Darah Dan Nyawa Umat Islam, Begitu Juga Dengan Tanahnya, Sentiasa Terancam Apabila Tidak Ada Penjaganya

Di saat negara sedang dilanda demam pilihan raya, kita dikejutkan dengan pembunuhan ke atas seorang Imam yang berasal dari Palestin, yang ditembak ketika sedang berjalan kaki dari rumahnya menuju ke surau untuk solat Subuh. Pensyarah Universiti Kuala Lumpur British-Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi M R Albatsh Fatma, 35, ditembak dari jarak dekat oleh dua penunggang motosikal dan meninggal di tempat kejadian. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal berkuasa tinggi menunggu mangsa di luar kondominium tempat beliau menginap sebelum melepaskan tembakan. Selain faktor motif, pembunuhan yang dilakukan di tempat terbuka ini sudah tentu dilakukan oleh mereka yang nekad dan telah dirancang dengan teliti.

Hizbut Tahrir / Malaysia dengan ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga mereka diberi kekuatan serta ketabahan oleh Allah (swt) menghadapi ujian ini. Semoga Allah (swt) menerima segala amal kebaikan yang dilakukan oleh mangsa di sepanjang hidupnya.

Dua tahun lepas kita dikejutkan dengan pembunuhan King Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, yang juga merupakan satu pembunuhan terancang dan nekad yang dilakukan di tempat terbuka. Pembunuhan warga luar yang paling tragis dan sensasi ialah ke atas seorang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang sampai ke hari ini masih “menghantui” negara. Selain pembunuhan warga luar di Malaysia, pembunuhan terbuka yang berlaku ke atas warganegara Malaysia sendiri, dari kes yang tidak berprofil hinggalah kepada kes yang berprofil tinggi, sudah seperti menjadi satu fenomena. Dua tahun lepas, negara digemparkan dengan pembunuhan ke atas seorang lelaki yang ditembak oleh 4 orang penunggang motosikal dengan kira-kira 16 das tembakan dari jarak dekat, berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Genting Klang, Setapak. Pembunuhan ke atas pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai 2013 juga menggemparkan negara apabila beliau maut ditembak di kawasan parkir kereta. Pada tahun yang sama, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, maut ditembak dua lelaki bermotosikal ketika kenderaan yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat di Putrajaya.

Pembunuhan terbuka sekarang ini sudah menjadi suatu bentuk yang biasa, selain bentuk pembunuhan lainnya, yang menimbulkan banyak persoalan dan keresahan kepada rakyat. Di sebalik undang-undang ketat tentang senjata api di Malaysia, bagaimanakah para pembunuh ini memperolehi senjata dan peluru dengan begitu mudah? Inilah antara persoalan utama, selain daripada persoalan motif dan skandal, dan selain daripada persoalan kesungguhan dan kecekapan kerajaan dan pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan rakyat yang kini sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman, baik di tempat tertutup mahupun terbuka.

Banyak akhbar melaporkan yang pembunuhan Imam dari Palestin ini didalangi badan perisikan entiti Yahudi, Mossad, sebagai memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh  Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash. Khaled dalam kenyataannya, sebagaimana dilaporkan juga dalam portal berita entiti haram tersebut, Haaretz, turut mengakui yang Fadi adalah jurutera Palestin dan terbabit dalam pergerakan Hamas. Menteri Pertahanan entiti Yahudi bagaimanapun menafikan yang Mossad terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Jika benar Mossad ada di sebalik pembunuhan ini, maka kita wajar kembali kepada persoalan utama tentang Palestin. Wujudnya Mossad adalah kerana wujudnya “Israel” yang lahir dengan cara hina di atas tanah Palestin dengan bantuan kuffar British. Entiti haram Yahudi itu kini dijaga dengan baik oleh kuasa kuffar khususnya Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Inilah akar permasalahan Palestin yakni sebuah tanah umat Islam yang dirampas oleh Yahudi dengan kekerasan untuk mereka mendirikan negara yang mereka kenali sebagai “Israel”. Maka, selagi “Israel” tidak dicabut dari akar-akarnya, selagi itulah Mossad akan terus wujud. Palestin wajib dibebaskan dengan jalan jihad oleh penguasa dan tentera kaum Muslimin, dan hanya dengan jalan itu sahajalah “Israel” akan lenyap dari bumi Palestin. Tanah yang diberkati itu akan terus terjajah dan warganya akan terus menjadi mangsa kuasa kuffar dengan begitu mudah selagi Palestin tidak dibebaskan. Tidak hanya Palestin, lihatlah di mana sahaja bahagian dunia ini, sudah tidak ada lagi keselamatan dan keamanan ke atas umat Islam dan tanahnya, apabila yang menguasai dunia ialah musuh-musuh Islam dan ejen-ejen mereka. Sudah tidak ada lagi keselamatan dan keamanan ke atas umat Islam apabila umat ini dipimpin oleh para penguasa yang berkiblatkan Barat, yang khianat, yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan keselamatan dan keamanan mereka. Sesungguhnya tidak akan ada keamanan dan keselamatan ke atas umat Islam dan tanahnya selagi umat ini tidak mempunyai penjaganya, seorang Khalifah yang bertakwa yang memimpin sebuah Negara Khilafah yang berdiri di atas jalan kenabian.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Rabu, 8 Shaaban 1439 H
24/04/2018 M
Ruj: HTM/PR/09/1439


