan kemungkaran atau kezaliman yang berlaku, tanpa mengira sama ada pelakunya merupakan seorang pemimpin atau rakyat jelata – sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam:

«الدِّينُ النَّصِيحَةُ، ِللهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ»

Ad-deen itu adalah nasihat; demi Allah, dan RasulNya, dan pemimpin kaum Muslimin, dan orang-orang awam. (HR al-Bukhari dan Muslim). 1
Seterusnya...
 
Soal Jawab Berkenaan Masalah Pembekuan Embrio Dan Penentuan Jenis Jantina Anak PDF Print E-mail
Rabu, 07 Oktober 2009 00:06
بسم الله الرحمن الرحيم

altSoalan: Dewasa ini terdapat pelbagai kajian ilmiah yang dilakukan secara terang-terangan di mana sebelum ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi, iaitu yang pertama berkenaan ‘pembekuan embrio’ dan yang keduanya adalah berkenaan “penentuan jenis jantina anak”. Di negara-negara Barat, hal ini telah menjadi suatu komoditi (barangan)  yang diperdagangkan. Kemudian perkara ini telah tersebar ke negeri-negeri kaum Muslimin. Kini masalahnya tidak lagi hanya sekadar kajian ilmiah, tetapi ia juga telah menjadi permintaan oleh sebahagian kaum Muslimin untuk dipraktikkan. Untuk itu, apakah  hukum syara’ dalam dua permasalahan tersebut? Semoga Allah memberikan balasan yang baik kepada pihak tuan.

Jawapan:

Sebelum menjawab persoalan tersebut, ingin kami nyatakan bahawa sesungguhnya Allah swt telah menciptakan manusia dan mengajarkan kepadanya apa yang tidak diketahuinya. Allah swt menciptakan pada alam semesta, dalam diri manusia dan di dalam kehidupan, karakteristik, nilai-nilai dan susunan tertentu yang membuka ruang untuk manusia mengambil manfaat dari ilmu-ilmu kehidupan serta memanfaatkan ilmu-ilmu itu dalam hal yang berguna bagi manusia. Allah swt memuji ilmu yang bermanfaat dan ulama’ yang memberikan manfaat, kerana mereka lebih mampu beriman kepada Allah dan berhujah dengan apa yang mereka lihat di antara rahsia-rahsia kehidupan, manusia serta kehidupan atas keagungan, kebijaksanaan dan kekuasaan Allah. Allah swt berfirman:
Seterusnya...
 
Hukum Memutuskan Hubungan (Muqatha’ah) Sesama Muslim PDF Print E-mail
Isnin, 28 September 2009 11:12
Soalan:
Apakah hukumnya mereka yang memutuskan hubungan atau memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim? Adakah dengan muqata’ah tersebut bererti dalam masa yang sama mengkafirkan seseorang? Jika tindakan tersebut dikaitkan dengan tindakan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan beberapa orang sahabat, adakah tindakan tersebut hanya boleh dilakukan di peringkat negara atau ia merupakan hak semua orang?


Jawapan:
Pertama, perlu diketahui bahawa memutuskan hubungan ataupun memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim merupakan hukum syarak yang dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah tertentu yang terjadi dalam hubungan sesama Muslim. Hukum ini tiada kaitannya dengan persoalan takfir (mengkafirkan) seseorang Muslim. Dalam erti kata lain, orang yang diboikot tidak jatuh kafir. Sebaliknya dia kekal Muslim, cuma disebabkan oleh tindakan tertentu yang dilakukannya, maka hukum muqatha’ah itu dikenakan terhadapnya.
Seterusnya...
 
Status Golongan Yang Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah PDF Print E-mail
Sabtu, 05 September 2009 08:02
altStatus Golongan Yang Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah

Soalan:

Dalam al-Quran terdapat celaan yang amat keras terhadap mereka yang tidak menerapkan hukum berdasarkan hukum yang diturunkan oleh Allah subhanahu wa taala. Dalam ayat 44 surah al-Maidah, mereka dicela sebagai orang kafir. Dalam ayat seterusnya, disebut sebagai orang yang zalim, dan dalam ayat ke 47 surah al-Maidah pula mereka dicela sebagai orang fasik. Bagaimanakah status ketiga-tiga sifat tersebut?
Seterusnya...
 
«StartPrev12NextEnd»

Page 1 of 2