Ajaran 4 Mazhab Tidak Menyeru Kepada Sistem Sekular

jamil khirMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan bahawa berlaku trend yang tidak menentu apabila jumlah tangkapan yang dilakukan terhadap kumpulan ajaran sesat dilihat turun naik di sepanjang 2007 hingga 2011 di mana terdapat 87 tangkapan telah dilakukan sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 19 tangkapan dibuat pada 2007; 2008 (11 tangkapan); 2009 (40 tangkapan); 2010 (14 tangkapan) dan tiga tangkapan pada 2011.

Ketika mengulas lanjut berkenaan hal tersebut, Jamil Khir berkata, undang-undang yang sedang berkuat kuasa hanya mengiktiraf amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan semua penganut mazhab boleh beramal dengan fahaman mazhab Shafie, Hanafi, Maliki serta Hambali. (rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121214/pa_02/87-tangkapan-ajaran-sesat)

aswajaPersoalannya, adakah benar undang-undang yang diterapkan di Malaysia pada hari ini merupakan undang-undang yang didasarkan pada pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang pernah diajarkan oleh guru-guru kita daripada aliran keempat-empat ulama’ mazhab tersebut? Atau ia sekadar dakwaan bohong  demi untuk melestarikan sistem thagut yang sedia ada? Para ulama’ dari kalangan 4 mazhab mewajibkan kita agar berpaling daripada sistem selain daripada sistem Islam dan mewajibkan supaya berdirinya Khilafah dengan dibaiah seorang Khalifah untuk menerapkan sistem syariah Islam secara kaffah.

Baca artikel lengkap tentang pendapat ulama 4 mazhab yang mewajibkan penegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah: http://www.mykhilafah.com/khilafah/1654-ulama-empat-mazhab-mewajibkan-khilafah

Justeru, Jamil Khir harus sedar bahawa di samping kumpulan-kumpulan ajaran sesat dan bidaah yang sedia ada, terdapat ajaran sesat dan bidaah yang paling besar yang wajib diperangi pada ketika ini adalah fahaman sekularisme. Disebabkan penerapan fahaman inilah, seluruh ajaran sesat dan bidaah masih terus berleluasa dan mendominasi kehidupan umat Islam di seluruh dunia.