|
Sistem Kapitalisme Terus Menggigit Amerika |
|
|
|
|
Thursday, 11 March 2010 09:17 |
Tunjuk perasaan di seluruh AS bantah kenaikan yuran pengajian
SAN FRANCISCO 5 Mac - Para pelajar dan fakulti universiti-universiti awam di California mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negeri ini semalam sebagai membantah kenaikan yuran mendadak yang dikatakan telah merosakkan sistem pengajian tinggi di negara ini. Lebih 100 tunjuk perasaan di lebih 30 buah negeri dijadual akan diadakan sempena 'Hari Tindakan' bagi menyokong pendidikan awam, berikutan kenaikan yuran pengajian dan potongan program yang menggambarkan masalah kewangan yang mencengkam hampir setiap negeri di Amerika Syarikat (AS). |
|
Read more...
|
|
Kebebasan Untuk Menghina Islam |
|
|
|
|
Sunday, 28 February 2010 16:08 |
Kartun hina Islam: Akhbar Denmark mohon maaf
COPENHAGEN 27 Feb. - Akhbar harian Denmark, Politiken semalam memohon maaf kepada umat Islam kerana menyinggung perasaan mereka berhubung kartun Nabi Muhammad yang disiarkannya pada 2008. Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyesal atas tindakannya menyiarkan gambar kartun itu.
“Kami memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan tindakan kami mencetak semula gambar kartun itu,” ujar akhbar berkenaan dalam satu kenyataan.
Politiken adalah akhbar pertama Denmark yang bertindak memohon maaf secara formal kepada mana-mana pihak yang marah berhubung penyiaran kartun itu. Dalam permohonan maafnya, Politiken berkata, ia menyesal jika gambar kartun itu menghina agama Islam, namun mengatakan tidak menyesal menyiarkannya.
Ketua Pengarang akhbar itu, Toeger Seindenfaden, berkata, dia gembira dengan keputusan itu. “Kami kesal kerana menyebabkan umat Islam tersinggung walaupun ia bukan niat kami untuk berbuat demikian,” tambahnya. Persetujuan itu dibuat ekoran permohonan dikemukakan seorang peguam Arab Saudi, Faisal Ahmed Zaki Yamani terhadap 11 akhbar Denmark.
|
|
Read more...
|
|
Adakah Gadaffi Serius Untuk Berjihad? |
|
|
|
|
Sunday, 28 February 2010 15:45 |
Muammar gesa umat Islam berjihad
TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam: mendesak umat Islam seluruh dunia berjihad menentang Switzerland kerana mengharamkan pembinaan menara azan di negara itu.
Muammar turut menggesa penganut Islam memulaukan produk-produk keluaran Switzerland selain melarang pesawat dan kapal dari negara itu memasuki lapangan terbang serta pelabuhan negara-negara Islam.
"Sesiapa yang memusnahkan masjid patut diserang menerusi jihad. Jika Switzerland melepasi batas-batas sempadan, kita akan menentang mereka," katanya.
Beli:au berkata demikian di hadapan hadirin yang berhimpun sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad di bandar Benghazi, timur Tripoli.
:Jurucakap Kementerian Luar Switzerland, Lars Knuchel enggan memberi sebarang komen mengenai ucapan Muammar itu. Pada November tahun lalu, m:ajoriti penduduk Switzerland bersetuju dengan cadangan untuk mengharamkan pembinaan menara masjid di negara itu.
Keputusan tersebut mencetuskan kecaman penganut Islam tempatan dan seluruh dunia dengan menyifatkan undian berkenaan sebagai berat sebelah dan anti-Islam.
Sumber : Sinar Harian, 27/02/2010
|
|
Read more...
|
|
Gadai Nyawa Kaum Muslimin Demi Kepercayaan Kepada KAFIR? |
|
|
|
|
Thursday, 25 February 2010 15:03 |
KABUL 23 Feb. - Komander tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Jeneral Stanley McChrystal hari ini memohon maaf kepada rakyat Afghanistan kerana serangan udara yang membunuh penduduk awam, kelmarin.
McChrystal dalam siaran video yang diterjemahkan ke dalam bahasa Dari dan Pashtun melalui laman web NATO turut berjanji untuk berusaha mendapat balik kepercayaan rakyat negara ini.
