Hizbut Tahrir Malaysia serah surat bantahan ke Kedutaan Russia

altKUALA LUMPUR11 Nov – Lebih kurang 50 orang anggota dan penyokong Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) berhimpun secara aman di Kedutaan Russia hari ini bagi membantah kekejaman rejim Rusia ke atas kaum Muslimin secara am dan ke atas para anggota Hizbut Tahrir Russia secara khusus.
Beratus-ratus kaum Muslimin khususnya anggota-anggota Hizbut Tahrir Russia telah ditangkap dan diseksa dengan kejam oleh rejim Russia sejak tahun 2004. Tuduhan dan dakwaan palsu telah dibuat terhadap mereka. Tidak ada kesalahan langsung yang mereka lakukan kecuali mereka ditangkap kerana mereka beragama Islam dan mendakwahkan Islam.
Delegasi HTM yang diketuai oleh Ustaz Abdul Hakeem Othman langsung tidak dibenarkan masuk tetapi berjaya menyerahkan surat bantahan yang diterima dengan penuh karenah oleh Mr. Vyacheslav G. Lutsenko, Setiausaha Pertama kepada Duta Russia. Wakil Duta Russia itu bagaimanapun berjanji akan menyerahkan surat tersebut kepada Duta dan juga kerajaannya.

Di dalam surat bantahan tersebut, HTM menegaskan:-

1)    HTM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penganiayaan, kekejaman dan layanan brutal yang dilakukan ke atas kaum Muslimin di Russia dan kepada para anggota Hizbut Tahrir khususnya yang berada di wilayah Bashkortostan. Penyeksaan dan tindakan brutal yang dilakukan itu telah berterusan sejak tujuh tahun lalu, namun pihak berkuasa Russia hanya menutup mata terhadap segala kezaliman tersebut.

2)    HTM mengutuk sekeras-kerasnya perbicaraan dan hukuman tidak berasas yang dikenakan ke atas kaum Muslimin khususnya para anggota Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir adalah sebuah parti berideologi Islam yang mendakwahkan Islam secara damai dan intelektual. Hizbut Tahrir tidak melakukan sebarang bentuk keganasan atau tindakan fizikal di dalam perjuangannya menyampaikan dakwah Islam. Inilah ajaran Islam dan inilah yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia. Tuduhan yang dibuat oleh rejim Russia ke atas Hizbut Tahrir adalah langsung tidak berasas dan hanya mencerminkan kejahatan dan serangan Russia terhadap cara hidup Islam.

3)    HTM menuntut pembebasan segera semua kaum Muslimin khususnya anggota-anggota Hizbut Tahrir dari penjara Bashkortostan dan juga wilayah Russia lainnya, yang telah dipenjara secara tidak adil berdasarkan tuduhan palsu yang dikenakan.

4)    HTM menuntut rejim Russia agar menghentikan segera semua seksaan brutal dan tidak berperi kemanusiaan ke atas kaum Muslimin di Russia, khususnya ke atas para nggota Hizbut Tahrir.

HTM seterusnya memberi amaran kepada rejim Russia akan kedatangan Khilafah (Negara Islam) tidak lama lagi yang akan pasti ‘mengajar’ mereka sekiranya mereka terus-menerus menyeksa kaum Muslimin. Setelah kedatangan Khilafah, rejim Russia akan pasti tidak selamat di dunia ini, apatah lagi pada hari Pembalasan nanti. Firman Allah SWT:-

“Dan bagi orang-orang kafir itu azab yang pedih (pada hari Kiamat)” [Al-Baqarah:104]

Demonstrasi aman oleh HTM ini berakhir setelah 15 minit. Beberapa orang anggota Cawangan Khas dan polis beruniform ada di tempat tersebut sejak awal bagi memerhatikan keadaan. Alhamdulillah mereka memberi kerjasama penuh sehingga ke akhir majlis. Wartawan Bernama yang juga berada di situ telah menemuramah Ustaz Hakeem bagi mendapatkan laporan tepat mengenai objektif perhimpunan dan surat bantahan yang dihantar.

[Bagi mengetahui kekejaman rejim Russia terhadap kaum Muslimin, sila baca SN283]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=qzOkz3g-rsE&feature=channel_video_title]

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=G-Z4pQsFXC8&feature=player_embedded]

alt
alt
alt
alt
alt
alt
alt
alt
alt
alt