SERUAN PEMBEBASAN MASJID AL-AQSA DI MASJID NEGARA OLEH HIZBUT TAHRIR MALAYSIA
Ini adalah kerana tuntutan wajib berpuasa itu adalah sama seperti kewajiban untuk melaksanakan qishosh dan jihad. Oleh itu tidak selayaknya umat Islam membeza-bezakan perintah Allah SWT. Umat Islam tidak seharusnya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian ajaran Islam yang lain, iaitu dengan hanya mengambil hukum-hakam tentang ibadat tetapi meninggalkan hukum-hakam yang lain seperti hukum pemerintahan, penghukuman dan lain-lainnya. Inilah sebenarnya yang menjadi punca dan penyebab kepada kehinaan yang dihadapi oleh umat Islam saat ini. Justeru, Abu Imtiyaz mengajak kaum muslimin sekalian untuk turut sama berjuang menegakkan Khilafah demi mengembalikan semula hukum-hakam tersebut dan mengembalikan kedudukan umat Islam sebagai umat yang terbaik. Seruan diakhiri oleh Abu Imtiyaz dengan kata-kata: “ Ramadhan Al-Mubarak disambut, Seruan Syariah dan Khilafah disahut ”. Seruan kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Umar Hussein. Semoga seruan Ramadhan yang dilakukan oleh HTM ini akan memberikan kesedaran kepada umat Islam yang hadir khasnya dan kepada seluruh umat Islam umumnya bahawa penyelesaian yang paling tuntas dan ampuh untuk umat Islam disaat ini adalah Khilafah. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Seruan Di Masjid Negara, KL