Apa disebalik pembunuhan Duta Rusia di Ankara?

Apa disebalik pembunuhan Duta Rusia di Ankara?

(Terjemahan)

Soalan: Pada 19/12/2016, seorang pegawai polis di Ibu Negara Turki telah menembak secara terbuka duta Rusia ke Turki dan membunuhnya. Ini disiarkan secara langsung ketika duta itu sedang menyampaikan ucapan di sebuat galeri seni di Ankara. Kerajaan Turki mengatakan bahawa operasi ini didalangi oleh Gulen, apakah kesahihan tuduhan ini? Apakah motivasi disebalik operasi ini? Semoga Allah memberikan kebaikan kepada anda.


Jawapan: Untuk mendapatkan jawapan yang jelas, perlu untuk menilai perkara-perkara berikut.

Pertama, apa realiti yang berlaku?

1. Apa yang berlaku baru-baru ini di Aleppo adalah satu tragedi yang menimpa umat Islam, ia sudah cukup untuk menyentuh kemarahan umat Islam dan menimbulkan perasaan sakit hati mereka, serta mendorong mereka untuk melakukan tindakan balas terhadap apa yang berlaku. Pengkhianatan Presiden Turki Erdogan, telah jelas didedahkan dengan perlaksanaan konspirasi yang dirancang oleh Amerika, musuh nombor satu Islam dan umat Islam, dan jenayah yang dilakukan oleh suruhannya Rusia, serta Bashar Al-Assad yang zalim dan kumpulannya, dan penglibatan tangan pengkhianatan Iran dan partinya di Lubnan serta penyokongnya.

2. Pegawai itu melaungkan slogan Islam selepas membunuh duta Rusia, di mana beliau berkata dalam bahasa Arab (“nahnu al-ladzîna bâya’û Muhammadan ‘alâ al-jihâd ma hayaynâ abadan”) : “Kami adalah orang-orang yang memberikan ketaatan kepada Nabi Muhammad untuk berjihad selama kami hidup,” katanya dalam bahasa Turki: “Jangan lupakan Aleppo, jangan lupakan Syria, Allah Maha Besar.” Beliau mengulangi lebih daripada sekali, menandakan bagaimana beliau telah dipengaruhi oleh apa yang berlaku di Aleppo baru-baru ini dan apa yang berlaku di Syria secara amnya penyerangan terhadap orang-orang yang beragama Islam, beliau berkata: “Setiap orang yang terlibat dalam kezaliman yang berlaku di Aleppo dan Syria akan membayar harganya … ” dan dia berkata” selagi negara kita tidak selamat maka anda juga tidak akan merasainya.” (News Agencies, 19/12/2016) Beliau seolah-olah mengarahkan mesej ini kepada Amerika, Rusia dan sekutunya, penyokong serta pengikutnya, yang memusnahkan Syria serta menyerang bumi Islam, mesej jenayah mereka tidak akan dipadamkan daripada memori umat Islam, dan hari akan datang, Insya ‘Allah, yang dijanjikan keatas mereka.

3. Apa yang pelik ialah pihak berkuasa tidak menahan pegawai polis itu, malah membunuhnya, dan jelas bahawa ianya disengajakan. Si pemerintah zalim takut sekiranya dia ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan beliau akan terus melaungkan slogan-slogan yang dikaitkan dengan Aleppo dan Syria, serta pengkhianatan para penguasa, terutamanya Erdogan ke atas Aleppo. Ini akan memalukan Erdogan, yang telah mengabaikan Aleppo, ia tidak menolak kemungkinan bahawa arahan datang dari dia (Erdogan) untuk membunuh pegawai tersebut, supaya Erdogan akan bebas dari rasa malu dan kesan akibatnya kelak! Memang ada peluang untuk menangkap apabila anggota keselamatan menyerbu tempat itu beramai-ramai, walaupun pegawai itu berkata: “Anda tidak boleh menangkap saya hidup-hidup” untuk menunjukkan keteguhan kedudukan dan tiada rasa takutnya. Agensi berita Anatolia melaporkan pada 21/12/2016 bahawa “pendakwa sedang menyiasat punca kenapa Angkatan Khas yang menyerbu pameran seni tidak menjalankan penahanan dan kemudian membunuh Pegawai Polis Mevlut Altintas semasa masih hidup”.

