Laman Utama Ramadhan

Edisi Khas

Al Quds Tidak Akan Dapat Dibebaskan Hanya Dengan Demonstrasi


بسم الله الرحمن الرحيم

هَذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ

Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan (TMQ Ibrahim [14]: 52)

Seminar

Banner

Login Form



Ada seramai 72 tetamu dalam talian

Undian

Tahukah anda bahawa makna dan hakikat sebenar hijrah adalah perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Darul Kufur menuju Darul Islam?
 
Ramadhan Al-Mubarak



Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan PDF Print E-mail
Ahad, 23 Ogos 2009 11:46

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

Seterusnya...
 
25 Ramadhan 658H (3 September 1260M) – Perang Ain Jalut PDF Print E-mail
Isnin, 22 September 2008 00:25
Di 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, kita sering diingatkan dengan satu malam, iaitu malam yang menyamai 1000 bulan. Pastinya akan muncul ramai pemburu- pemburu Lailatul Qadar di 10 malam yang terkahir ini. Barangsiapa beribadah pada malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yang tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pada bulan – bulan yang lain. Kali ini, kami ingin mengajak para pembaca sekalian , agar sama- sama mengimbas kembali sejarah generasi terdahulu dimana hidup mereka penuh dengan amalan kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajipan jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.

Seterusnya...
 
NUZUL AL QURAN – Turunnya Perintah dan Larangan Allah PDF Print E-mail
Selasa, 16 September 2008 22:44
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” [TMQ al-Baqarah (2):185].

17 Ramadhan sering diingati dan di peringatkan kepada kita setiap tahun. Tarikh yang di mana turunya kitab terakhir, yang memansuhkan kitab- kitab umat yang terdahulu, iaitu Al Quran. Peringatan yang sering dilontarkan adalah agar kita semua mengimarahkan hari-hari di bulan Ramadhan dengan membaca Al- Quran sebanyak- banyak yang mungkin. Malah, ada yang melakukan solat tarawikh dengan bacaan 1 juzuk daripada al-Quran pada setiap malam dengan harapan beliau akan mampu mengkhatamkan al-Quran semasa di bulan Ramadhan.
Seterusnya...
 
Keutamaan Ramadhan Al Mubarak PDF Print E-mail
Rabu, 03 September 2008 22:53
Ramadhan: Bulan Mengendalikan Hawa Nafsu

Sering kita mengatakan atau mendengar bahwa puasa (shaum) adalah berfungsi untuk menundukkan hawa nafsu buruk kita. Namun, yang dimaksud sekadar menahan nafsu makan dan minum, tidak berbohong, tidak bertengkar atau aktiviti lain yang bersifat moral semata- mata. Sekiranya faktanya sedemikian rupa maka sebenarnya telah terjadi penyempitan makna dari menundukkan hawa nafsu itu sendiri. Allah SWT berfirman:
Seterusnya...
 
Kembalikan Ramadhan sebagai bulan kemenangan PDF Print E-mail
Isnin, 01 September 2008 18:00
Wahai kaum muslimin!  Kembalikan semula Ramadhan sebagai bulan kemenangan dengan mengembalikan Khilafah.

Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan menyapa umat Islam lagi.  Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izza.  Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan pada yang menyaksikan keagunganNya.  Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka, Al Qawwy, Al Azeem.
Seterusnya...
 
Peristiwa-peristiwa di bulan Ramadhan PDF Print E-mail
Isnin, 01 September 2008 14:13
Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:
Seterusnya...
 
Pengumuman Anak Bulan (Hilal) Ramadhan dan Penetapan permulaan Ramadhan PDF Print E-mail
Isnin, 01 September 2008 00:00
Sabtu, 30 Ogos 2008 6.52pm

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

"Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan permulaan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan yang bathil.  Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan bukan kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." [Al-Baqarah:185]
Seterusnya...