HTM demo bantah lawatan Obama
KUALA LUMPUR 18 April – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) sekali lagi mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, hari ini bagi menyatakan bantahan atas kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada penghujung April ini.
Demonstrasi yang sama telah dilakukan pada 4 Oktober tahun lepas di mana Obama yang dijadual melawat Malaysia pada waktu itu telah membatalkan lawatannya dan diganti oleh Setiausaha Negaranya, John Kerry.
Sekitar 300 ahli dan penyokong Hizbut Tahrir memulakan perarakan dari Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan berjalan menuju ke Kedutaan Amerika yang terletak kira-kira 500 meter dari situ. Di sepanjang perjalanan, para peserta melaungkan slogan antaranya “Tolak Obama”, “Tolak Amerika”, “Hancur Amerika”, “Terap Syariah” dan “Tegak Khilafah” dengan diiringi laungan Takbir.
Untuk kedua kalinya, ratusan al-liwa’ dan ar-rayah (bendera dan panji) Rasulullah SAW berkibar dengan penuh megah di depan Kedutaan negara pengganas itu, yang dikawal oleh puluhan anggota keselamatan.
Aktivis HTM, Ust Razi Salleh dan Prof. Dr. Muhammad menyampaikan ucapan kepada para peserta dengan penuh semangat, menjelaskan sebab-sebab dan kewajipan bagi kaum Muslimin menolak kedatangan Obama.
Ustaz Abdul Hakim, yang mengetuai demonstrasi, berserta Ustaz Abu Hafiz, pimpinan pusat HTM, dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum bantahan tersebut. Kedua mereka disambut oleh Mr. Green yang bertindak sebagai wakil Kedutaan. Semasa penyerahan, Hakim yang juga Jurucakap HTM menegaskan kepada Green bahawa Obama adalah pengganas nombor satu dunia yang telah membunuh ratusan ribu umat Islam dan menjajah banyak wilayah kaum Muslimin. Itu menjadikan Obama sebagai musuh Islam dan tidak layak untuk datang ke Malaysia yang merupakan salah satu dari tanah kaum Muslimin. Hizbut Tahrir menolak kedatangan Obama dengan sekeras-kerasnya, tegas Hakim kepada Green.
Ustaz Hakim di dalam ucapannya kepada para peserta demonstrasi selepas keluar dari Kedutaan, memberi peringatan kepada pemimpin Malaysia agar tidak menerima kedatangan Obama yang merupakan musuh Allah itu kerana tindakan berbaik dengan Amerika hanya akan mengundang bencana kepada pemimpin itu sendiri di samping mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Hakim mengingatkan bagaimana Husni Mubarak, Muammar Gaddafi, Ben Ali dan lain-lain pemimpin yang dibiarkan jatuh dalam keadaan terhina oleh Amerika setelah Amerika tidak memerlukan mereka lagi.
Di akhir ucapannya, Jurucakap HTM itu mengingatkan seluruh kaum Muslimin, para pemimpin dan juga Amerika Syarikat, bahawa Hizbut Tahrir bersama umat Islam sedang bangkit dan bergerak di seluruh dunia untuk menegakkan Khilafah dan masa kemenangan Islam (tegaknya Khilafah) itu sudah sangat hampir. Khilafah yang akan berdiri nanti sudah pasti akan membalas segala kejahatan AS selama ini ke atas umat Islam.
Selepas kira-kira 15 minit berhimpun dan berucap, demonstrasi aman tersebut ditutup dengan bacaan doa oleh Ust Umar Hussein yang juga salah seorang pimpinan pusat HTM.
Laporan berita Tempatan & luar Negara:
VOA 60 USA Channel
BYN TV NEWS Channel
News Daily Planet
Vietnam TV Channel
theborneopost.com
nets247.com
.facebook.com
en.actu.net
upww.us/vinienco
amazon.com
nation.com
en.shafaqna.com
lucianne.com
malaysiaedition.net
naharnet.com
gettyimages.com
gettyimages.com
vanguardngr.com
radioaustralia.net.au
channelnewsasia.com
abc.net.au
presstv.ir
veooz.com
sunnewsonline.net
ntd.tv
allvoices.com
zeenews.india.com
new.widmi.com
bripay.com
demotix.com
theinfostrides.com
plus.google.com
arabnews.com
indepthafrica.com
fresh–news.com
sglinks.com
thejakartaglobe.com
nigerianews.disnaija.com
ap-perspective.blogspot.com
globstr.com
tipnews.info