Board of Peace: Penjajahan gaya baru di sebalik nama “keamanan”

BULETIN HTM – Penubuhan “Board of Peace” oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang kononnya untuk memulihkan semula Gaza dan menjaga keamanan sejagat hanyalah satu lagi bentuk penjajahan baru ke atas Gaza, demikian tegas Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Ustaz Abdul Hakim Othman dalam siri “Kupas Tuntas” yang disiarkan secara langsung pada 30/01/2026.

Ustaz Hakim mendedahkan lapan perkara penting yang tersurat dan tersirat dengan agenda jahat Trump, yang tegas beliau mesti diambil perhatian serius oleh umat Islam. Kejahatan dan sikap hipokrit Amerika umpama matahari di siang hari yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.

Dialah yang telah membekalkan senjata kepada entiti Yahudi untuk membunuh umat Islam dan menghancurkan Gaza sehancur-hancurnya, tiba-tiba dia berlagak sebagai hero yang ingin membawa keamanan dan memulihkan semula Gaza.

Malangnya kejahatan Trump ini didukung oleh penguasa kaum Muslimin yang turut menyertai Board of Peace tajaan pengganas nombor satu dunia ini. Betapa bodoh dan khianatnya para penguasa ini, cemuh Ustaz Hakim.

Mengulas lanjut mengenai jalan keluar bagi masalah Gaza, Jurucakap HTM itu menegaskan dengan nada yang serius bahawa umat Islam sama sekali tidak boleh menaruh harapan kepada para penguasa yang ada, kerana mereka sudah tidak ada perasaan malu sedikit pun untuk mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan kaum Mukminin.

“Jadi harapan kita tidak lain tidak bukan tinggal satu saja. Harapan kita adalah dengan tertegaknya Khilafah, yang insya-Allah apabila tegaknya Khilafah yang diusahakan oleh Hizbut Tahrir ini, maka Khilafah akan mengisytiharkan jihad untuk membebaskan Gaza,” tegas beliau.

Hizbut Tahrir telah dan sedang berjuang di seluruh dunia untuk mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah dengan jalan menegakkan kembali Khilafah Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah, sebuah kekuatan politik Islam yang menjadi ketakutan Amerika dan entiti Yahudi, yang sekali gus bakal menghancurkan mereka apabila ia berdiri sedikit masa lagi insya Allah.