Tidak menahannya telah memalukan Erdogan, jadi dia telah mempertahankan tindakan anggota keselamatan yang membunuh pegawai itu, dengan berkata: “terdapat spekulasi tentang mengapa dia tidak ditangkap hidup-hidup, lihat apa yang berlaku di Besiktas apabila mereka cuba untuk menangkap salah seorang penyerang hidup-hidup”. Namun kejadian ini tidak sama dengan kejadian di Besiktas, di sini pegawai ini nampaknya telah menjalankan operasi bersendirian melaungkan slogan Islam, dan menyerang wakil negara bermusuh, iaitu Rusia, yang membunuh umat Islam siang dan malam di Syria dan memusnahkan negara Syiria untuk melindungi rejim kufur dan ketua rejim Bashar yang zalim itu. Apa yang berlaku di Aleppo, mencetuskan perasaan semua umat Islam, ini adalah sebab di sebalik laungan dan Takbirnya. Sementara operasi di Besiktas adalah kerja sebuah organisasi pemisah nasionalis Kurdish yang sekular yang tidak ada kena mengena dengan Islam dan objektif dan matlamat mereka jauh dari Islam; organisasi ini ada hubungan politik dengan negara-negara penjajah … apatah lagi menyatakan kedua-dua kejadian ini adalah pencampur-adukkan dan tidak akan dapat berdiri sebagai bukti, ini hanya akan membongkar dan menelanjangi orang yang menggunakannya.

Kedua: Tindak balas terhadap kejadian itu.

1. Amerika terganggu dengan pembunuhan Duta Rusia. Amerika menugaskan Rusia untuk melaksanakan projek-projek di Syria, mereka berada dalam perjanjian penuh antara satu sama lain dan menyelaraskan semua aktiviti secara bersama-sama. Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengutuk ini dan berkata: “. Amerika Syarikat mengutuk pembunuhan Duta Rusia Andrei Karlov di Ankara hari ini” (Reuters, 19/12/2016), menyifatkannya sebagai “serangan yang keji” dan mengisytiharkan bahawa “negara beliau bersedia untuk membantu Rusia dan Turki menyiasat serangan tersebut. ” Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Kirby berkata: “Kami mengutuk perbuatan keganasan ini apa juga sumbernya, ingatan dan doa kami sentiasa bersama dengannya dan keluarganya.” Jurucakap Rumah Putih dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat serta pasukan presiden wakil pihak Presiden yang baru dipilih Trump mengutuk pembunuhan Duta Rusia, kedua-dua Amerika dan Rusia berada dalam keadaan yang sama.

2. Erdogan yang pro-Amerika, bersekutu dengan Rusia yang mengikuti telunjuk dan arahan Amerika, tidak mahu hubungannya dengan Rusia terjejas, dan kita telah melihat bagaimana dia berusaha menyelesaikan masalah penembakan jatuh pesawat Rusia dan memohon maaf kepada Rusia, Rusia juga mendedahkan pengkhianatannya dengan memperdayakan pihak pejuang dengan mengeluarkan mereka dari Aleppo, bertujuan melaksanakan rancangan Amerika dalam perjanjiannya dengan musuh Allah Putin ogos lalu. Putin sendiri mendedahkan ini, membuka pekung sikap sekutunya Erdogan, untuk menghentikan kemegahannya dalam negaranya dengan kepahlawanan palsunya… Erdogan telah tunduk dan merendahkan dirinya dengan Putin pada mesyuarat mereka di St Petersburg pada bulan Ogos, dan menyifatkan Putin sebagai sekutu dan rakan yang rapat.

