|
Berikut adalah terjemahan nasyrah yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Bangladesh yang disebarkan ke seluruh dunia amnya dan di Bangladesh khususnya terhadap penganiayaan dan kezaliman Hasina ke atas para tentera yang ikhlas yang menginginkan Islam.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Wahai kaum Muslimin! Bangkitlah dan lakukanlah bantahan terhadap penculikan, penahanan dan pemecatan anggota tentera yang ikhlas oleh si pengkhianat Hasina, atas perintah dan arahan AS-India.
Wahai anggota tentera yang ikhlas! Jatuhkanlah Hasina, pembunuh saudara-saudara kalian dan bangunkanlah Khilafah untuk menyelamatkan diri kalian dan umat dari terus berada di bawah telunjuk AS-India. Wahai kaum Muslimin, Hizbut Tahrir mengeluarkan makalah ini untuk menyampaikan ancaman yang sedang dihadapi oleh tentera kaum Muslimin. Sejak beberapa bulan dan beberapa minggu kebelakangan ini, si pengkhianat Hasina, atas perintah musuh yang kafir dan mushrik, AS dan India, telah melakukan beberapa siri penculikan, penahanan dan pemecatan anggota tentera yang ikhlas yang menyebelahi Islam, negara dan kepentingannya. Puluhan anggota tentera yang berkebolehan telah menjadi mangsa kepada usaha kerajaan untuk ‘membersihkan’ tentera.
Laporan mengenai isu ini telahpun disiarkan di media cetak dan elektronik. Seperti yang kalian ketahui, tidak sampai sebulan selepas Sheikh Hasina mengambil alih kuasa, beliau dan rakan-rakan rapatnya telah berkolaborasi dengan India di dalam pembunuhan kejam ke atas anggota tentera di Pilkhana pada 25 -27 Februari 2009. Rentetan dari itu, Hasina telah memecat anggota tentera yang mengkritik kerajaan atas kerjasamanya dengan India dalam pembunuhan tersebut.
Hasina telah mengambil tindakan sebegini ke atas tentera dan tindakan ini merupakan tindakan ke atas kaum Muslimin Bangladesh kerana kesetiaan beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap ‘Tuan’nya. Hakikatnya, Hasina mendapat kekuasaan dengan bantuan Amerika dan India. AS sememangnya mempunyai perancangan untuk menghalang Khilafah dari berdiri di kawasan ini (Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia) dan mengawal kebangkitan China.. Untuk tujuan ini, AS mengambil pendekatan pakatan strategik dengan India bagi mengukuhkan kedudukannya sekaligus memastikan penguasaannya ke atas negara-negara kaum Muslimin di kawasan tersebut.
Oleh itu, dengan cara yang sama seperti di Pakistan, pihak kerajaan, pembangkang dan sebahagian kepimpinan tentera Bangladesh sedang diperkudakan sebagai agen-agen oleh kedua-dua negara tersebut dalam menyelesaikan isu-isu yang berlarutan yang mempunyai kaitan dengan India yang akan membebaskan India. Ini akan memudahkan jalan bagi India untuk bergabung tenaga bersama-sama Amerika dalam usaha menerapkan segala perancangan untuk menghalang kebangkitan Islam termasuk negara China. Mereka sedang bekerja untuk membuang kesemua rintangan-rintangan yang menganggu gugat perancangan ini dan terhadap sesiapa sahaja yang mendedahkan atau yang menyuarakan bantahan ke atas rancangan jahat ini. Atas sebab-sebab inilah, beberapa pegawai tentera kita telah dikorbankan di Pilkhana di mana Hasina terlibat bekerjasama di dalamnya. Disebabkan itu jugalah, Hasina telah mengharamkan Hizbut Tahrir dan meneruskan polisi penindasan yang dahsyat terhadap parti ini. Sekarang, dia sedang melaksanakan satu polisi bagi membuat ‘pembersihan’ besar-besaran terhadap kesemua para pegawai tentera yang menyebelahi Islam, kedaulatan dan keselamatan Negara.
Wahai kaum Muslimin! Jika Amerika, India dan pelayan setia mereka si Hasina berjaya dalam melaksanakan perancangan jahat ini, kalian semua akan menjadi hamba kepada negara, memenuhi kemahuan dan nafsu bangsa kafir musyrik yang membawa kepada penghinaan di dunia dan juga akhirat. Tiada lagi kata-kata lain yang dapat menggambarkannya. Firman Allah SWT:
إِنْ يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا لَكُمْ أَعْدَاءً وَيَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُمْ بِالسُّوءِ وَوَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ
“Jika mereka menangkapmu, nescaya mereka bertindak sebagai musuh bagimu lalu melepaskan tangan dan lidah mereka kepadamu untuk menyakiti(mu) dan mereka ingin agar kamu (kembali) kafir” [TMQ Al-Mumtahanah (60): 2]
Hizbut Tahrir menyeru kalian agar mengambil tindakan segera, tegas dan berdiri teguh dalam menghadapi polisi jenayah kerajaan untuk membersihkan tentera. Adalah tidak wajar bagi kalian untuk terus berdiam diri terhadap ancaman yang mendatang yang bakal menjadikan kalian hamba-hamba kepada keinginan dan nafsu bangsa kafir musyrik. Allah SWT menggambarkan kalian dalam kitab suci Al-Quran sebagai umat yang terbaik dalam memimpin umat:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran, dan beriman kepada Allah” [TMQ Ali-‘Imran (3) : 110]
Wahai para pegawai tentera kaum Muslimin Bangladesh yang ikhlas!
Dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai BDR, Hasina dan tuannya telah membunuh para pegawai yang mereka anggap sebagai penghalang bagi jalan mereka untuk memulakan hubungan yang baik dengan India. Kini mereka sedang berusaha untuk menyingkirkan baki dari kalangan kalian yang tidak mahu menerima dominasi tentera musyrik. Justeru, adalah menjadi kewajipan yang mensegera dan mendesak bagi kalian untuk bersiap siaga dengan segala kekuatan dan kuasa untuk berdepan dengan ancaman yang menggugat keselamatan kalian dan keselamatan institusi yang menjadi sumber kebanggaan kalian, di samping berdepan dengan ancaman yang menggugat tanah kaum Muslimin. Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian untuk mengambil langkah-langkah berikut dengan penuh teliti:
Pertama: Jatuhkan rejim pemerintahan sekarang dan Hasina daripada kekuasaan dengan segera. Inil adalah satu-satunya pilihan yang ada di tangan kalian. Sebarang bentuk penangguhan dalam melakukan perkara ini atau menerapkan pilihan lain akan memberi masa dan peluang bagi pihak musuh untuk memikirkan jalan dan cara keji lain untuk mencederakan kalian dan juga ummah.
Kedua: Tindakan menjatuhkan dan menggantikan rejim yang ada dan juga Hasina hendaklah dibuat bukan disebabkan oleh tindak balas spontan. Sebaliknya hendaklah dilakukan bertujuan untuk membawa perubahan yang benar berdasarkan apa yang dikehendaki oleh ideologi Islam (hukum syarak). Sebagai seorang Muslim, kalian tidak mempunyai pilihan dalam menerapkan sebarang ideologi lain selain Islam. Jika tidak, tindakan perbuatan kalian akan dianggap sia-sia. Firman Allah SWT:
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ
“Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai deennya, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat termasuk orang-orang yang rugi” [TMQ Ali-‘Imran (3): 85]
Membawa perubahan yang benar berlandaskan Islam bermaksud mencabut sistem pemerintahan yang ada daripada akarnya dan bukan sekadar membuang Hasina semata-mata. Tidak wujud para pemimpin politik atau parti-parti (tidak kira sama ada yang berhaluan kanan, berhaluan kiri atau pertengahan) yang tidak menjadi hamba-hamba kepada Amerika dan India. Sistem pemerintahan kufur inilah yang telah menjadi kilang yang menghasilkan Hasina. Khaleda juga berasal daripada sistem yang sama dan dia kini sedang terhegeh-hegeh ingin memberi khidmat kepada Amerika dan India sepertimana Hasina. Oleh yang demikian, janganlah sekali-kali memberi sebarang ruang bagi kerajaan sementara yang sia-sia ini atau kerajaan penjaga (caretaker governments) untuk kembali disebabkan oleh tindakan kalian. Kalian perlu menyingkirkan sepenuhnya golongan imperialis yang mendominasi sistem demokrasi dalam usaha untuk menghalang jalan bagi AL-BNP dan sekutu-sekutu mereka daripada kembali berkuasa.
Ketiga: Berikanlah Nusrah (pertolongan) kepada Hizbut Tahrir untuk meyerahkan kekuasaan kepada ahli politik yang ikhlas dan yang mempunyai kesedaran, yang akan menegakkan semula negara Khilafah. Hizbut Tahrir adalah sebuah parti yang ikhlas dan sedar dalam menegakkan pemerintahan berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah. Inilah sistem pemerintahan Khilafah. Islam tidak membenarkan pemerintahan demokrasi, kuku besi, ketenteraan atau apa jua kerajaan yang lain. Allah SWT berfirman:
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الظَّالِمُون
“Barangsiap yang berhukum selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim” [TMQ Al-Ma’idah (5) : 45]
Justeru, apabila kami menyeru agar kalian menjatuhkan kerajaan Hasina, kami tidak menyeru agar kalian mengambil alih kuasa untuk diri kalian sendiri (ketenteraan). Tugas ketenteraan bukan pemerintahan, tetapi sebaliknya tugasan kalian adalah untuk berperang serta melindungi Islam dan kaum Muslimin. Jadi seruan kami kepada kalian adalah untuk mengalihkan kekuasaan untuk diberikan kepada ahli politik yang ikhlas dan sedar, yang akan menegakkan negara Khilafah.
