Gaza Diserang, Umat Islam Dibunuh, Pemimpin Malaysia Tengok Bola
Begitulah bagaimana sukan bola sepak berjaya menyihir pemimpin dan sebahagian besar umat Islam. Walaupun mereka mungkin tidak melupakan nasib umat Islam yang sedang dibunuh di Palestin, tetapi wajarkah tindakan menonton bola sepak beramai-ramai diiringi dengan sorak-sorai dan hilai-ketawa tatkala saudara-saudara kita di Palestin sedang berhadapan dengan bom dan peluru dan hanya menunggu saat kematian akibat kejahatan Yahudi laknatullah? Apa yang lebih penting, bertepatan dengan syarakkah perbuatan ini?
Sesungguhnya apa yang wajib dilakukan Najib ialah menghantar tentera untuk berjihad melawan Israel dan membebaskan bumi Palestin. Begitu juga dengan para pemimpin Islam yang lain, lebih-lebih lagi ke atas pemimpin yang mendakwa telah mewujudkan Khilafah Islamiyyah, kesemuanya wajib mengerahkan tentera untuk membebaskan tanah suci umat Islam itu dari tangan-tangan kotor dan keji Yahudi laknatullah. Inilah tugas pemimpin dan inilah tugas tentera Islam.
Kita boleh memberi seribu satu alasan di dunia ini untuk melakukan itu dan ini atau untuk tidak melakukan itu dan ini…jadi, silakan beri alasan yang sama di sisi Allah nanti sekiranya kita merasakan hujah kita itu boleh diterimaNya. Wallahu a’lam.
Sumber: utusan.com.my