“Penjilat” British
Inilah hasil kejayaan British menanamkan racun berbisa dalam pemikiran umat Islam. British yang telah (dan masih lagi)menjajah dan mengorbankan nyawa umat Islam sentiasa dianggap suci dan mulia berbanding komunis yang dianggap ganas, brutal, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Memang benar, komunis bukan sahaja ganas, brutal dan kejam, bahkan idelogi kufur ini juga merupakan cara hidup kebinatangan di mana manusia diatur berdasarkan peraturan dialetika materialisme. Metod penerapan dan pengembangan ideologinya adalah melalui kekerasan, intimidasi dan mencetus huru-hara dan kehancuran.
Persoalannya, apakah bezanya ideologi jijik ini dengan ideologi kapitalisme yang dibawa dan diterapkan oleh British yang tak pernah kering dari darah kaum Muslimin, merompak kekayaan umat Islam dan menjajahnya? Sehingga hari ini, sebahagian besar umat Islam masih tidak sedar diri tentang hakikat ini kerana sejak lahir, mereka telah terperangkap dengan dakyah kufur British penjajah! Kata-kata hikmah kerapkali muncul dari mereka, sentiasa memuji dan meninggikan British penjajah sedangkan ini jauh bertentangan dari kalimah suci yang sepatutnya terpahat di hati mereka. Sampai bilakah mereka ini akan sedar? Ataukah mereka ini secara sedar bertugas mengekalkan dan mempertahankan ideologi hina tinggalan British ini agar ia terus kekal mendominasi umat hari ini?