10 Perkara kaum Muslimin Perlu Tahu Berkaitan Syria Dan Asy Syam
- Rasulullah SAW pernah bersabda “Para Malaikat melebarkan sayap-sayapnya di atas bumi Asy Syam”[HR Tirmidzi]. Asy Syam (Syria, Palestin dan kawasan sekitarnya) ialah tanah yang diberkati; ia dimuliakan oleh Allah SWT dalam Al Quran dengan banyak khabar gembira dan banyak hadis menceritakan keagungan bumi asy Syam ini. Ia merupakan tanah yang terletaknya kiblat umat Islam yang pertama dan tempat di mana Nabi Isa akan diturunkan kelak.
- Ia kaya dengan sejarah Islam; tempat peristiwa- peristiwa besar dalam sejarah Islam berlaku. Bermula dengan tempat Rasulullah SAW dinaikkan ke langit di Masjid al Aqsa, hinggalah kepada beberapa peperangan besar yang dimenangi oleh umat Islam di bawah komandan Khalid al Walid, Salahuddin al Ayubi dan Sultan Saifuddin al Qutuz.
- Revolusi Syria yang bersifat Islami; apa yang dimahukan oleh umat di Syria merupakan kemahuan keseluruhan kaum Muslimin iaitu untuk hidup dengan cara Islam, melihat hukum syariah Allah diterapkan dalam masyarakat dan bernaung di bawah keadilan yang terhasil daripada penerapannya.
- Kesabaran dan ketabahan yang ditunjukkan oleh kaum Muslimin di sana merupakan sebuah pengajaran untuk kita semua. Meskipun mereka mengharungi kekejaman yang tidak dapat dibayangkan yang menyebabkan mereka dibunuh, dibom, diserang dengan senjata kimia dan diseksa, namun mereka tetap teguh kepada Islam dan menyerahkan kebergantungan mereka hanya kepada Allah SWT semata-mata.
- Tempoh lebih lima tahun konflik yang telah berlaku ini tidak pernah melunturkan nilai Islamnya ataupun menunjukkan kegagalan. Sebaliknya, ia menunjukkan pejuang-pejuang Islam yang menentang rejim Bashar al Assad tetap kuat dan kaum Muslimin di Syria tidak akan berkompromi dengan apa yang mereka inginkan.
- Rejim al Assad sangat zalim dan telah menjadi musuh kepada Islam, jauh lebih awal sebelum berlakunya kebangkitan pada tahun 2011. Sebagaimana ayahnya, keluarga Assad telah mempunyai sejarah lebih 40 tahun berkhidmat untuk kepentingan Barat dengan menindas kaum muslimin.
- Kebanyakan laporan mengenai konflik di Syria dilaporkan dalam liputan yang salah; laporan dibuat dengan suatu rangka baru untuk membentuk pandangan lain terhadap Syria dan rantau tersebut. Apa yang berlaku bukanlah pertembungan di antara Amerika dan Rusia, mahupun di antara Arab Saudi dan Iran – kerana mereka semua berada di pihak yang sama. Malah, ia bukanlah konflik antara Sunni dan Syiah. Apa yang berlaku ialah konflik di antara pihak yang ingin menerapkan sekularisme dan membentuk Syria yang liberal, dengan pihak majoriti yang inginkan penerapan Islam.
- Bantuan” yang diberikan oleh negeri-negeri kaum Muslimin mesti dilihat dalam konteks apa yang mampu mereka lakukan dan apa yang Islam kehendaki untuk mereka lakukan. Ya, sebahagian bantuan dan tempat perlindungan untuk pelarian telah disediakan. Namun begitu, tiada penyelesaian mahupun percubaan untuk menyelesaikannya melalui penyelesaian ketenteraan, meskipun terdapat sumber yang cukup di Turki dan Arab Saudi untuk menangani rejim Syria.
- Kebangkitan ISIS dan pengisytiharan Khilafah palsu mereka telah mengalihkan pandangan sebenar; ia digunakan untuk memberi legitimasi kepada rejim Assad untuk terus berkuasa dan menjadi alasan kepada kuasa asing untuk memperluaskan kehadiran mereka serta campur tangan dalam dunia umat Islam.
- Pemimpin – pemimpin Barat telah merancang dan merencana untuk menghentikan kebangkitan di Syria sejak dari awal; mereka telah memilih pemimpin – pemimpin yang sanggup bekerja untuk kepentingan Barat, yang sanggup menutup mata atas kekejaman rejim Bashar Assad, memilih kumpulan – kumpulan penentang yang sesuai dengan kepentingan mereka dan membiayainya serta melakukan pelbagai konferens dan “rundingan damai” untuk menghalang kumpulan-kumpulan Islam yang ikhlas dan memberi tekanan kepada mereka agar berputus asa.
Sumber
hizb.org.uk (terjemahan)