|
Srikandi Tauladan
|
Khatibatun Nisa': Asma' Bintu Yazid Bin As Sakan Al Anshariyah RadhiAllahu Anha |
|
|
|
|
Rabu, 03 Februari 2010 21:47 |
|
‘Khatibatun Nisa’ ; ASMA’ BINTU YAZID BIN AS-SAKAN AL-ANSHARIYAH RadhiAllahu Anha
Sirah istimewa ini adalah milik salah seorang wanita suci dan menjadi contoh ideal dalam iman, ilmu dan kesabarannya. Beliau memeluk Islam bersama para wanita yang terdahulu beriman kepada Allah dan RasulNya, dari kalangan Anshar melalui sentuhan dakwah Mushab bin Umair, bermula di perkampungan Anshar yang paling baik, Bani Abdul Ashal, iaitu perkampungan seorang sahabat, Saad bin Muadz Radiallahu Anhu yang keislamannya menjadi barakah bagi kaumnya. Diriwayatkan bahawa pada petang hari beliau memeluk Islam, tiada seorang lelaki atau wanita pun di tengah-tengah Bani Abdul Ashyal melainkan telah menjadi muslim dan muslimat.
|
|
Seterusnya...
|
|
Puteri Kecintaan Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam : SAIDATINA FATIMAH BINTU MUHAMMAD |
|
|
|
|
Rabu, 02 September 2009 16:30 |
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Malaikat turun lalu menyampaikan khabar gembira kepadaku bahawa sesungguhnya Fatimah bintu Rasulullah adalah pemimpin para wanita penghuni syurga”.
Serikandi tauladan kali ini menghidangkan kisah salah seorang dari kalangan kerabat terdekat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, belahan hati baginda, sisi pilihan dari kalangan wanita solehah terbaik sepanjang zaman dan pemimpin para wanita penghuni syurga. Beliaulah Saidatina Fatimah Radiallahu anha, puteri pemimpin umat manusia, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam , Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf Al-Qursyiyah Al-Hasyimiyah; ibu Hasanain, Al-Hasan dan Al-Husin.
|
|
Seterusnya...
|
|
Ibu Para Pahlawan Islam :KABSYAH BINTU RAFI’ |
|
|
|
|
Jumaat, 08 Mei 2009 20:23 |
 Sabda Sallallahu alaihi wa Sallam:
” Wahai Ummu Saad, terimalah khabar gembira dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, bahawa orang-orang yang terbunuh di antara mereka saling berteman di dalam syurga, semuanya dan mereka diberi syafaat untuk keluarganya”
IBU PARA PAHLAWAN
Sahabiyyah ini adalah antara wanita mukminah yang menyajikan jalan-jalan tauladan dan termasuk salah seorang wanita yang memberikan kesaksian kebenaran bagi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Baginda Rasul turut menjanjikan imbalan kebaikan dan mendoakan barakah baginya. Ketika iklim iman menggantikan kegelapan jahiliyyah dan mentari hidayah mulai terpancar di tanah Madinah, sahabiyyah ini hidup dan tampil sebagai penolong bagi Islam, mencurahkan sekalian yang dimiliki dan menjadi ibu kepada dua orang anaknya yang gugur sebagai syuhada’; dua pahlawan Islam yang segar di dalam medan sejarah.
|
|
Seterusnya...
|
|
Pemilik Mahar Paling Indah:Ummu Sulaim Binti Milhan |
|
|
|
|
Rabu, 01 April 2009 21:01 |
 Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
“ Aku masuk ke syurga lalu terdengar sebuah suara di hadapanku. Ternyata beliau ialah Al-Ghumaisha’ bintu Milhan”[HR Bukhari]
“ Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu kekal di dalam taman-taman dan sungai-sungai di tempat yang disenangi, di sisi Yang Maha Berkuasa” [Al-Qamar: 54-55]”
|
|
Seterusnya...
