Wahai penduduk Al-Ghouta , Anda memiliki Allah!

Lebih dari 2,000 serangan udara dilancarkan oleh Tentera Udara Rusia (1150 serangan) dan Tentera Udara Syria (900 serangan) menghancurkan manusia dan apa yang ada disekitarnya; ia menghancurkan hospital, pasar sayur dan kilang roti,  900 orang telah syahid dan lebih 2,000 orang awam yang tak bersenjata luka dan cedera parah. Seluruh dunia terlibat dengan tukang sembelih Damaskus dan penjenayah Moskow ini , dalam keganasan tanpa henti untuk memusnahkan orang-orang Ghouta, para pahlawan yang menolak untuk tunduk pada Firaun, atau Nero di abad ini, iaitu si penyembelih Bashar. Tapi Bashar tidak lebih dari boneka yang memperakui secara sah  terhadap campurtangan angkatan udara Rusia, yang mencerminkan kebencian yang mendalam terhadap Islam dan Muslim oleh Putin.

Negara-negara Barat, yang sering disebut sebagai “komuniti antarabangsa”, diam membisu. Ini menyerlahkan lagi penglibatan mereka dalam aksi ganas yang penuh dosa ini. Negara-negara ini telah mengangkat slogan, “Never Again” untuk mencegah berulangnya apa yang disebut Holocaust. Namun itu tidak diimplementasikan di Srebrenica-Bosnia pada 1995, ketika pasukan pendamai PBB menyerahkan penduduk Muslim kepada kelompok penjahat Serbia dan memberikan mereka lampu hijau untuk melakukan Holocaust terhadap 11,000 Muslim; Hal ini juga tidak diimplementasikan di Rwanda pada tahun 1994 mahupun di Afrika Tengah pada tahun 2016. Juga di Myanmar pada tahun 2017.

Tidak hairanlah Kolonel John Thomas dari Pejabat Pusat Komunikasi Awam (Central Command Public Affairs Office) A.S. mengatakan kepada akhbar Daily Beast: “Itu bukan masalah kami,” “CENTCOM tidak memiliki bahagian dalam hal apapun di Syria selain mengalahkan ISIS dan beberapa penguatkuasaan dalam menangani terorisme.

Menghentikan teroris terbesar, Bashar Al-Assad, seorang agen Amerika yang setia, bukanlah sebahagian dari misi ketenteraan AS di Syria. Setiausaha Jeneral PBB untuk urusan politik Jeffrey Feltman, melanjutkan permainan pembunuhan dan keganasan tersebut, mengatakan kepada sebuah sidang Dewan Keselamatan PBB pada 28/2/2018, mengenai situasi kemanusiaan di Syria, bahwa PBB akan terus “secara tegas menyerukan keadilan dan keadaan yang dipertanggungjawabkan,” “mereka yang bertanggung jawab atas kengerian yang melanda  kehidupan sehari-hari di Syria… mesti diminta dipertanggungjawab”,

Lampu hijau ini menjelaskan pernyataan Lavrov: “Ada kelompok di Ghouta Timur dan Idlib, yang diklasifikasikan sebagai moderat oleh rakan dan penaja dari Barat, termasuk Ahrar Al-Sham dan Jaish Al-Islam, mereka bekerja sama dengan gerakan Ahrar Al-Sham, “Menambahkan bahwa rejim Syria dan Moskow akan terus menjadikan mereka sasaran. Ya, Lavrov menuduh gerakan Ahrar Al-Sham, yang melancarkan perang sengit melawan Hay’at Tahrir Al-Sham di Idlib bahwa ia bekerja sama dengan organisasi “teroris” untuk menjustifikasikan kempen pemusnahan berdasarkan polisi bumi hangus di Ghouta.

Itulah sebabnya baik Rusia mahupun PBB tidak menerima tawaran Jaish Al-Islam dan Failaq Ar-Rahman; untuk mengeluarkan unsur Hay’at Tahrir Al-Sham dari Al-Ghouta. Mengeluarkan mereka akan  menghancurkan alasan untuk  memerangi para teroris. Dan membiarkan mereka berada disitu menjustifikasikan pengeboman  anak-anak dan perempuan dan meledakkan hospital, pasar sayuran, kilang roti, ubata-ubatan farmasi dan ambulans. Semua ini di bawah pengawasan ketat mata dan telinga “komuniti antarabangsa” yang mengangkat panji peradaban dan hak asasi manusia !!

Dan juga di bawah penglihatan dan pendengaran para penguasa Muslim yang sibuk melayani kepentingan tuan mereka iaitu para penjajah Barat. Dan itu di bawah penglihatan dan pendengaran para pemimpin tentera di negeri-negeri kaum Muslim. Tentera-tentera ini, yang menghabiskan ribuan billion  kekayaan Muslim, jika mereka tidak melaksanakan tugas mereka untuk melindungi umat Islam dan mempertahankan kehormatan dan darah mereka, apakah tujuan kewujudan  mereka?

Nabi saw telah bersabda:

«مَا مِنْ امْرِئٍ يَخْذُلُ امْرَأً مُسْلِمًا فِي مَوْضِعٍ تُنْتَهَكُ فِيهِ حُرْمَتُهُ وَيُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ إِلَّا خَذَلَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ فِيهِ نُصْرَتَهُ وَمَا مِنْ امْرِئٍ يَنْصُرُ مُسْلِمًا فِي مَوْضِعٍ يُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ وَيُنْتَهَكُ فِيهِ مِنْ حُرْمَتِهِ إِلَّا نَصَرَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ نُصْرَتَهُ»

 “Siapa pun yang membiarkan terlantar seorang Muslim di tempat yang mana kesuciannya dicemari dan kehormatannya dikurangi, Allah akan membiarkannya terlantar di tempat yang mana ia suka dibantu oleh Allah. Dan siapa pun yang mendukung seorang Muslim di tempat yang mana kesuciannya dicemari dan kehormatannya dikurangi, Allah akan mendukungnya di tempat yang mana ia suka dibantu oleh Allah (swt).”

Ya Allah! Kami sedang di tewaskan, jadikan kami sebagai pemenang

Dr. Osman Bakhach

Pengarah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

Nombor Terbitan : 1439 AH / 014
Jumaat, 09/03/2018 bersamaan, 21Jamadil Akhir 1439 AH