Jurucakap HTM perjelas hukum wajib tolak kedatangan Trump
Buletin HTM – Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang dijadualkan menghadiri mesyuarat ASEAN di Malaysia pada akhir Oktober ini, telah mula mencetuskan protes dalam kalangan umat Islam di Malaysia.
Isu kedatangan Presiden AS ini telah dipilih menjadi fokus perbincangan program Kupas Tuntas Bersama Jurucakap HTM minggu ini (19/09/2025) dengan tajuk “Kedatangan Trump: Kenapa Wajib Ditolak?”. Di awal ucapannya, Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Ustaz Abdul Hakim Othman menegaskan bahawa kedatangan presiden negara penjajah itu wajib dilihat dari segi hukum syarak, bukan semata-mata dari sudut politik, ekonomi atau kepentingan serantau.
Trump merupakan musuh Allah, musuh umat Islam, raja pengganas dunia, pembunuh umat Islam, penjajah, dan segala macam kejahatan ada padanya, tegas Ustaz Hakim, yang menyebabkan kedatangannya wajib ditolak.
Dalam kupasannya, Abdul Hakim menegaskan bahawa Amerika di bawah Trump adalah pendukung utama entiti Yahudi, dan menjadi pembekal senjata terbesar yang digunakan oleh kaum terlaknat itu untuk membantai umat Islam di Gaza. Selain itu, AS merupakan negara penjajah, yang sebelum ini telah menjajah Iraq dan Afghanistan secara fizikal, dan banyak lagi negara kaum Muslimin di dunia yang dijajah secara ekonomi dan pemikiran oleh AS.
“Di saat Trump sedang membunuh puluhan ribu kanak-kanak dan wanita di Gaza, bagaimana mungkin Perdana Menteri Malaysia boleh menjemput musuh Allah itu, yang sudah pastinya akan diraikan secara besar-besaran di negara ini?” soal Ustaz Hakim.
Selain menjelaskan dalil bahawa Amerika merupakan negara kafir harbi muharibah fi’lan yang satu-satunya hubungan dengan negara seumpama itu ialah perang, Jurucakap HTM itu turut mematahkan hujah-hujah pihak tertentu yang digunakan untuk mewajarkan kedatangan presiden AS ke negara umat Islam.
Trump bukanlah tetamu yang wajar disambut, kata Ustaz Hakim, kerana hadis mengenai memuliakan tetamu tidak terpakai kepada seorang kafir harbi fi’lan, Begitu juga dengan kisah wakil Musailamah al-Kazzab dan Abu Sufian yang datang ke Madinah di mana ada pihak yang menjadikannya sebagai dalil bahawa Rasulullah (saw) menyambut tetamu kafir, terang Abdul Hakim kisah tersebut sebaliknya menunjukkan betapa kerasnya layanan Rasulullah kepada pemimpin kafir yang memusuhi Islam, bukan sebaliknya.
Rasulullah (saw) tidak pernah menjemput, apatah lagi meraikan, kedua-dua pemimpin kafir tersebut, tidak sebagaimana isu sekarang di mana Perdana Menteri Malaysia-lah yang menjemput si Trump untuk datang ke Malaysia dan bakal diberi sambutan kenegaraan. Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia ini jelas merupakan sebuah pengkhianatan dan keharaman, tegas Abdul Hakim.
Kupasan beliau seterusnya menyorot dimensi politik kedatangan Trump, yang bukan sekadar datang untuk bermesyuarat, tetapi merupakan simbol penguasaan dan penjajahan moden Amerika ke atas dunia Islam.
Abdul Hakim menutup kupasan dengan menegaskan bahawa umat Islam bukan sahaja wajib menolak kedatangan Trump, tetapi juga menolak orang yang menjemput pembunuh itu datang ke Malaysia, Para penguasa kaum Muslimin sekarang ini rata-ratanya ialah ejen Amerika atau mereka yang tunduk dan patuh kepada Amerika. Kita wajib menolak para penguasa ini dan berusaha untuk menegakkan Khilafah yang bakal menjadi sumber kekuatan kepada umat Islam untuk melawan Amerika.
Program yang berlangsung hampir dua jam ini disiarkan secara langsung di Facebook dan TikTok Jurucakap HTM, dan rakamannya boleh ditonton semula melalui kedua-dua platform tersebut.