Kebiadaban Negara Israel Terungkap Lagi

jaradatPada hari Sabtu yang lalu, seorang tahanan yang dikenali sebagai Arafat Jaradat, 30, seorang bapa kepada dua orang anak telah dilaporkan mati secara tiba-tiba  di pusat tahanan Megiddo, utara Israel di mana pihak berkuasa penjara berkata ia adalah disebabkan oleh serangan jantung. Kementerian Kesihatan Israel pula berkata kesan kecederaan yang ditemui hasil bedah siasat mungkin berpunca akibat usaha pasukan perubatan untuk menyelamatkan Jaradat. Namun, kenyataan tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri Kebajikan Tahanan Palestin, Issa Qaraqea, yang menyatakan bahawa Jaradat mati akibat didera setelah pasukan patologi Palestin hadir dalam sesi bedah siasat Jaradat yang dijalankan oleh Israel.

”Terdapat tanda-tanda penderaan di belakang, dada, satu luka yang dalam di atas bahu, luka di tulang belakang dan tanda-tanda seksaan di bawah kulit,” katanya yang merujuk kepada keputusan awal doktor Palestin.

Ekoran daripada peristiwa tersebut, seramai 3000 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel melancarkan mogok lapar sehari selepas kematian Jaradat.

Di manakah Morsi dan penguasa-penguasa Muslim yang lain tatkala saudara-saudara seMuslimnya ditindas dan dizalimi? Bukankah Nabi saw pernah mengatakan bahawa darah seorang Muslim itu lebih mulia daripada runtuhnya Kaabah? Sesungguhnya kita dapat melihat bahawa Morsi dan para penguasa Muslim korup yang ada tidak lebih daripada sekadar pengecut dan menjadi patung boneka kafir barat yang tidak mampu membuat sebarang pembelaan terhadap darah dan kemuliaan umat Islam walaupun ia berlaku di negara yang berjiran dengan mereka sendiri. Padahal Allah SWT telah berfirman:

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin”. [TMQ at-Taubah (9):14].

Beginilah bagaimana seharusnya pertolongan diberikan kepada umat Islam Palestin yang sedang ditindas dan dijajah oleh rejim Zionis. Tindak balas seperti ini jugalah yang wajib dilakukan terhadap penyembelihan yang berlaku di negara-negara umat Islam yang lain pada saat ini khususnya di bumi Palestin dan Syria.

“Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (al-Quran) ini benar-benar menjadi peringatan bagi orang-orang yang menyembah Allah”
[TMQ al-Anbiya’ (21):106].

Sumber: Utusan Malaysia, 26/02/13