Bantulah Palestin Hapuskan Israel
Walaupun segala bantuan yang dihulurkan itu adalah baik bahkan patut diteruskan, namun kesemuanya itu bukanlah penyelesaian yang menyeluruh dan muktamad. Umumnya umat Islam sudah sedia maklum dan telah mengetahui bahawa masalah utama yang dihadapi oleh rakyat Palestin adalah tanah mereka dirampas oleh regim Yahudi Zionis laknatullah. Ianya telah lama berlaku semenjak lahirnya negara haram Israel pada 15hb Mei 1948 dan berterusan sehinggalah ke hari ini. Hakikatnya, rakyat Palestin sedang berperang Israel sedang memerangi umat Islam di Palestin. Untuk itu, jika mereka sedang diperangi, maka apakah solusi sebenar yang sepatutnya diberikan oleh kita sebagai kaum Muslimin kepada saudara kita di Palestin?
Bukankah jihad? Itulah kewajiban dan satu-satunya tindakan yang wajib kita lakukan saat ini kerana sudah terbukti bahawa rakyat Palestin tidak mampu untuk menghalang serangan-serangan yang dilancarkan oleh Yahudi Zionis. Bantuan yang sepatutnya diberikan oleh negeri-negeri kaum Muslimin seperti Malaysia adalah bantuan ketenteraan. Ini termasuklah menghantar tentera, kelengkapan dan persenjataan. Bantuan ubat-ubatan, bekalan makanan dan pakaian boleh juga dihantar tetapi ia hanyalah bantuan sampingan. Bantuan di dalam bentuk ketenteraan inilah yang akan memberikan harapan kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan wilayah mereka dari dijarah dan dimamah oleh Yahudi Zionis laknatullah. Bantuan seperti inilah yang dapat menyelamatkan nyawa umat Islam di Palestin dan seterusnya menghalang kanak-kanak Palestin daripada terus menjadi anak-anak yatim. Paling penting, usaha tersebut akan dapat menghilangkan penderitaan umat Palestin semenjak kewujudan negara haram Israel di sana. Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, inilah sebenarnya harapan dan bantuan yang diinginkan oleh rakyat Palestin. Rintihan mereka bukanlah sekadar menagih bantuan kemanusiaan yang dapat mengurangkan kesakitan, kesengsaraan dan kepayahan hidup kerana segala bantuan tersebut belum tentu dapat menjamin keselamatan nyawa mereka yang entah bila boleh melayang samada esok atau lusa.
Oleh itu, wahai kaum Muslimin. Sedarlah akan tanggungjawab kamu semua kepada saudara sesama Muslim. Sesungguhnya kaum muslimin itu adalah bersaudara. Jika sebahagian daripada anggotanya merasa sakit, maka seluruh tubuh badannya akan merasa sakit. Jika saudara kita sedang diperangi, maka sudah tentu wajib bagi kita berjihad menentang musuh-musuh Allah.
Rujukan : Sinar Harian 27/3/2012