Laman Utama Fikih Muslimah

Edisi Khas

Al Quds Tidak Akan Dapat Dibebaskan Hanya Dengan Demonstrasi


بسم الله الرحمن الرحيم

هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ

Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)

Seminar

Banner

Login Form



Ada seramai 41 tetamu dan 1 ahli dalam talian
  • ibnuidris

Undian

Tahukah anda bahawa makna dan hakikat sebenar hijrah adalah perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam?
 
Fikih Muslimah
Larangan Syara' Berkenaan Tabarruj (Berhias) Ke Atas Wanita PDF Print E-mail
Rabu, 22 Julai 2009 11:03
Soalan:  Saya tahu bahawa Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka,  adakah ia dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang  kelihatan hanya sedikit dan tidak menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab biasanya berjalan dijalan-jalan  dan mereka tidak menarik perhatian?
Seterusnya...
 
Hukum Wanita Belajar Memandu Tanpa Mahram PDF Print E-mail
Khamis, 16 April 2009 15:28
Soalan:
Adakah seorang wanita dibolehkan belajar memandu bersama dengan guru memandunya jika dia bersendirian tanpa seorang Mahram atau suaminya, memandangkan kereta latihan memandu itu adalah sebuah kenderaan umum dan bukan kenderaan persendirian yang memerlukan seorang Mahram? Adakah guru memandu itu melakukan dosa jika dia mengajar seorang wanita yang datang kepadanya tanpa seorang Mahram ataupun suami?
Seterusnya...
 
Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak PDF Print E-mail
Selasa, 24 Mac 2009 14:34
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.
Seterusnya...
 
Bilakah Mengumpat (Ghibah) dibenarkan? PDF Print E-mail
Rabu, 25 Februari 2009 10:00
Soalan :
Seringkali kita diperdengarkan tentang haramnya mengumpat atau bercerita tentang hal orang lain (ghibah). Namun begitu, apakah benar ghibah adalah haram untuk semua keadaan?

Jawapan :

Berdasarkan dalil-dalil berkenaan Ghibah, para ulama dan sebahagian besar mereka bersepakat bahawa secara umumnya mengumpat(Ghibah) adalah haram . Ghibah dibolehkan untuk tujuan yang sah mengikut syari’at, di mana ada permasalahan yang  tidak dapat diselesaikan kecuali hanya dengan melakukan ghibah tersebut.
Seterusnya...
 
Hukum Seorang Wanita Menaiki Kenderaan Bersendirian Tanpa Mahram PDF Print E-mail
Isnin, 09 Februari 2009 00:43
Soalan : Adakah seorang wanita dibolehkan menaiki kenderaan persendirian bersendirian tanpa seorang Mahram, jika pemandunya adalah seorang kenalan keluarganya?

Jawapan
:
1.    Peraturan yang berkaitan di rumah(tempat khusus) juga digunakan untuk kenderaan persendirian kerana kedua-duanya memerlukan keizinan untuk memasukinya (menaiki kenderaan).
2.    Oleh yang demikian, tidak ada sesiapa pun dibenarkan untuk berada bersama seorang wanita dalam kenderaan tersebut kecuali Mahram atau suaminya, seperti dia berada di rumah.
Seterusnya...
 
Kewajipan Memuliakan Wanita PDF Print E-mail
Jumaat, 30 Januari 2009 23:42
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam

فَاتَّقُوْا اللهَ فِي النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوْهُنَّ بِأَمَانِ اللهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوْجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوْطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُوْنَهُ فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوْهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Bertakwalah kepada Allah tentang (urusan) wanita, karena sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Kalian mempunyai hak yang menjadi kewajiban mereka, iaitu mereka tidak boleh memberi masuk ke rumah kalian orang yang tidak kalian sukai. Jika mereka melakukannya maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Mereka jua memiliki hak yang menjadi kewajiban kalian, iaitu nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang makruf " [HR Malik, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, an-Nasai, ad-Darimi, Ahmad, Ibn Hibban, al-Baihaqi, Ibn Khuzaimah, Abad bin Humaid, Ibn Abi Syaibah, dll]

Seterusnya...
 
Hukum Seorang Wanita Bermusafir Tanpa Mahram PDF Print E-mail
Jumaat, 30 Januari 2009 23:24
Soalan:  Saya membaca sebuah hadis dari Abu Dawud dimana dia berkata:

 محرم ذو معها إلا بريداً ا تسافر أن لآخر واليوم بالله تؤمن لامرأة يحل لا

Seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat tidak dibolehkan melakukan perjalanan tanpa seorang mahram”, jadi bagaimanakah perkara ini jika kita mengambil kira sebuah hadis lain:

لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة إلا معها ذو محرم


Seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat tidak dibolehkan bermusafir untuk waktu perjalanan yang mengambil masa sehari semalam tanpa seorang mahram”, walaupun mengetahui waktu perjalanan boleh dilakukan kurang dari sehari?

Seterusnya...
 
Hukum wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir PDF Print E-mail
Jumaat, 23 Januari 2009 19:41
Pada dasarnya para ulama berbeza pendapat mengenai kebolehan wanita Muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Jumhur ulama berpendapat, seorang wanita Muslimah dilarang terlihat auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Sedangkan ulama lain berpendapat sebaliknya, iaitu bolehnya seorang wanita Muslimah terlihat auratnya di depan wanita kafir.[1]

Perbezaan pendapat di antara mereka disebabkan kerana perbezaan pendapat dalam mentafsirkan frasa ”nisaa`i hinna” dalam Surah An Nuur (24):31. Sebahagian ulama mengkhususkan wanita pada konteks ayat tersebut pada wanita-wanita Mukminat saja, atau wanita-wanita yang memiliki hubungan syubhah (persahabatan yang akrab) dan wanita-wanita yang menjadi hamba atau pembantunya. Sedangkan ulama lain mengertikan frasa ”nisaa`i hinna” pada ayat itu secara mutlak, terkena untuk semua wanita, sama ada Mukminat mahupun kaafirah (wanita kafir), tanpa ada pengkhususan.
Seterusnya...
 
Perkahwinan dan hak suami ke atas isteri serta hak isteri ke atas suami PDF Print E-mail
Ahad, 18 Januari 2009 23:48
Perkahwinan merupakan fitrah yang Allah anugerahkan ke atas manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Menurut Islam perkahwinan bukanlah atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan syahwat tetapi untuk memenuhi kehendak tujuan kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada  Allah. Kerana itu setiap Muslim mahupun Muslimah perlu merancang agar perkahwinan mereka tergolong di dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ila Allah).
Seterusnya...
 
Bolehkah Muslimah Melakukan Masirah? PDF Print E-mail
Jumaat, 16 Januari 2009 17:27
Soalan:
Apakah hukumnya kaum wanita melakukan masirah (perarakan) di jalan raya atau tempat terbuka, kemudian di sana mereka melakukan seruan?

Jawapan:
Masîrah secara harfiah bererti perjalanan, samada secara senyap ataupun disertai dengan ucapan. Dalam kamus al-Mawrîd, disebutkan bahwa masîrah bererti berbaris, atau perarakan; juga disamakan dengan demonstrasi- namun demonstrasi lebih tepat disebut sebagai muzhâharah.[1]
Seterusnya...
 
«StartPrev12NextEnd»

Page 1 of 2