Demonstrasi Muslimah Hizb ut Tahrir Britain terhadap Kekejaman Kerajaan Uzbekistan mencabul kehormatan wanita Muslim
Para penunjuk perasaan berikrar akan terus berkempen untuk mendedahkan kejahatan rejim Uzbekistan itu dan menyeru kepada kembalinya Daulah Khilafah ke Asia Tengah yang akan membebaskan wilayah itu dari pemerintahan diktator Karimov serta memelihara kehormatan setiap wanita dan seterusnya mengakhiri pertembungan dengan kuasa Barat yang menjaja idea ‘perjuangan menentang keganasan’.
Kepada saudari-saudari seIslam kita yang sangat berani dan mulia darjatnya di Uzbekistan itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan segera melepaskan kamu dari kesusahan ini dan mengubahnya kepada kesenangan dan kemakmuran.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kelapangan
Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan” [TMQ Al Inshirah 94:5-6]