Gelora Seruan Revolusi dari Masjid Al-Aqsa
Gelora Seruan Revolusi dari Masjid Al-Aqsa untuk Seluruh Negeri Kaum Muslimin & Para Tenteranya Agar Segera Menegakkan Khilafah.Dalam suasana angin perubahan yang bertiup kencang di negeri-negeri kaum Muslimin terutamanya di kawasan Arab, kaum Muslimin Palestin menyahut seruan Hizbut Tahrir Palestin untuk menyeru kaum Muslimin melakukan perubahan yang mendasar. Seruan tersebut berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis, Palestin.
Terpampang di salah satu pintu gerbang utama Kubah Batu (Dome of the Rock) kain rentang besar yang tertera “Umat Menginginkan Khilafah Islamiyyah”. Ribuan kaum Muslimin bersama para syabab (pemuda) Hizbut Tahrir mengibarkan panji-panji hitam dan putih yang bertulis kalimah tauhid serta beberapa poster yang menyampaikan mesej “Tidak untuk Demokrasi, Ya untuk Khilafah”.
Kerumunan ribuan kaum Muslimin yang berkumpul di hadapan Masjdi Al-Aqsa bergema dengan seruan supaya digantikan rejim melalui penegakkan Khilafah. Kaum Muslimin diingatkan supaya bersegera membebaskan Palestin dan negeri-negeri kaum Muslimin yang lain serta melepaskan diri daripada cengkaman penjajah.
“Sesungguhnya umat Islam ini kehidupannya tidak mati, kekuatannya tidak lemah, tidak ada ketundukkan selain kepada Allah.”
Masjid Al-Aqsa menyeru kaum Muslimin dan para tentera mereka di seluruh dunia untuk menghentikan segala kezaliman para penguasa yang jahat termasuk penjualan tanah Palestin yang dilakukan PLO serta mendesak umat bersegera menegakkan Khilafah.
“Wahai umat Islam! Wahai para tentera-tenteranya! Wahai penduduk Mesir dan tentera-tentera Mesir! Wahai penduduk Tunisia dan tentera-tentera Tunisia! Wahai penduduk Syria, Turki dan Pakistan! Wahai tentera-tentera Syria, Turki dan Pakistan! Wahai penduduk Jordan, Maghribi dan Indonesia! Wahai tentera-tentera Jordan, Maghribi dan Indonesia! Wahai umat Islam di mana pun kalian berada! Wahai tentera-tentera kaum Muslimin di mana pun kalian berada…”.
Sejak tahun 1953, seruan penegakkan Khilafah telah bergema dari Masjid Al-Aqsa. Pada tahun tersebut, berdirinya Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti Islam antarabangsa yang bertujuan untuk melanjutkan kehidupan Islam dengan menegakkan semula Khilafah Islamiyah. Saat itulah, beberapa ulama setempat di salah satu sudut masjid telah menyeru kepada umat supaya membebaskan Palestin dan negeri-negeri kaum Muslimin yang lain dengan mendirikan Khilafah Islamiyah. Dari situ jugalah, panji-panji Rasulullah SAW berkibar sehingga kini tersebar luas di seluruh penjuru dunia.
Sumber : www.syabab.com