Pada keesokan hari kematian duta Rusia, Erdogan mengumumkan bahawa beliau bersetuju dengan rakan sejawatannya dari Rusia Putin untuk terus bekerjasama dalam urusan Syria walaupun pembunuhan duta Rusia berlaku, beliau berkata: “Kami berkongsi dengan Presiden Putin pandangannya bahawa kerjasama kami dengan Rusia dalam pelbagai bidang, terutama di Syria, tidak boleh dihalang kerana serangan ini. “(Al-Jazeera, 20/12/2016). Menteri Luarnya Cavusoglu berkata semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Rusia Lavrov di Moscow: “Turki dan Rusia akan terus bekerjasama sehingga mereka mencapai penyelesaian politik di Syria dan di tempat lain”, dan dianggap membunuh Duta Besar adalah: “untuk merosakkan hubungan dua hala”. Putin menyifatkan operasi itu sebagai “provokasi, matlamatnya adalah untuk menggagalkan penyelesaian hubungan Rusia-Turki dan proses damai di Syria”.

Peskov, jurucakap Presiden Rusia, mengumumkan: “kedua-dua presiden bersetuju untuk membentuk satu jawatankuasa bersama menyiasat serangan itu.” Oleh itu, kita melihat bahawa kedua-dua pihak, Turki dan Rusia, bersatu pada pendapat mereka mengenai kejadian tersebut dan keazaman untuk terus berkerjasama untuk menyerang Revolusi Syria dibawah nama proses damai di Syria atau penyelesaian secara aman. Menteri Luar Turki, Rusia, Iran mengadakan mesyuarat pada hari berikutnya selepas pembunuhan duta Rusia, yang menegaskan bahawa dan juga menekankan, mempertahankan rejim sekular di Syria, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan mereka.

3. Eropah juga menentang revolusi orang-orang Syria dan mengembalikan Islam berkuasa di Syria. Ia telah dijalankan bersama-sama dengan Amerika dan meluluskan untuk mengekalkan rejim sekular di Syria dan melaksanakan penyelesaian politik di sana ketika Eropah menyertai Persidangan Vienna pada 14/11/2015. Ia juga bersetuju dengan resolusi Majlis Keselamatan yang berkaitan dengan itu bersama dengan Amerika dan Rusia, semua negara Eropah mahu mempunyai peranan dalam isu Syria serta proses politik dan tidak mahu diasingkan di peringkat antarabangsa. Eropah adalah seperti Amerika dan Rusia, ia memusuhi Islam dan umat Islam dan menentang Islam kembali berkuasa, ketua hal ehwal luar semula Kesatuan Eropah Federica Mogherini telah mengecam pembunuhan itu, dan berkata: “Saya amat terkejut dengan serangan yang tidak dapat dibayangkan ini. “(AlJazeera.net, 20/12/2016) Juga Duta PBB Britain Matthew Rycroft melahirkan rasa kesal atas kematian duta Rusia di Turki, beliau menyatakan,” kesediaan negaranya untuk bekerjasama dengan Moscow dalam memerangi keganasan di dalam dan di luar Syria… ” (AlJazeera.net, 20/12/2016) Boris Johnson, Menteri luar British membuat kenyataan yang menyifatkan serangan itu sebagai pengecut dan keji. (Rusia Hari ini, 20/12/2016)

Di Jerman, kerajaan Jerman mengutuk pembunuhan Duta Rusia. Steffen Seibert, jurucakap Canselor Angela Merkel berkata pada petang Isnin dalam tweet di Twitter: “Berita pembunuhan yang sangat sedih, dan bahawa kerajaan Jerman mengutuk tindakan ini tidak masuk akal sekeras-kerasnya…” (AlJazeera.net, 20/12/2016) Menteri Luar Perancis, Jean-marc Ayrault berkata, “Tiada apa-apa yang dapat mewajarkan keganasan dan terorisme, dan mengucapkan belasungkawa ikhlas kepada keluarga duta dan sokongannya kepada Rusia dan Turki …” (AlJazeera.net, 20/12/2016)

4. Tuduhan Erdogan terhadap kumpulan Fethullah Gulen ini adalah tidak benar. Pada 21/12/2016 Erdogan membuat kenyataan: “Tidak ada keraguan bahawa lelaki bersenjata yang membunuh Duta Rusia di Ankara adalah seorang ahli rangkaian pengganas Fethullah Gulen… semua rangkaian dari pendidikannya kepada doanya menunjukkan hubungan kepada rangkaian pengganas Gulen… ” (Reuters, 21/12/2016) Dan tuduhan sedemikian bukan baru, negara Turki yang diketuai oleh Erdogan, telah menuduh kumpulan ini untuk semua kejadian yang berlaku untuk menyembunyikan kebenaran, ia telah menuduhnya sebagai dalang rampasan kuasa untuk menutup penghapusan ejen British yang menjadi dalang dalam satu percubaan gagal pada 15 Julai.

