Gula-Gula Pilihan Raya Mula Ditebarkan Di PD

Port Dickson diisytihar Bandar Tentera Darat

PORT DICKSON 29 Sept. — Port Dickson hari ini diisytihar sebagai Bandar Tentera Darat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membuat pengumuman itu di sini berkata, langkah itu bagi mengiktiraf jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di bandar itu. “Kerajaan akan melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian kepada penisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat,” katanya pada majlis sambutan Aidilfitri Tentera Darat di Dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.  Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM Tan Sri Azizan Ariffin dan 2,000 pegawai dan anggota tentera.  Najib berkata pengiktirafan itu amat membanggakan tetapi beliau tidak mahu ia tinggal sebagai satu sebutan sahaja malah mahu pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu supaya ia diabadikan. BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia 29/09/09

Gula-Gula Pilihan Raya Mula Ditebarkan Di PD

Inilah tindakan terdesak parti pemerintah sekular yang ingin mempertahankan kuasa dan mengambil hati pengundi terutamanya pengundi pos di kalangan para tentera . Segala bentuk janji dan sogokan terus diberikan oleh pemerintah sekular yang ada pada hari ini bagi memastikan kerusi yang menjadi rebutan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti akan terus kekal dalam dakapan mereka. Janji manis selalunya akan menjadi janji kosong dalam sistem politik Kapitalisme. Sebagai rakyat adalah perlu untuk kita menyedari bahawa sememangnya menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memberikan dan menyediakan segala bentuk kemudahan dan yang seumpamanya bagi memastikan kehidupan rakyat baik dan selesa- tidak perlu menunggu Pilihan Raya Kecil mahupun Pilihan Raya Umum seperti yang kita lihat pada hari ini. Di sinilah perlunya dan menjadi suatu perkara yang mendesak sebenarnya bagi umat Islam itu termasuklah para tentera umat Islam untuk menyedari dan memahami makna politik yang sebenarnya dalam konteks Islam.

Jika umat Islam memahami makna politik dalam pandangan Islam yang sebenarnya serta mengetahui tanggungjawab pemerintah kepada rakyatnya kita yakin gula-gula politik ini tidak dapat mengelirukan umat. Wahai para tentera umat Islam! Kerja kamu itu adalah kerja yang mulia. Kemuliaan itu akan kamu perolehi jika kamu meletakkan Islam di hadapan kehidupan kamu. Wahai tentera umat Islam! Berikanlah “nusrah” yang ada pada tangan kamu itu untuk menegakkan kembali Daulah Islam. Wahai tentera umat Islam! Tidakkah kamu menginginkan kemuliaan sebagaimana yang pernah diperolehi oleh para tentera Islam yang pernah bersama panglima perang Tariq Bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fatih dan yang lain-lainnya? Para tentera umat Islam yang terdahulu itu telah berjaya mendapat dua kemenangan yang dibentangkan oleh Allah SWT – 1) kemenangan mengalahkan musuh-musuh Allah dan seterusnya berjaya meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi dan 2) kemenangan dalam memperoleh pahala syahid kerana berjihad di jalan Allah SWT. Inilah kemuliaan yang sebenarnya harus kamu kejari dan cemburui !!