|
|
Pemilik Wali Paling Mulia: Ummul Mukminin Zainab Al Jahsy Radhiallahu Anha |
|
|
|
|
Rabu, 04 Mac 2009 17:32 |
 " Zainab binti Jahsy sering membanggakan kedudukanku di sisi Rasulullah. Padahal aku tidak pernah melihat seorang wanita yang lebih baik agamanya selain Zainab. Dia juga lebih bertakwa kepada Allah, lebih jujur perkataannya, paling banyak menyambung hubungan kekeluargaan, paling banyak sedekahnya dan paling banyak berkorban untuk hal-hal yang mendekatkan dirinya kepada Allah Subhanahu wa Taala.” [Saidatina Aishah radhiallahu anha]
|
|
Seterusnya...
|
|
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq |
|
|
|
|
Isnin, 26 Januari 2009 01:27 |
 " Allah telah menurunkan ayat yang menjelaskan tentang kesucianmu dari atas lapis langit yang ketujuh, tidak ada satu masjid pun yang didalamnya disebutkan nama Allah, kecuali kesucianmu akan dibacakan sepanjang malam dan siang".[Ibnu Abbas]
Aisyah radhiallahu anha, puteri kepada pasangan mulia yang dibina melalui madrasah Rasul, Saidina Abu Bakar radhiallahu anhu dan Ummu Ruman binti Amir bin Uwaymir al-Kinaniyah radiallahu anha. Di rumah yang diliputi dengan kebenaran, kejujuran dan keimanan inilah beliau dilahirkan, tepatnya di Makkah, 7 tahun sebelum hijrah. Beliau turut diberi julukan As-Siddiqah binti As-Siddiq. Dari keluarga sahabat inilah, Allah menempatkan beliau sehingga kemuliaan peribadi dan keutamaan yang ada padanya terus diangkat oleh Allah Subahanahu wa Taala sebagai salah seorang Ummul Mukminin.
|
|
Seterusnya...
|
|
Ibu Teladan Asma' Binti Abu Bakar As Siddiq; Dzatun Nithaqain |
|
|
|
|
Isnin, 19 Januari 2009 10:17 |
  “ Ya Allah! Kasihanilah dia kerana solat yang panjang diselangi tangisan di tengah kedinginan malam yang sepi, ketika orang-orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Ya Allah! Kasihanilah dia yang sering menahan lapar dan dahaga ketika bertugas jauh dari Madinah atau Mekah dalam menunaikan ibadah puasa kepadaMu. Ya Allah! Aku menyerahkannya di bawah pemeliharaanMu, aku redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan bagiku dan baginya, dan berilah kami pahala orang-orang yang sabar...!" [ Doa Asma' radhiallahu anha buat puteranya, Abdullah bin Zubair]
|
|
Seterusnya...
|
|
Mutiara yang hilang: Perginya Sayyidah Su’ad Tikhkhan rahimahallah |
|
|
|
|
Sabtu, 17 Januari 2009 00:38 |
 Bagi setiap dakwah itu ada pembawanya. Di antara contoh mereka itu adalah pembawa dakwah Hizbut Tahrir. Dakwah Hizbut Tahrir telah terbentuk di negara-negara Asia Tengah yang dimulai oleh Uzbekistan. Di sini tempat terbaik berkumpulnya ramai syabab yang ikhlas dan sedar. Pendirian mereka dalam pelbagai hal telah menampakkan kebenaran fikrah yang mereka bawa, kejelasan arah tuju dan perjalanan mereka ke hadapan. Dalam menegakkan pendirian, mereka telah mencatat kedudukan yang hampir menyamai para sahabat yang diredhai Allah Azza wa Jalla. Demikian juga, pendirian mereka boleh disamakan dengan pendirian yang ditampilkan oleh golongan umat yang terdahulu yang disebut |
|
Seterusnya...
|
|
Saidatina Khadijah Binti Khuwailid |
|
|
|
|
Khamis, 15 Januari 2009 17:05 |
”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].
|
|
Seterusnya...
|
|
|
|
|
|
|