Gulen telah mengutuk pembunuhan duta Rusia yang dipetik oleh Alp Aslandogan, jurucakap pergerakan itu, berkata: “Mr. Gulen sama sekali mengutuk tindakan ini, “pembunuhan Duta Rusia” dan menyifatkan ia sebagai “keterlaluan” dan beliau menyifatkan tuduhan kerajaan Turki terhadap kumpulan itu berada di belakang pembunuhan itu sebagai “tidak masuk akal”. (Reuters, 20/12/2016)

Perlu diambil perhatian bahawa kumpulan ini, yang diketuai oleh pemimpinnya Gulen tidak mempunyai perasaan melindungi Islam dan umat Islam, ia mempunyai justifikasi serangan kejam Yahudi ke atas kapal Mavi Marmara, dan membunuh 10 orang Islam Turki, dan kumpulan ini bersekutu dengan orang-orang Yahudi dan menganggap mereka sebagai orang yang beriman seperti itu, dan tidak bersekutu dengan umat Islam dan tidak menyokong apa pun tujuan umat Islam, dan tidak menerima dan tidak menyokong mana-mana isu Islam. Ia menentang projek Khilafah Islam dan membuat satu penghinaan dan ia melawan mereka yang berjuang untuk itu. Kumpulan ini telah menyebelahi Erdogan sehingga akhir 2013 dan kemudian ia tidak bersetuju dengan Erdogan dalam persaingan menjaga kepentingan Amerika. Ia adalah boneka Amerika seperti Erdogan dan ia bekerja untuk Amerika, dan mengamalkan demokrasi dan sekularisme dan projek-projek Amerika, seperti Erdogan dan partinya. Oleh itu ia tidak menyokong Islam dan tidak mempunyai perasaan melindungi kepentingan umat Islam atau masalah-masalah umat Islam. Ia adalah jauh sama sekali untuk menetang penjajah kafir … walaupun Rusia tidak menuduh mereka. Peskov, jurucakap Presiden Rusia berkata: “Masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan duta, sebagai tindak balas kepada kenyataan Turki menuduh kumpulan Gulen yang melaksanakan tindakan tersebut. Beliau berkata, pembunuhan itu adalah satu tamparan hebat kepada martabat Turki… ” (Rusia Hari ini, 21/12/2016) Ini menjadikan Erdogan membalas dendam kepada pegawai itu dan keluarganya, beliau mengeluarkan arahan untuk menangkap bapanya, ibu, kakak dan saudara-mara serta rakan-rakannya sehigga bilangan yang dicapai adalah 13 orang; sementara itu, Erdogan terus menghubungi presiden Rusia memberikan ucapan takziahnya!

Ketiga: Motivasi disebalik Operasi Tersebut

Menilai realiti maklumat yang diberikan ke atas kejadian yang berlaku dan maklum balas daripada beberapa pihak… Jelas menunjukkan bahawa tindakan pegawai keselamatan tu secara bersendirian, dan tidak ada hubungan dengan sebarang pihak lain, ini adalah tindakan tindak balas terhadap kekejaman jenayah Rusia di Syria dan didorong oleh perasaan yang Islam, dan kami tidak menyucikan seorang pun terhadap Allah, maka semoga Allah merahmatinya dan mengurniakan kesabaran kepada keluarganya.

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (TQS al-Baqarah [2]: 153).

Dan sungguh kami memohon kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana agar menghilangkan penderitaan umat Islam dan menolong mereka dengan tegaknya khilafah mereka sehingga semua kafir imperialis, setiap pemimpian zalim angkuh dan semua orang munafik merasakan siksa yang lebih buruk dari apa yang layak bagi mereka, yang mengikuti mereka dari belakang mereka, serta khilafah menolong setiap orang yang dizalimi dan setiap orang yang terluka.

Dan di hari (kemenangan) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang” (TQS ar-Rum [30]: 4-5).