Negara Khilafah inilah yang akan memandu umat untuk menyingkirkan AS, India dan sekutu-sekutu mereka dari Bangladesh. Tiada sebarang ruang yang akan dibiarkan terbuka bagi musuh imperialis kafir musyrik untuk melebarkan pengaruh ke atas situasi politik negara. Kami ingin kalian jelas bahawa dengan sekadar menyingkirkan India tetapi pada masa yang sama masih mempunyai hubungan yang baik dengan AS akan membawa kepada kehancuran. Malah, AS, Britain dan negara-negara imperialis Barat yang lain adalah ibu kepada segala permasalahan. Tanpa peranan polisi mereka, India tidak akan berupaya untuk meraih segala kemudahan yang diterima daripada Hasina. Allah SWT melarang keras kaum Muslimin untuk mengambil bangsa kafir yang sedang diperangi sebagai sekutu, tidak kira sama ada ia adalah AS, Britain, India atau mana-mana negara lain. Tambahan pula, kesemua bangsa-bangsa negara imperialis ini masing-masing mempunyai perancangan jahat terhadap tentera dan rakyat dalam negara. Oleh itu, satu polisi khas perlu dirangka untuk menangani hubungan dengan AS, sekutu-sekutu dan konco-konconya. Hizbut Tahrir telah pun merangka polisi tersebut.
Negara Khilafah akan membina negara ini sebagai titik mula dalam usaha untuk menjadi kuasa dunia global. Ini dilakukan dengan memenuhi segala keperluan asas rakyat dan menyelesaikan seluruh masalah yang berlarutan yang dihadapi oleh rakyat seperti kemiskinan, tiada pekerjaan, menjana ekonomi negara, membina ketenteraan yang kuat dan kumpulan pejuang yang sentiasa maju ke hadapan serta menyatukan seluruh umat Islam. Hizbut Tahrir telah menetapkan pemikiran, penyelesaian dan polisi daripada sumber Islam dalam menuju matlamat tersebut.
Mungkin terdapat segelintir daripada kalian yang berhujah mengatakan bahawa ini semua adalah di luar kemampuan sebagai sebuah negara yang kecil. Untuk menjawab persoalan tersebut, kami ingin mengingatkan kalian terhadap contoh yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi dua kuasa dunia pada masa itu iaitu Rom dan Parsi, sedangkan pada waktu itu keadaan material baginda jauh lebih teruk berbanding kita. Tambahan pula pada hari ini AS dan negara-negara Barat sedang berdepan dengan krisis ekonomi, sosial, keselamatan dan politik yang parah. Mereka bukan berada dalam kedudukan di mana mereka beruapaya untuk berdepan dengan umat jihad yang kini telah memasuki era kebangkitan yang dimulai dengan kebangkitan Arab. Pada masa yang sama kami berasa yakin bahawa kita mampu untuk berdepan dengan AS dan sekutu-sekutunya jika kalian menyediakan sokongan material yang kami tuntut daripada kalian, sepertimana kaum Ansar menyediakan sokongan material kepada Rasulullah SAW. Jadi, bersegeralah kalian sebelum terlambat.
Wahai tentera-tentera yang ikhlas! Bagaimanakah kalian masih boleh duduk berdiam diri sedangkan Hasina memerintah atas kalian dengan penuh senyuman setelah dia membunuh pegawai-pegawai kalian? Kalian bukanlah tentera biasa. Kalian adalah tentera bagi seluruh umat Islam. Datuk moyang kalian adalah pembuka tanah-tanah untuk menegakkan keadilan Islam di atas muka bumi. Mereka dahulunya digeruni oleh musuh-musuh dan dialu-alukan oleh rakyat. Itulah sejarah gemilang kalian. Bagaimana kalian boleh menerima untuk dibunuh, diculik, ditahan dan dipecat oleh pengkhianat bawahan ini?
Wahai pegawai-pegawai tentera! Kembalikanlah kehormatan kalian, buanglah Hasina atas ketidakjujurannya terhadap kalian dan kaum Muslimin negara ini. Kami mengingatkan kalian bahawa kalian telah membuat dua perjanjian agung. Perjanjian pertama kalian dibuat terhadap Allah SWT sebagai seorang Muslim untuk menyembahNya sebagai satu-satunya Ilah, dan menerapkan Deen yang diturunkan olehNya dalam seluruh aspek kehidupan. Perjanjian kedua adalah kalian dijadikan tentera untuk melindungi ummah. Justeru, penuhilah janji-janji kalian dan berikanlah nusrah kepada Hizbut Tahrir supaya kita dapat menegakkan Khilafah di mana inilah satu-satunya perisai yang akan melindungi rakyat. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai. Daripada belakangnya umat berperang, dan dengannya umat berlindung” [HR Muslim]
Seruan terakhir kami adalah firman Allah SWT:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”
[TMQ Ali-‘Imran (3) : 133]
13 Safar, 1433 H
7 Januari 2012M
Hizbut Tahrir Wilayah Bangladesh.
|