HTM seru tolak kedatangan Obama

KUALA LUMPUR 6 September – Setelah melancarkan kempen di alam maya sejak lebih tiga minggu lepas, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) hari ini telah melakukan seruan selepas solat Jumaat, untuk menolak kedatangan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia. Seruan yang sama telah dilakukan oleh anggota HTM di beberapa buah masjid terpilih di seluruh negara.

Obama dijadualkan akan menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) ke-4 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Oktober depan.

Dalam seruannya, HTM mengingatkan umat Islam bahawa kedatangan presiden AS itu sudah pasti membawa agenda tersirat. Kedatangan Obama yang merupakan musuh Allah itu diduga kuat akan membawa agenda imperialisme dalam rangka mengukuhkan lagi cengkamannya ke atas umat Islam.

Obama, selaku ketua pengganas dunia ini juga dijangka membawa idea demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia yang penuh kekufuran, selain mahukan umat Islam menjadi Muslim moderat. Inilah antara inti pati seruan yang disampaikan oleh HTM yang nampaknya menarik perhatian ramai jemaah.

HTM menekankan 4 poin utama kenapa kedatangan presiden kulit hitam pertama Amerika itu wajib ditolak oleh kaum Muslimin:-

1) Kerana Obama adalah pengganas nombor 1 dunia  yang telah mengganas di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain negara kaum Muslimin.

2) Kerana Obama adalah pembunuh umat Islam di mana sudah puluhan ribu umat Islam dibunuh melalui misi ketenteraan yang dijalankannya di wilayah umat Islam.

3) Kerana Obama adalah penjajah negara kaum Muslimin. Selain Iraq dan Afghanistan, Obama kini sedang cuba memasuki Syria secara militer (ketenteraan).

4) Kerana Obama adalah pendukung Israel. Semua orang tahu yang Obama adalah pendukung Zionis laknatullah dan pendukung negara haram Israel yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan Israel.

HTM seterusnya mengajak para jemaah untuk melakukan demonstrasi aman di hadapan kedutaan AS selepas solat Jumaat 4 Oktober 2013 bagi menyatakan bantahan keras terhadap kedatangan musuh Allah ini.

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Padang Jawa, Shah Alam, Selangor

Masjid UNITEN, Bandar Baru Bangi, Selangor

  Masjid Al-Muttaqin Bandar Baru Putra, Bercham, Ipoh, Perak

 

Masjid Dato Seri Kamaruddin Manjung, Perak

Masjid Jelempok, Bandar di Raja Arau, Perlis

Masjid Taman Mawar, Sandakan Sabah