Bush mendapat penghinaan!
BAGHDAD 15 Dis – Memalukan! Itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Presiden Bush. Beliau dibaling dengan kasut oleh salah seorang wartawan yang hadir semasa sidang medianya bersama Perdana Menteri boneka Irak, Nuri al-Maliki.
Kejadian yang disaksikan seluruh dunia ini ternyata menjadi penutup yang cukup memalukan di dalam kerier Bush sebagai seorang Presiden. Bukan satu kasut, malah kedua-dua kasut wartawan tersebut dibalingkan ke muka Bush. Bush bernasib baik kerana sempat mengelak balingan pertama, manakala balingan kedua pula tersasar.
Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah dilaporkan menjerit kepada Bush, “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya. “Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jeritnya lagi.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa walaupun kawalan ketat dijalankan oleh pihak berkuasa, baik Iraq mahupun Amerika sendiri di setiap tempat Bush berada, namun keselamatan presiden Amerika ini belum tentu terjaga.
Peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran bukan kepada Bush sendiri, malah kepada Nuri al-Maliki dan juga lain-lain pemimpin umat Islam yang selama ini memberi penghormatan kepada pembunuh umat Islam No. 1 ini. Para pemimpin umat Islam yang selama ini begitu bacul, tunduk dan patuh kepada Bush seharusnya sedar bahawa Bush hanyalah seorang manusia kafir yang sangat hina, kerana dia merupakan musuh Allah dan musuh umat Islam. Kedudukan Bush jauh lebih hina dari sepasang kasut yang dibaling ke mukanya itu.
Sesungguhnya apa yang patut diterima oleh Bush jauh lebih berat dari ini. Bush sebagai pengganas No. 1 dunia yang telah membunuh ribuan umat Islam selayaknya ditangkap dan dihukum mati. Namun, oleh kerana para pemimpin umat Islam, seperti Nuri al-Maliki sendiri masih ‘menyembah’ Bush, maka presiden Amerika ini masih lagi dapat bernyawa pada hari ini, walaupun si laknatullah ini telah membunuh ramai umat Islam di Iraq sendiri.