Israel Tidak Akan Pernah Peduli Kecaman Dunia. Hanya Khilafah Yang Akan Mengajarnya

altArab Saudi, AS kecam Israel

Penempatan tambahan Yahudi halangan utama rundingan damai

RIYADH: Arab Saudi semalam menyelar keputusan Israel untuk terus membina 900 rumah baru di timur Baitulmaqdis dan menganggapnya “halangan utama” dalam usaha menyambung semula rundingan damai di Asia Barat.

“Kami berpendapat pendudukan itu adalah halangan utama dalam usaha mencapai rundingan damai…terutama di timur Baitulmaqdis,” kata jurucakap kementerian luar, Osama Nugali, apabila ditanya mengenai keputusan Israel untuk memperluaskan kawasan pendudukan Gilo di timur Baitulmaqdis.   “Kecuali ada langkah lebih pasti berhubung dasar berkenaan, adalah sukar untuk meneruskan usaha damai,” kata Osama.

Arab Saudi sebagai kuasa serantau di Asia Barat tetap mahukan semua perluasan kawasan pendudukan Yahudi di Tebing Barat dibekukan sebelum ia sanggup membantu memulihkan rundingan damai antara Palestin dan Israel.

Sementara itu, di WASHINGTON, Amerika Syarikat menegur Tel Aviv selepas rejim Zionis itu meluluskan projek perumahan Yahudi di timur Baitulmaqdis itu.   “Kami dukacita dengan keputusan jawatankuasa perancangan untuk meneruskan dan membenarkan peluasan pembinaan di Gilo, di Baitulmaqdis.

“Ketika kami bertungkus-lumus untuk melancarkan semula rundingan, tindakan dilakukan Israel menyebabkan usaha kami menjadi lebih sukar,” kata jurucakap Rumah Putih Robert Gibbs.

Tindakan rejim Zionis itu menjadi satu lagi tamparan kepada Palestin yang sebelum ini menggesa pembekuan sepenuhnya sebarang bentuk pembinaan sebelum pusingan baru rundingan boleh dibuat.

Ketika penduduk Palestin terus menerus dilanda kekecewaan berikutan kegagalan usaha damai dua hala dan mendapatkan sebuah negara sendiri, kedua-dua belah pihak terus ‘renggang’.   Laporan media Israel menyatakan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menolak rayuan Amerika untuk membekukan pembinaan di Gilo, tetapi tidak merujuk secara langsung mengenai projek terbaru itu.

Netanyahu menerima kecaman masyarakat antarabangsa kerana membenarkan pembinaan projek perumahan baru di wilayah yang menjadi perebutan kedua-dua belah pihak.   “Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon melahirkan rasa dukacita dengan keputusan Israel untuk meneruskan projek perumahan di Gilo, wilayah Palestin yang ditaklukinya dalam perang 1967,” kata jurucakap Setiausaha Agung PBB itu.

Presiden Palestin Mahmud Abbas berkata kebuntuan itu menyebabkan beliau tidak mempunyai pilihan kecuali berusaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa untuk sebuah negara Palestin walaupun menimbulkan rasa tidak senang Eropah dan Amerika. – AFP

Sumber: Berita Harian 19/11/09

Israel Tidak Akan Pernah Peduli Kecaman Dunia. Hanya Khilafah Yang Akan Mengajarnya

Dunia saat ini hanya dapat menyaksikan kebiadaban rejim kufur Israel yang secara berterusan menunjukkan kesombongan dan keangkuhan mereka kepada umat Islam di bumi Palestin. Tidak ada apa-apa yang mampu dilakukan oleh umat Islam yang berjumlah 1.57 bilion hari ini melainkan sekadar melihat dan mengecam serta mengeluh di atas sikap kebinatangan yang ditunjukkan oleh Israel. Israel tidak akan pernah memperdulikan bantahan dan kecaman masyarakat dunia terhadap tindakan biadap yang mereka lakukan terhadap umat Islam di Palestin. Ini kerana mata, telinga dan hati kaum Yahudi ini telah mati sebenarnya. Bagi Israel, tangisan , rintihan mahupun kecaman yang datang dari seluruh dunia umat Islam saat ini adalah sekadar halwa telinga dan pembakar semangat bagi mereka untuk terus melakukan pembantaian ke atas umat Islam di Palestin. Darah umat Islam yang mereka tumpahkan itu adalah hidangan yang cukup menyelerakan buat tentera mereka. Tindakan pemboikotan barangan yang cuba dilakukan oleh beberapa kerat umat Islam selama ini tidak lain hanyalah sekadar gurauan dan lawak jenaka bagi mereka. Israel tidak akan menghiraukan teguran rakan karib mereka Amerika Syarikat agar berhenti melakukan penindasan kepada umat Islam. Amerika dan pemimpin sekular Arab Saudi hanya pandai berlakon mengecam tindakan Israel. Tidak lebih dari itu. Persoalannya kini sampai bilakah umat Islam akan terus menerima penghinaan yang sebegini hebat.  Sampai bila umat Islam akan terus ditipu oleh lakonan para pemimpin sekular mereka, tanpa ada sebarang tindakan fizikal yang diambil oleh para pemimpin ini untuk memberhentikan kekejaman Israel itu. Justeru itu umat Islam saat ini perlu bangkit untuk menolak segala bentuk ”buah tangan” yang diberikan, samada oleh Amerika mahupun  para pemimpin sekular umat Islam itu sendiri dalam kepura-puraan mereka untuk menolong menyelesaikan masalah umat Islam Palestin. Wahai umat Islam! Yakinlah bahawa kekejaman Israel sebagai sebuah negara yang didokong oleh Amerika itu hanya akan mampu dilenyapkan dengan kekuatan Khilafah. Wahai umat Islam! Sedarlah! Jumlah negara umat Islam hari ini yang lebih dari 57 buah negara sebenarnya tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa terhadap negara kecil Israel. Bukankah ini suatu perkara yang memalukan Islam dan umat Islam? Apakah umat Islam tidak pernah berfikir bahawa sebenarnya Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna telah mempunyai jawaban yang tuntas terhadap persoalan yang berlaku di Palestin itu? Tidak lain, hanya jihad yang digerakkan oleh Khalifahlah satu-satunya jawaban kepada permasalahan di bumi Palestin saat ini.