Hizb ut-Tahrir Bangladesh menyatakan kesyukuran kepada Allah (SWT) apabila sepuluh ahli dan aktivis parti yang telah ditahan di Rajshahi dibebaskan

Hizb ut-Tahrir Bangladesh menyatakan kesyukuran kepada Allah (SWT) apabila sepuluh ahli dan aktivis parti yang telah ditahan di Rajshahi dibebaskan. 
Ketua Koordinator dan Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Bangladesh, Mohiuddin Ahmed di dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini menyatakan kesyukuran kepada Kebesaran Allah (SWT) selepas pembebasan sepuluh ahli dan aktivis parti dari Penjara Pusat Rajshahi.  Pada masa yang sama, beliau mendesak pembebasan lima lagi ahli dan aktivis di Chittagong yang telah ditahan kerana melakukan aktiviti politik mendesak pembebasan mereka-mereka yang ditahan di Rajshahi.

Mohiuddin Ahmed mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Bangladesh yang berdiri bersama-sama parti.  Beliau juga berterima kasih kepada semua di dalam dan diluar yang telah mengambil bahagian di dalam aktiviti protes yang dianjurkan oleh parti.  Beliau amat menghargai sokongan dari peguam-peguam yang telah bekerja siang dan malam bagi pembebasan mereka-mereka yang ditahan. Beliau juga berterima kasih kepada pihak media yang telah mencari dan mendedahkan kebenaran di dalam isu tersebut kepada pembaca dan pemerhati.

Akhir kati Mohiuddin Ahmed mengucapkan Eid Mubarak kepada semua Umat Muslim.

Sumber: Pejabat Media Hizbut-Tahrir