Pegawai Afghan berkata, sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam serangan itu di wilayah Uruzgan, tengah Afghanistan.
|
|
Read more...
|
|
Filem lebih mulia dari Alquran!! |
|
|
|
|
Wednesday, 24 February 2010 10:14 |
'My Name Is Khan' Berjaya Mengangkat Islam Di Mata Barat
Shah Rukh Khan dan Kajol merupakan pelakon utama dalam filem itu.
PENANTIAN untuk menonton filem My Name Is Khan (MNIK) adalah sesuatu yang sukar difahami jika anda bukan peminat 'King Khan' atau Datuk Shah Rukh Khan.
Menonton dan menghayati setiap dialog yang diucapkan oleh Shah Rukh dalam filem MNIK, yang mengangkat martabat orang Islam di seluruh dunia ini, ibarat satu 'tanggung jawab' .
|
|
Read more...
|
|
Peringatan Hari Muallaf di Belanda : Islam Memperkayakan Hidupku |
|
|
|
|
Tuesday, 23 February 2010 13:40 |
Lebih daripada 500 orang telah menghadiri Hari Mualaf Tahunan Belanda kali ketiga yang diadakan di Masjid Omar Al Farouk di kota Utreceht pada malam minggu, dua minggu yang lalu. Acara ini dianjurkan oleh Yayasan OntdekIslam dan Platform Nasional Muslim Baru Belanda (LPNM). Ketua LPNM, Waleed Duisters memberitahu agensi berita Kuwait News Agency (Kuna) bahawa perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2007 menunjukkan terdapat dua belas ribu orang Belanda yang memeluk agama Islam (mualaf), dan ia menambah bahawa ‘mungkin lebih ramai lagi.’ Dia menjelaskan bahawa adalah sangat sukar untuk memberikan angka yang tepat jumlah pemeluk agama Islam di Belanda kerana di negara Belanda, tidak terdapat pendaftaran penduduk berdasarkan agama.
|
|
Read more...
|
|
Pemulihan Ekonomi Adalah Khayalan |
|
|
|
|
Saturday, 20 February 2010 13:16 |
Pemulihan satu ilusi?
HARAPAN untuk menyaksikan pemulihan ekonomi dunia yang pesat sempena bermulanya Tahun Harimau mungkin tergugat berikutan penemuan daripada salah satu kaji selidik peringkat terbesar yang dilakukan di kalangan akauntan seluruh dunia.
Walaupun kajian Global Economic Conditions Survey yang dijalankan pada suku keempat oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) telah menunjukkan bukti kukuh yang keadaan ekonomi semakin pulih, tetapi tinjauan kali ini telah menarik minat seramai 1,700 orang responden dan ahli-ahli ACCA (akauntan bertauliah) dari 99 buah negara untuk mambayangkan bahawa pemulihan sepenuhnya mungkin mengambil masa yang lebih lama dari yang dijangkakan.
Buat pertama kalinya sejak kajian yang dilakukan oleh ACCA ini dijalankan, ahli-ahlinya melaporkan bukan sahaja terdapat peningkatan keyakinan, dengan lebih separuh (46 peratus) daripada responden percaya situasi ekonomi akan semakin pulih atau sudah pulih, tetapi juga terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa permintaan, serta akses kewangan dan aliran tunai turut bertambah baik. Kaji selidik tersebut juga menunjukkan negara-negara di benua Asia dan Afrika berada dalam landasan yang betul ke arah pemulihan, yang mana para akauntan di benua ini melaporkan keyakinan yang tinggi dan pendapatan yang meningkat, sementara benua Eropah dan Amerika masih cuba mengimbangi pertumbuhan ekonomi mereka.
