AS1M: Skim pinjaman mudah riba’, susahkan rakyat!

altIPOH 20 April – Kerajaan akan memperkenalkan skim pinjaman mudah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah melabur di dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim pinjaman itu dilaksanakan bertujuan untuk meluaskan penyertaan golongan pendapatan rendah dalam unit amanah saham keluaran Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Katanya, penyertaan golongan itu dalam pelaburan unit amanah mampu menjamin masa depan mereka.
Beliau tidak menolak kemungkinan memperkenalkan satu bentuk pinjaman kepada golongan itu dan pembayaran balik dibuat melalui pengagihan pendapatan yang diterima pada setiap tahun.

Sumber : Utusan Online 21/4/2011
 

AS1M: Skim pinjaman mudah riba’, susahkan rakyat!


Rakyat miskin hakikatnya pada hari ini berdepan dengan masalah keperluan asasi, terutamanya makan minum, pakaian dan tempat tinggal, di samping pendidikan dan perubatan. Mereka benar-benar tersepit dengan masalah-masalah ini dan memerlukan bantuan segera agar dapat keluar sepenuhnya daripada bebanan-bebanan ini. Rakyat miskin (golongan berpendapatan rendah) tidak memerlukan pinjaman kerana mereka tidak lagi mampu untuk membayar hutang pinjaman. Tidakkah para pemerintah ini terfikir bahawa penyertaan golongan miskin dalam skim pinjaman ini sebenarnya jerat yang akan terus mencekik leher-leher mereka?

Dan apakah rakyat masih tidak boleh melihat betapa kejamnya para pemerintah ini dalam menindas rakyat sehinggakan golongan miskin pun turut diheret untuk dilibatkan dalam membantu pemodal-pemodal kapitalis (seperti PNB) dalam mengaut keuntungan? Bukan itu sahaja, lebih parah dan zalim lagi, pemerintah ini mengheret diri sendiri dan seluruh rakyatnya untuk turut serta bergelumang dalam riba, yang sudah terang lagi bersuluh merupakan dosa besar yang dilaknat oleh Allah dan RasulNya. Ternyata skim ini bukan jaminan masa depan yang baik bagi rakyat, tetapi ia adalah merupakan bencana besar bagi rakyat, baik di dunia mahupun di akhirat. Inilah hakikat transformasi ekonomi yang dicanang-canangkan. Menindas rakyat didahulukan, pencapaian diri dan kroni diutamakan.