The Blood, the Soul and the Lands of the Muslim Ummah are Always in Danger Without the Guardian

At a time when the country is hit by the election fever, we are shocked by the murder of an Imam from Palestine, who was gunned down while walking from his house to the surau (Musolla) for Fajr prayers. The lecturer of the University of Kuala Lumpur British-Malaysia Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi M R Albatsh Fatma, 35, was shot from close range by two motorcyclists and died at the scene. The Police Chief of Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim said that a closed-circuit television (CCTV) recording showed two men on a high-powered motorcycle waiting for the victim outside his condominium, before firing on the Imam. In addition to a motive factor, the assassination, which was carried out in open space was certainly perpetrated with determination and was clearly well-planned.

Hizb ut Tahrir / Malaysia would hereby like to express our deepest condolences to the families of the victim and may Allah grant them strength and steadfastness in facing this test. May Allah (swt) accept all the good deeds done by the victim throughout his life.

Two years ago, we were shocked by the murder of King Jong Nam, a step brother of the North Korean leader, at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 2, which was also a well-planned and determined assassination, committed in open space. The most tragic and sensational murder of an outsider in Malaysia was that of a Mongolian model, Altantuya Shaariibuu which “haunts” the country until today. In addition to open killings of non-Malaysian citizens in this country, the same style of killing on Malaysian citizens itself, from low-profile to high-profile cases, has apparently become a common phenomenon. Two years ago, the country was stunned by the murder of a man who was gunned down by four motorcyclists with about 16 shots from close range, near the traffic light junction of Jalan Genting Klang, Setapak. The assassination of the founder of the Arab-Malaysian Banking Group (AmBank), Hussain Ahmad Najadi on July 29, 2013, also shocked the country when he was shot dead in an open car park. In the same year, the deputy director-general of Customs Department, Datuk Shaharuddin Ibrahim, was shot dead by two motorcyclists while he was stopping at a traffic light junction in Putrajaya.

Nowadays, killings carried out in open spaces in Malaysia have become a common occurrence besides other types of murders. These crimes had certainly raised many questions and cause worry to the people. Despite the stringent laws on firearms in Malaysia, how did these killers get their weapons and ammunitions so easily? This question, together with questions related to motives and scandals, and those related to the seriousness and efficiency of the government and the authorities in safeguarding the population who are constantly vulnerable to various threats, be it in closed or open spaces, are constantly playing in people’s minds.

Many newspapers reported that the murder of the Palestinian Imam was masterminded by the Intelligence Agency of the Jewish entity, Mossad, as quoted by the Palestinian Islamic Jihad Chief, Khaled al-Batsh. Khaled in a statement, as reported in the news portal of the said illegal entity, Haaretz, also acknowledged that Fadi was a Palestinian engineer and was involved in the Hamas movement. However, the Defense Minister of Jewish entity was quoted as denying the involvement of Mossad.

If Mossad was really behind the scene, then we should return to the main issue of Palestine. Mossad exists because of the existence of “Israel” which exist on the land of Palestine in a heinous way with the help of the Kuffar British. The illegal Jewish entity is now well-guarded by the Kuffar powers in particular the United States of America and the United Nations (UN). This is the root of the problem of Palestine, that is, the Muslim’s land that was taken by force by the Jews to set up their illegal entity known as “Israel”. Thus, for so long as “Israel” is not uprooted, Mossad may always exist and perpetrate heinous crimes for the Jewish entity. Palestine must be liberated by way of jihad by the rulers and the armies of the Muslims, and only by this way that “Israel” will be uprooted. The blessed land will continue to be occupied and its people will continue to be the victims of the Kuffar as long as Palestine is not liberated. This situation is not just confined to Palestine, should we look at every corner of the world, there is no security and peace for the Muslims and their lands when the world is dominated by the enemies of Islam and their agents. There is no peace and security for the Muslims when they are ruled by Western-bowing, treacherous and selfish rulers, who never cared about the safety and security of the Ummah. Indeed, there will be no safety and security for Muslims and their lands without its Guardian, the pious Khalifah (Caliph) who rules a Khilafah State (Caliphate) on the method of the Prophethood.

 

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Ref: HTM/PR/09/1439
24/04/2018 CE
Tuesday, 08th Sha’ban 1439 AH

 

Download PDF: