Alangkah Baiknya Jika Nama Tentera Malaysia Yang Tercatat
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Nama Malaysia akan diabadikan pada sebatang jalan sepanjang tujuh kilometer dan sebuah taman permainan kanak-kanak di Gaza. Menurut laporan Koresponden Bernama Radio24, Nizal Mohamad dalam siaran langsung stesen itu hari ini, jalan itu akan dinamakan Jalan Persahabatan Palestin-Malaysia manakala taman berkenaan dinamakan Taman Permainan Kanak-Kanak Malaysia. Ketika mengumumkan hasrat itu kepada anggota misi Ramadan March for Freedom di Gaza, Datuk Bandar Khan Yunis, Mohd. Abdul Khalek El-Farra berkata, keputusan itu sebagai inisiatif Gaza bagi menghargai keprihatinan Malaysia terhadap penduduk di kawasan berkenaan. Beliau menghadiri majlis peletakan batu asas Hospital Pediatrik yang disempurnakan oleh Pemimpin Kanan Hamas yang bertanggungjawab mengenai kesihatan di Gaza, Dr. Basem N. Naim. Misi itu yang diterajui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia akan berada di Gaza sehingga Rabu depan.
Sumber: Utusan Malaysia 14/08/10
Alangkah baiknya jika nama tentera Malaysia tercatat sebagai negara pertama yang menghantar tentera untuk mengganyang Israel.
Apabila fikrah umat Islam hari ini dipenuhi dengan pemikiran sekular kita akan melihat mereka merasa bangga dengan sesuatu yang sebenarnya tidak dapat mengubah apapun. Apalah yang hendak kita banggakan sangat jika hanya sekadar nama Malaysia yang diabadi pada jalan dan taman permainan kanak-kanak di Gaza dan selepas itu Israel laknatullah membedil jalan dan taman permainan tersebut? Israel akan terus bersemangat untuk mengganas dan melakukan pembantaian terhadap umat Islam kerana mereka melihat setiap kali mereka melakukan operasi pembunuhan terhadap umat Islam, umat Islam tidak menentang mereka dengan kekuatan tentera. Hakikatnya umat Islam telah mencampakkan dan terus melupakan thariqah Islam dalam usaha mereka untuk menyelesaikan persoalan di Palestin sedangkan satu-satunya penyelesaian di Palestin adalah jihad. Kewajiban jihad seolah-olah sudah hilang di dalam diri umat Islam terutamanya dari kalangan para pemimpin umat Islam hari ini. Lihatlah betapa berjayanya Barat melakukan penyesatan pemikiran di kalangan umat Islam dari memahami Islam yang sebenarnya sehingga mereka melupakan langsung kewajiban jihad fisabilillah yang sepatutnya dilancarkan di bumi Palestin saat ini. Apakah kita hanya berbangga dengan terpahatnya nama Malaysia di Palestin tetapi dalam masa yang sama negeri-negeri umat Islam termasuk Malaysia telah mengkhianati dan membiarkan umat Islam di Palestin terus dibunuh oleh Israel laknatullah tanpa adanya pembelaan dan tentangan dari tentera-tentera umat Islam yang jumlahnya berlipat kali ganda dari jumlah tentera Israel. Amat malang nasib umat Islam di saat ini yang tidak dilindungi dan dipimpin oleh seorang Khalifah kerana para pemimpin sekular yang memimpin umat Islam di saat ini lebih mencintai kehidupan dunia dari akhirat.