Hari ini kasut, esok lusa mungkin bom!
Namun jika seorang itu dibaling dengan kasut, ini menunjukkan penghinaan yang lebih bersangatan. Selepas insiden membaling kasut itu, Muntadar Al-Zeidi dilaporkan cedera parah selepas dipukul oleh ejen keselamatan Iraq. Menurut Durgham, adik lelaki Muntadar, abangnya itu mengalami patah tulang lengan dan rusuk selepas dipukul oleh ejen keselamatan Iraq. Sementara itu, seorang pegawai kerajaan Iraq berkata, wartawan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara sehingga dua tahun.
Dalam pada majoriti umat Islam menyuarakan sokongan terhadap tindakan wartawan Iraq ini, ternyata para pemimpin dunia Islam masih tidak berani bersuara sedikit pun. Mereka langsung tidak berani ‘mengusik’ Bush, walaupun sedikit. Beginilah nasib umat Islam pada hari ini, dalam keadaan tentera kafir Amerika di bawah telunjuk Bush, membantai umat Islam, merogol, mencederakan dan membunuh orang-orang Islam, tidak ada sesiapa pemimpin umat Islam yang berani bergerak untuk bertindak balas terhadap Bush. Sehinggalah kepada episod penggantunggan Saddam Hussein. Tidak ada seorang pun pemimpin umat Islam yang berani mengmabil tindakan atau sekurang-kurangnya menghina secara terang-terangan kepada ketua pembunuh itu. Sebaliknya, mereka tanpa segan silu masih berjabat tangan dengannya sambil tersenum riang.
Kini, Insiden pembalingan kasut dan ‘sokongan padu’ yang diberikan oleh umat Islam kepada Muntadar, khususnya di Iraq sendiri, telah membuka mata dunia bahawa rakyat Iraq rata-ratanya membenci Bush. Namun sayang kerana kebencian yang ditunjukkan hanyalah milik rakyatnya sahaja manakala pemimpin bonekanya masih lagi menyanyangi Bush. Lihat sahaja tindakan Nuri al-Maliki yang cuba menunjukkan kehambaannya kepada Bush dengan terus menangkap dan menahan Muntadar. Para peimipn ini lupa akan Firman Allah,
“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (penolong/pelindung) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kembali (mu).” [TMQ: Ali Imran (3) :28]
Imam Ath Thabari berkomentar tentang ayat ini, “Maknanya adalah orang-orang beriman dilarang mengambil orang-orang kafir sebagai pelindung dan penolong, sehingga kamu akan memberikan kesetiaan kepada agama mereka, kamu akan menolong mereka dalam menentang dan membuka rahsia kaum Muslimin. Sesungguhnya orang yang melakukan hal itu, dia akan terlucut dari pertolongan Allah, iaitu dengan perbuatannya dia telah berlepas diri dari Allah karena murtad dari agamanya dan masuk ke dalam kekafiran.” [Tafsir Ath thabari III/327]
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“…orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.” [TMQ an Nisa’ (4):139]
Dari kedai kopi hinggalah ke dalam pejabat, rata-rata perbualan kaum Muslimin mengatakan bahawa Bush sepatutnya di baling bom sahaja, bukannya kasut. Itulah kemarahan yang ditunjukkan umat Islam kepada Bush. Ya mungkin pada kali ini kasut sahaja untuk Bush, tapi satu masa nanti, tidak mustahil bom pula yang dilemparkan kepada sikafir laknatullah ini. Buat masa ini balingan kasut sahajapun sudah mencukupi untuk memalukan Bush di mata dunia. Kita tidak boleh mengharapkan apa-apa lebih dari itu selama mana rejim yang berkuasa sekarang masih lagi rejim boneka Amerika.
Sayugianyalah diingatkan bahawa sudah masanya umat Islam menggantikan pemimpin bacul dan pengkhianat ini kepada seorang Khalifah, dan umat kemudia bersatu dibawah panji Khilafah untuk membebaskan tanah-tanah mereka yang dijajah oleh Amerika. Insya Allah, Khalifah nanti akan menjadi pembela umat Islam dan tanah umat Islam, tidak sebagaimana pemimpin yang ada pada hari ini yang bukan sahaja tidak membela rakyat, bahkan menjadi agen dan pembela Barat.