Kenyataan Media – Muslimah Kyrgyzstan : Tuduhan terrorisme atau kehidupan dalam Negara terrorisme??

[pdf]

Kenyataan Media
Muslimah Kyrgyzstan : Tuduhan terrorisme atau kehidupan dalam Negara terrorisme??
(Diterjemah)

Polis di Kyrgyzstan mengumumkan bahawa lima orang wanita dari Hizbut Tahrir telah ditangkap di bandar Bishkek pada 3/3/2015. Beberapa media melaporkan bahawa Puan Yurolay binti Rukhmunjan telah ditangkap pada 11/3/2015 di bandar Osh. Beliau merupakan ibu berusia 22 tahun yang mempunyai dua orang anak dan telah ditahan dengan bayi lelakinya yang berusia tiga bulan. Beliau ditangkap dengan dakwaan memiliki barang-barang terlarang, yang terdiri daripada 13 buah buku dan 23 keping cakera padat. Pada 19/03/2015, pihak polis kemudian mengumumkan penangkapan muslimah Hizbut Tahrir tersebut di kawasan Bishkek.

Pihak rejim telah melancarkan kempen brutal yang menyasarkan wanita Islam yang taat dan menangkap mereka atas tuduhan palsu dan rapuh bahawa mereka memiliki bahan yang menyalahi undang-undang. Apa yang ada pada bahan tersebut sehingga membawa ketakutan dan seolah-olah ianya menimbulkan ancaman kepada keselamatan Negara? Adakah buku-buku dan CD Islamik membawa keraguan atau rasa takut kepada umat Islam? Adakah pihak polis tidak berasa malu dan berbangga dengan menangkap wanita-wanita yang terpelihara kehormatannya? Demi Allah, ia adalah noda memalukan pada muka mereka yang telah ditugaskan bagi memelihara keselamatan dan melindungi rakyat. Mereka ini akan sentiasa diingatkan oleh orang-orang bertaqwa dan terhormat bagi tuntut penanggungjawaban. Orang muslim akan membalas setiap penindasan dan penyeksaan terhadap Muslimah yang merdeka. Mereka akan membalas dendam ke atas setiap bayi yang diperlakukan dengan ganas oleh kerajaan yang bersikap takbur dan kejam terhadap muslimah.  

Kita kini berhadapan dengan negara yang rakyatnya diperlakukan dengan kasar di bawah hujah rapuh kononnya untuk memerangi keganasan; sebuah Negara yang bertindak kejam terhadap wanita bukannya melindungi mereka, menyemai sifat takut ke dalam diri mereka bukannya menenangkan mereka; sebuah Negara yang telah dibutakan oleh kebencian mereka terhadap pengemban dakwah. Mereka memenjarakan bayi dan membuatkannya menangis bukannya menjaga dan melindunginya dari kecelakaan. Di sinilah dia, seorang bayi baru berusia tiga bulan, meringkuk dan menderita dengan ibunya di sebuah penjara gelap atas dakwaan memiliki buku dan cakera padat yang mencerdaskan minda Muslimah, menguatkan kecenderungannya dan membantunya mendekatkan diri dengan Tuhannya. Mereka berkeras memenjarakannya meskipun ini merupakan perlanggaran Artikel 229 undang-undang jenayah yang menetapkan bahawa rakyat akan dihukum jika mereka menyimpan di rumah bahan-bahan yang terkait dengan keganasan atau jika mereka menerbitkannya. Mereka memperdayakan undang-undang buatan manusia mereka dan memanipulasi keadaan rakyat bukannya menjaga atau mengambil berat mengenai mereka.  

Di negara yang mendakwa mengamalkan demokrasi dan memegang kebebasan khayalan yang palsu, Hizbut Tahrir masih dilarang dan digelar sebagai organisasi keganasan, sedangkan ia dikenali dalam kalangan orang muda mahupun tua merupakan sebuah parti politik yang tidak menggunapakai tindakan keganasan (ketenteraan), kerana mengikut Sirah Nabi kita al Mustafa, semoga dicucuri rahmat yang terbaik dan paling suci buat Baginda, dalam metod Baginda mendirikan Negara Islam. Peperangan media dan perundangan terhadap pengemban dakwah di Kyrgyzstan adalah sebuah pembohongan yang nyata, rekaan dan fitnah semata-mata meskipun telah diberikan kenyataan rasmi dari parti ini mengenai cara gerak kerja politiknya, bahawa ia tidak mengamalkan metod keganasan, mereka tetap saja memerangi parti ini untuk menghadkan impaknya dan agar mereka mampu untuk sebarkan rancangan jahat mereka yang mahu memusnahkan kita. Mereka memerangi keganasan dengan menggabungkan falsafah teroris dan ketakutan. Mereka menyebarkan ketidakadilan, seperti yang dibuktikan oleh kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negara, “Meles Torganbayez” di sebuah persidangan berita pada 11/3/2015, yang berniat untuk melebarkan sayap barisan polis menimbulkan rasa panik kepada orang ramai. Mereka mencuba untuk meyakinkan rakyat tentang bahaya gerakan Islam yang diburukkan hari demi hari. Rancangan mereka pasti akan berpaling menentang mereka.

﴿وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِه﴾

Rencana yang jahat itu hanya akan menimpa orang yang merencanakannya sendiri” [Surah Fatir: 43].

﴿إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانْتَصَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا ۗ وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ﴾

Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali“[Surah Ash-Shuara: 227].

Bahagian Wanita
di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir