Seminar PKRS Berjaya Jelajah Seluruh Malaysia

seminar-pkrdAlhamdulillah, pada 30 Oktober seminar PKRS di Bangi sebagai penutup kepada seminar PKRS siri jelajah Malaysia telah melabuhkan tirainya.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas keizinan dan pertolongan Nya, Seminar Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) : Tindakan Sesaat atau Penyelesaian yang Tepat, telah berjaya dilengkapkan. Sembilan lokasi (Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Kelantan, Johor Baharu, Melaka, Kedah dan Bangi) di Semenanjung serta di Sabah telah menggamit kedatangan para muslimah yang amat peduli tentang masalah umat Islam khususnya di negara tercinta ini. 

Matlamat seminar ini melalui slot pertama adalah untuk menyedarkan para muslimah khususnya ibu-ibu dan guru-guru bahawa pengenalan subjek PKRS di sekolah rendah mulai tahun ini adalah cetakan implementasi Barat yang bakal memusnahkan generasi umat Islam. Fakta ini dihuraikan dengan pelbagai carta, statistik dan laporan-laporan kajian yang membuktikan kegagalan demi kegagalan mereka menangani masalah kehamilan anak luar nikah, pengguguran bayi, peningkatan kes HIV/AIDS dan sebagainya walaupun pendidikan seksualiti telah diperkenalkan beratus tahun yang lalu.Namun terus menemui kegagalan.  Apakah pemerintah negara ini mahu mengulangi kegagalan ini?  Di sinilah peranan Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) melalui salah satu aktiviti politik iaitu membuat muhasabah kepada pemerintah.

Seterusnya, pada slot kedua, para pembentang menunjukkan penyelesaian tepat menurut aturan Allah SWT dalam memberi pendidikan seksualiti kepada anak-anak. Sumbernya tentulah bukan Barat! Tetapi dalil Al-Qur’an dan hadis Rasulullah SAW.  Ini semestinya bertentangan dengan idea sekularisme yang menafikan peranan agama dalam urusan kehidupan.  Contohnya, sedari kecil anak-anak perlu di asuh untuk mematuhi adab meminta izin untuk memasuki kamar ibu bapa ketika tiga waktu aurat (sebelum subuh, sebelum zohor dan selepas isyak), mengenali siapa mahram dan bukan mahram, mematuhi pemakaian busana muslimah di kehidupan khusus dan umum, mengetahui interaksi yang hanya dibenarkan sesama lelaki dan wanita ajnabi dan sebagainya.  Rata-rata muslimah yang hadir sedar dan kagum dengan keindahan dan kesempurnaan Islam dalam mengatur gharizah an-nau’ (naluri seksualiti untuk melestarikan keturunan) agar manusia tetap berada di jalan yang diredhaiNya.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah sama-sama menghadiri seminar ini dan semoga hati-hati kita di limpahi dengan kesedaran dan semangat untuk bersama-sama dengan MHTM berjuang menegakkan kembali Daulah Khilafah sebagai penjamin kesejahteraan generasi. 
Wallahua’lam.
 

{sfx rss=’https://picasaweb.google.com/data/feed/base/user/116661879362415969427/albumid/5670797339568698625?alt=rss&kind=photo&hl=en_US’ display=’album’}