Dalam Negara Khilafah, Gas Merupakan Hakmilik Umum Dan Akan Didistribusikan Pada Harga Yang Akan Merangsang Ekonomi
Oil and Gas Regulatory Authority (OGRA) telah memberi cadangan kepada Kerajaan Persekutuan Pakistan untuk menaikkan harga Gas dengan purata sebanyak 46% . Pihak pengawal selia telah menetapkan sehingga 186% kenaikan kadar gas untuk kategori termiskin iaitu bagi pengguna domestik dan komersial, sementara kadar yang ditetapkan untuk kategori lain seperti sektor perindustrian, simen, CNG, jana kuasa dan sektor komersial – telah dinaikkan sebanyak 27% kepada 31%. Peningkatan harga yang telah ditetapkan berdasarkan anggaran keperluan pendapatan kedua-dua utiliti untuk tahun fiskal 2018-19 dan dilaksanakan dengan menganggarkan pelbagai projek yang bakal dilaksanakan dan lain-lain perbelanjaan.
Hizbut Tahrir / Wilayah Pakistan sangat menentang kenaikan harga gas dan menolak sepenuhnya pelaksanaan tersebut. Pada masa yang sama apabila pengguna domestik dibebani oleh inflasi kerana penurunan nilai Rupee, manakala sektor perindustrian dan pertanian sudah mengadu bahawa kos bahan-bahan mentah yang tinggi telah mempengaruhi keupayaan produk-produk mereka untuk bersaing dengan produk-produk dari negara-negara asing, peningkatan harga gas akan terus membebani bahkan menyulitkan ekonomi tempatan. Bagi setiap kesinambungan kerajaan Pakistan, sama ada dari parti politik atau dari pihak tentera, sentiasa akan meningkatkan harga gas dan elektrik dengan alasan-alasan yang disebabkan oleh ekonomi kapitalis . Dan tidak ada keraguan lagi, biarpun siapa pun berkuasa selepas pilihan raya 2018, beliau juga akan meneruskan tradisi ini kerana parti politik adalah pendukung sistem demokrasi dan tidak mempunyai sistem selain daripada sistem ekonomi kapitalis.
Umat Islam Pakistan dan ekonominya memerlukan sistem Khilafah yang akan menjadikan sumber gas itu sebagai hak milik umum kerana ia merupakah perintah dari Islam. Rasulullah ﷺ bersabda;
الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ الْمَاءِ وَالْكَلَإِ وَالنَّارِ
“Orang-orang Islam adalah berkongsi dalam tiga perkara, perairan, padang rumput dan api.” (Ahmad).
Istilah ‘api’ di sini merangkumi semua bentuk tenaga yang digunakan sebagai bahan bakar dalam industri, mesin dan jana kuasa, serta jana kuasa yang menggunakan gas sebagai bahan bakar atau arang batu. Oleh itu, Islam telah mengisytiharkan gas sebagai hak milik umum dan telah mewajibkan setiap negeri untuk menguruskan urusannya bagi pihak rakyat dan memberi manfaat kepada rakyat. Oleh itu, Khilafah yang bakal tertegak menurut jalan Kenabian akan menyalurkan gas kepada pengguna domestik, komersial, perindustrian dan pertanian pada harga yang tidak membebani rakyat sebaliknya akan menjadikan roda ekonomi lebih cepat dan mengurangkan kos pengeluaran barang yang akan menjadikan mereka lebih berdaya saing. Tetapi ini hanya akan berlaku apabila demokrasi dimansuhkan dan sistem Khilafah didirikan. Khilafah hari ini bukan sahaja menjadi kewajipan dan satu kewajipan yang diperintahkan dalam Islam bahkan ia sangat perlu bagi menyelamatkan ekonomi orang Islam dari bencana dan meletakkannya semula pada jalan kemajuan sekali lagi. Dan tentu saja jaminan kesejahteraan dengan mengikuti perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ ٱلْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوۤاْ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَـٰئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Sesungguhnya jawaban oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. “Kami mendengar, dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Pakistan
Isnin, 11 Syawal 1439H
25 Jun 2018