Iran Mesti Bertindak Dan Hentikan Lakonan Sekarang!
“Jika (negara Barat) menyekat eksport minyak Iran, kami tidak akan membenarkan setitik minyak pun melalui Selat Hormuz.
“Musuh-musuh kami hanya akan berputus asa sekiranya Iran memberi pengajaran keras kepada mereka,” kata Timbalan Presiden Iran, Mohammd Reza Rahimi seperti yang dipetik agensi berita negara ini.
Ketegangan antara Iran dan negara Barat semakin memuncak sejak satu laporan oleh badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 8 November lalu menyatakan, Teheran sedang membangunkan bom atom dan akan meneruskan penyelidikan nuklearnya.
Amaran Iran semalam dibuat tiga minggu selepas menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) bersetuju mengetatkan lagi sekatan ke atas Teheran berikutan laporan berkenaan.
Pertemuan itu turut menyaksikan rancangan yang mungkin menyekat eksport minyak mentah Iran yang merupakan pengeluar kelima terbesar bahan tersebut di dunia.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berkata, amaran Iran itu merupakan satu ‘ugutan’, tetapi tidak mengulas kenyataan bahawa AS menyokong aliran bebas minyak.
“Ia merupakan satu lagi cubaan untuk mengalihkan tumpuan daripada isu sebenar iaitu program nuklear Teheran yang masih diteruskan sehingga kini,” kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner.
Kenyataan Rahimi itu dibuat ketika Iran melaksanakan latihan tentera laut selama 10 hari di selat tersebut dan perairan sekitarnya yang bermula Sabtu lalu. – REUTERS
Selat Hormuz kepunyaan umat Islam bukan Amerika
Selat Hormuz dan kawasan semenanjung Arab keseluruhannya adalah kepunyaan umat Islam dan bukan tentera Amerika. Selat tersebut digunakan oleh Amerika (AS) semasa melancarkan pemcerobohan ke atas Iraq pada tahun 2003 dan banyak dibantu oleh pangkalan ketenteraan Amerika yang telah sedia ada di Kuwait, Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu dan di Dhahran di Arab Saudi.
AS berjaya mewujudkan ketakutan ke atas negara-negara Teluk supaya membenarkan AS membina pangkalan ketenteraannya di rantau tersebut untuk melindungi mereka daripada pemcerobohan kuasa asing selepas pencerobohan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1991. Sehingga sekarang AS berjaya mengekalkan pangkalan ketenteraan tersebut dengan mewujudkan ketakutan negara-negara Teluk terhadap Iran, walaupun dalam sejarah Iran tidak pernah menceroboh negara-negara jirannya.
Pangkalan-pangkalan ketenteraan AS mempunyai tujuan utama untuk melindungi pemerintahan boneka keluarga beraja mereka di negara-negara Teluk supaya AS dapat terus-menerus bekalan minyaknya dengan membayar negara-negara Teluk menggunakan matawang US dollar yang nilainya hanya bergantung sepenuhnya kepada kekuatan AS dan bukan kepada nilai sebenar berbanding matawang emas.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak boleh berhimpun dua agama dalam semenanjung Arab” [hadis riwayat Malik].
Dengan membenarkan AS membina pangkalan ketenteraan di negara-negara Teluk, ini secara langsung telah menjadikan AS sebagai polis rantau tersebut dan menjadikan negara-negara Teluk dijajah secara ketenteraan. Hal ini merupakan suatu kesyirikan terhadap Allah sebab menghimpunkan dua agama di samping Islam di semanjung Arab. Bagaimana mungkin penjaga Rumah Allah ( Baitullah) di Haramain Syarifan terlibat di dalam menjaga kepentingan AS sedangkan sudah terbukti bahawa mereka membunuh dan menzalimi umat Islam hampir di segenap pelusuk dunia?
Pemimpin-pemimpin boneka AS di rantau Teluk yang diperintah oleh keluarga beraja mesti ditamatkan pemerintahan mereka dan diganti dengan pemerintah yang melaksanakan Islam yang dapat mengembalikan ketauhidan kepada Allah di semanjung Arab dan menamatkan kesyirikan tersebut. Tidak ada gunanya menukarkan satu pemimpin dengan pemimpin baru yang juga merupakan boneka AS sepertimana yang berlaku di negara umat Islam sebelumnya padahal sistem pemerintahannya masih sama. Justeru, sistem yang sedia ada juga harus ditukar kepada sistem Islam.
Sumber : Utusan Malaysia 29/12/11