Bagaimanapun, kadar pemulihan ekonomi global secara hakikatnya adalah semakin perlahan walaupun dengan segala berita baik yang dinyatakan tadi. Ahli-ahli ACCA di rantau Asia-Pasifik, yang secara konsisten mendahului jalan keluar daripada kemerosotan ekonomi, telah menjadi semakin pesimis sejak suku terakhir, kerana mereka mula mempersoalkan tentang keupayaan ahli ekonomi di Barat untuk terus mengikut rentak ekonomi yang lebih dinamik yang dipraktikkan oleh mereka.
|
|
Read more...
|
|
Kapitalis Amerika Mengsensarakan Rakyatnya Sendiri |
|
|
|
|
Saturday, 20 February 2010 11:51 |
Serangan ala 9/11 di Texas
AUSTIN, Texas 19 Feb. - Seorang jurutera perisian komputer yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) merempuh bangunan pejabat cukai di sini semalam dengan menggunakan sebuah pesawat satu enjin. Tindakan kamikaze itu menyebabkan dua orang mati, 13 lagi cedera dan bangunan tujuh tingkat itu mengalami kemusnahan besar walaupun pesawat terlibat hanyalah sebuah pesawat kecil.
|
|
Read more...
|
|
AS Adalah Negara Pengganas, Hipokrit Dan Penipu Nombor 1 Dunia |
|
|
|
|
Friday, 19 February 2010 19:45 |
Iran taja keganasan, ancam dunia: Hillary
JEDDAH - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton kelmarin menuduh Iran menaja keganasan dan menjadi ancaman dunia termasuk di Arab Saudi. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pelajar-pelajar kolej Dar Al-Hekma di Jeddah dalam forum mengenai ancaman nuklear Iran.
"Iran mengancam negara-negara lain termasuk Arab Saudi dengan menaja pengganas untuk melancarkan serangan dalam negara," katanya.
Hillary berkata, sikap Iran di pentas dunia membimbangkan kalangan negara-negara jiran Timur Tengah.
"Anda menyaksikan Iran melancarkan peluru berpandu, melanggar peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Anda perlu bertanya, kenapa mereka melakukan semua ini?" katanya.
Menurutnya, masyarakat antarabangsa perlu bergerak ke arah mewujudkan dunia tanpa senjata nuklear.
Sumber : Sinar Harian, 18/02/2010
|
|
Read more...
|
|
Korban Awam Itu Adalah Umat Islam. Darah Mereka Lebih Bernilai dari Kaabah… |
|
|
|
|
Friday, 19 February 2010 19:43 |
Angka korban awam dalam operasi NATO meningkat lagi
MARJAH 16 Feb. - Tiga lagi penduduk awam Afghanistan dilaporkan terbunuh dalam serangan di kubu Taliban, kata pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini. Kematian dalam tiga kejadian berbeza itu berlaku selepas dua peluru Amerika Syarikat (AS) tersasar dan terkena sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Marjah, kelmarin. Seramai 12 orang terbunuh dalam kejadian itu yang separuh daripadanya kanak-kanak terbunuh dan sumber rasmi Afghanistan berkata, tiga pejuang Taliban berada di dalam rumah berkenaan ketika serangan dilakukan. Dalam dua kejadian terbaru itu, kumpulan Afghanistan yang mendekati pasukan NATO tidak mempedulikan jeritan dan isyarat tangan supaya berhenti, menyebabkan askar terpaksa menembak mereka.
Dalam kejadian ketiga, dua lelaki Afghan ditangkap dalam kejadian tembak-menembak antara pemberontak dan pasukan NATO. Kedua-dua mereka yang cedera menyebabkan seorang daripadanya mati akibat kecederaan walaupun sudah diberi rawatan perubatan, kata NATO. Semalam, pejuang Taliban melancarkan serangan balas dengan askar Marin dan Afghan menyebabkan pasukan bersekutu itu berundur walaupun kerajaan Afghan mendakwa pemberontak berkenaan sudah kalah. Dalam serangan berkenaan, pejuang Taliban yang menyusup masuk di dalam kegelapan malam ke sebuah kawasan bebas senjata dan bahan letupan, kemudiannya melepaskan tembakan terhadap pasukan askar Marin, di belakang sempadan Amerika Syarikat (AS). Pada masa sama, di Marjah, pasukan Taliban kelihatan sedikit goyah sekalipun terdapat segelintir pejuang dilihat melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap askar US dan Afghan menggunakan roket, senapang dan bahan letupan bom tangan. Walau bagaimanapun, taktik gangguan dan jumlah bom jalanan digunakan selain terowong serta perangkap samar yang ditanam di seluruh Marjah berjaya membantu melemahkan pergerakan pasukan bersekutu ke bandar. - AGENSI
Sumber : Utusan Malaysia, 17/02/2010
|
|
Read more...
|
|
|