Hukum menghina Nabi
Kebelakangan ini, perbuatan biadab orang-orang kafir menghina Nabi semakin menjadi-jadi. Terbaru, pengarang The Jewel of Medina, Sherry Jones dari Amerika pula yang menghina Nabi dan memfitnah Siti Aisyah melalui novelnya itu. Sejak dulu lagi, pelbagai reaksi yang dapat kita saksikan dari umat Islam berhubung isu ini, namun tidak pernah dapat menyelesaikan masalah. Apakah reaksi dari Hizbut Tahrir dalam hal ini?
Jawapan :
Sebelum kami menjawab tentang apakah reaksi Hizbut Tahrir dalam hal ini, terlebih dahulu sukalah kami membawa perbincangan kepada hukum menghina Rasul menurut Islam.
Mencela, mengolok-olok, mencaci-maki ataupun merendahkan Rasulullah SAW dalam terminologi fiqih Islam dikenali dengan istilah sabba ar-Rasul atau syatama ar-Rasul. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kata-kata atau kalimat-kalimat seperti apa yang dikategorikan sabba ar-Rasul maka perlulah kita meneliti deskripsi berkenaan sabba ar-Rasul. Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul menerangkan tentang batasan orang-orang yang menghina Nabi SAW, iaitu “kata-kata (lafaz) yang bertujuan untuk menyalahkan, merendahkan martabatnya, melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasulullah SAW tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah SAW” [Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul hlm 528].
Di dalam kitab tersebut juga beliau menukilkan pendapat Qadhi Iyadh tentang berbagai bentuk penghinaan terhadap Nabi SAW. Di jelaskan demikian: Orang-orang yang menghina Rasulullah SAW adalah mereka yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah SAW ada kekurangan, mencela nasab (keturunan) dan perlaksanaan agamanya, menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyamakan beliau dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, menjelek-jelek dan mencari-cari kesalahannya. Pelaku tersebut adalah orang yang telah menghina Rasulullah SAW. Apakah hukum Islam ke atas orang-orang yang menghina Nabi SAW? Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, “Membunuh orang yang menghina Nabi SAW dengan kata-kata yang nyata.” [Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215].
Di dalamnya terdapat dua hadis sebagai berikut:
(1) “Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya”. [Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud].
(2). “(Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi SAW mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah SAW ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Ku lakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, mamun ia tetap melakukannya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah SAW bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal” [HR Abu Dawud dan an-Nasa’i].
Nas-nas hadis tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi SAW adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah SAW adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah.
Islam menggolongkan para pencela, pengejek dan penghina Nabi SAW sebagai kafir. Bahkan lebih dari itu Islam secara nyata menolak taubat (permintaan maaf) mereka seandainya mereka bertaubat di atas penghinaannya terhadap Rasulullah SAW. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Tidak usah kamu meminta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman” [TMQ Surah Taubah (9):66]
Hal ini menunjukkan kekhususan hukum orang yang mencela atau menghina Nabi SAW – meskipun orang-orang yang menghinakan Nabi SAW itu bertaubat dan meminta maaf, namun hukuman mati tetap akan dikenakan ke atasnya. Allah SWT menjelaskan penolakan taubat mereka di dalam firmanNya:
“Sama sahaja bagi mereka kamu memintakan ampunan atau tidak bagi mereka. Allah tidak akan mengampuni mereka” [TMQ Surah Al-Munafiqun (62):6].
Sesungguhnya tidak ada hukuman lain bagi penghina Nabi SAW, baik Sherry Jones, Geert Wilders, Salman Rushdie dan lain-lain, kecuali hukuman mati. Namun begitu, suatu perkara yang perlu diperhatikan adalah siapakah pihak yang berhak melaksanakan hukuman bunuh itu? Hukuman ini, hakikatnya, hanya berhak dijalankan oleh seorang Ketua Negara Islam yakni Khalifah, atau orang yang telah diberi izin oleh Ketua Negara tersebut untuk membunuh si penghina tadi. Di dalam kedua-dua hadis di atas, ternyata Rasulullah, sebagai Ketua Negara telah memberi keizinan kepada pembunuh yang telah membunuh orang yang menghina baginda.
Salah satu dalil lain kepada perkara ini adalah kes pembunuhan Asma’ binti Marwan, seorang wanita Yahudi yang amat membenci Islam dan kerap menghina Rasulullah. ‘Umair bin ‘Auf, salah seorang sahabat Nabi mendatangi rumah Asma’ lalu membunuhnya. Dalam kejadian tersebut Rasulullah SAW mendiamkannya. Dari kes ini dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh itu dilakukan dengan izin dari Rasulullah SAW dalam kapasiti baginda sebagai Ketua Negara Islam.
Berdasarkan hukum syarak yang jelas, apa yang justeru sewajibnya dilakukan oleh Ketua Negara Islam adalah memerintah untuk menangkap dan membunuh penghina Nabi tersebut. Hanya dengan cara ini sahajalah tidak akan muncul lagi siapa pun yang berani untuk menghina Rasulullah SAW.
Namun malangnya, pemerintah yang ada hanya diam terpaku atas nama kebebasan bersuara. Paling tinggi pun apa yang mereka ‘berani’ lakukan hanyalah mengecam penghina Nabi., kecaman yang langsung tidak bermakna dan bukan berdasarkan kehendak Islam. Oleh sebab adanya pemimpin-pemimpin bacul seperti ini, maka para penghina Nabi seperti Sherry Jones ini tentunya akan terus bermunculan. Oleh sebab kebaculan pemimpin ini jugalah, maka hanya umat Islam yang betul-betul prihatin sahaja yang bangkit untuk mempertahankan Rasulullah.
Jadi, apa pun reaksi/langkah yang telah dan sedang diambil oleh umat Islam, tentunya tidak akan memberi penyelesaian yang tuntas, kerana satu-satunya penyelesaian tuntas itu adalah apabila kita berhukum dengan hukum Islam. Dan hukum Islam menyatakan bahawa penghina Nabi mesti dibunuh, dan orang yang sepatutnya melaksanakan atau mengarahkan atau mengizinkan pembunuhan ini adalah pemerintah. Namun pemerintah yang ada sekarang tidak pernah menerapkan hukum Islam dalam pemerintahan mereka. Oleh kerana itulah, pemerintah yang ada sekarang mesti digantikan dengan seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum Allah dan Rasul, yang akan menjaga kehormatan dan kesucian Rasulullah dan agama Allah. Khalifahlah nanti yang akan mengeluarkan perintah agar penghina Nabi ini dihukum bunuh, sesuai dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah sendiri.
Apakah reaksi dari Hizbut Tahrir? Reaksi dari Hizbut Tahrir adalah, kami tidak pernah berdiam diri dari berusaha untuk menegakkan hukum Allah dengan menegakkan Daulah Khilafah, agar hukum Allah dapat dilaksanakan secara kaffah. Dalam masa yang sama, kami tidak pernah berdiam diri setiap kali Rasulullah dihina. Demonstrasi-demonstrasi aman dan seruan-seruan terbuka terus dilakukan oleh Hizbut Tahrir di dalam mempertahankan Rasulullah dan juga menyeru agar pemerintah menerapkan hukum Allah dan membunuh para penghina Nabi SAW. Semoga dengan tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi, para penghina Nabi ini akan lenyap dari muka bumi ini. Insya Allah.