Keluhan Kosong Tun Mahathir
Ini adalah kerana setiap puak di dalam sesuatu kaum yang besar pasti akan memperjuangkan kelompok masing-masing dan di dalam sesebuah parti kaum yang besar seperti UMNO, ia juga berlaku. Persaingan sesama individu atau puak di dalam UMNO hampir kesemuanya berlandaskan manfaat semata-mata. Tarikan yang ada di dalam kebanyakkan aktiviti berpolitik adalah wang. Wang adalah segala-galanya di dalam melancarkan setiap aktiviti di dalam UMNO.
Tanpa wang, tiada aktiviti yang akan mendapat sambutan dan UMNO pasti akan goyah bahkan, mungkin boleh rebah. Di dalam Islam, pengertian dan pengamalan budaya politik amat berbeza dengan apa yang diamalkan di dalam politik sekular. Di dalam Islam, amalan berpolitik itu berlandaskan kepada hukum syarak. Setiap perbuatan dan amalan di dalam politik Islam harus berlandaskan kepada perintah dan larangan Allah SWT. Matlamat di dalam politik Islam adalah untuk memastikan seluruh alam ini ditadbir dengan hukum Allah SWT dan bukan yang lain. Bahkan, setiap politikus di dalam amalan politik Islam seharusnya bersedia untuk berkorban tenaga dan wang ringgit untuk kepentingan umat Islam dan bukan menjadikan umat sebagai korban untuk kepentingan diri sendiri. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan sifat-sifat pemimpin yang diinginkan di dalam Islam:
“Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah pada hari Kiamat dan paling dekat tempat duduknya daripada-Nya adalah seorang imam yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah pada hari Kiamat dan paling jauh tempat duduknya daripada-Nya adalah imam yang zalim”[HR At Tarmizi]
Para pemimpin UMNO seharusnya bertanya kepada diri sendiri; apakah yang mereka lakukan selama ini untuk mendapatkan keredhaan-Nya? Apakah mereka semua akan selamat dengan terus memberi alasan untuk tidak melaksanakan hukum Islam seperti hukum hudud dan sistem uqubat Islam yang lain? Bagaimana pula dengan sistem pemerintahan Islam, iaitu Sistem Khilafah? Apakah alasan yang akan mereka berikan tatkala berdiri di hadapan Allah SWT untuk dihisab?
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa hanya pemimpin yang adil sahaja yang akan mendapat naungan daripada Allah SWT. Manakala yang zalim dan enggan berlaku adil (adil di sini apabila dia melaksanakan hukum syarak), pasti akan mendapat balasan dari-Nya. Ingat-ingatlah.
Rujukan: Berita Harian 10/5/2012