Kedatangan Obama: HTM hantar surat terbuka kepada semua ahli parlimen

Dalam usaha berterusan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) menolak kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia, satu surat terbuka telah dihantar kepada semua ahli parlimen Malaysia. Selain menerangkan tentang pendirian HTM berhubung lawatan musuh Allah itu ke Malaysia, surat terbuka ini juga bertujuan mendesak ahli parlimen menyatakan pendirian mereka terhadap lawatan pengganas nombor satu dunia itu, sekali gus mendesak Perdana Menteri Malaysia agar menolak lawatan tersebut.

Obama yang telah membatalkan lawatannya ke Malaysia tetapi melantik Setiausaha Negara AS, John Kerry menggantikannya, dijadualkan akan menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) ke-4 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 11-12 Oktober depan.

Sama ada Obama mahupun Kerry yang datang, kedua-dua mereka adalah pemimpin negara kafir harbi yang tidak boleh diterima kehadirannya di tanah kaum Muslimin. AS telah banyak melakukan peperangan dan pembunuhan ke atas umat Islam baik secara langsung mahupun tidak langsung. Inilah yang menjadikan mereka sebagai kafir harbi muhariban fi’lan yang diharamkan memijak tanah kaum Muslimin.

Di sekitar Lembah Kelang, surat terbuka tersebut telah diserahkan secara serahan tangan oleh wakil HTM manakala di tempat-tempat lain, ia dihantar secara pos. Berikut adalah surat yang berkenaan yang bertarikh 15 Zulkaedah 1434H bersamaan 19/09/2013-


SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA

Sebagaimana yang pihak tuan mungkin telah maklum, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan datang ke Malaysia pada 11 Oktober 2013 bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) ke-4 di Kuala Lumpur.

Kami, Hizbut Tahrir Malaysia dengan ini menyatakan bantahan keras kami di atas kedatangan Obama atas sebab-sebab berikut:-

1)    Obama, yang mewakili negara Amerika Syarikat merupakan pengganas nombor 1 dunia. Amerika telah lama mengganas di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain wilayah umat Islam;

2)    Obama yang menggantikan George Bush sebagai Presiden AS, adalah pembunuh utama umat Islam. Sudah puluhan ribu umat Islam yang dibunuh oleh Presiden AS itu, melalui operasi militer mereka di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Palestin (melalui sekutunya Israel);

3)    AS adalah penjajah negara umat Islam, baik secara fizikal (ketenteraan), ekonomi mahupun ideologi (pemikiran). Selain Iraq dan Afghanistan yang telah dicerobohi secara langsung oleh Amerika, Obama kini sedang cuba memasuki Syria secara militer;

4)    Obama adalah pendukung utama Israel. Semua orang tahu yang Obama adalah pendukung Zionis dan pendukung kuat negara haram Israel dan dia akan melakukan apa sahaja demi kepentingan Israel;

5)     Obama adalah pendukung dan penjaga rejim-rejim diktator yang memerintah negara kaum Muslimin di seluruh dunia, yang telah banyak melakukan kezaliman ke atas umat Islam;

6)    Sebagai sebuah organisasi Islam, kami menolak kehadiran Obama kerana merupakan kewajipan atas setiap Muslim untuk menolak Obama kerana dia adalah musuh Allah, musuh RasulNya dan musuh kaum Muslimin secara keseluruhannya.

Selain apa yang dinyatakan di atas, masih banyak lagi kejahatan-kejahatan Obama dan AS yang tidak dapat diungkapkan di sini yang kami yakin pihak tuan sudah sedia maklum. Sehubungan dengan ini, kami menggesa pihak tuan selaku ahli parlimen Malaysia, apatah lagi jika tuan adalah seorang Muslim, agar melakukan perkara-perkara berikut:-

(a)    Mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, agar membatalkan kedatangan Obama ke sini. Tuan selaku wakil rakyat seharusnya mendengar suara kami sebagai rakyat dan seterusnya membawa suara kami ke pucuk pimpinan negara;

(b)    Menyatakan pendirian tuan, dalam apa bentuk sekalipun, bahawa tuan turut menolak kedatangan Presiden negara penjajah ini ke tanah air kita;

(c)    Turun melakukan demonstrasi aman bersama kami, Hizbut Tahrir Malaysia, di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 4 Oktober 2013 (selepas solat Jumaat) bagi menunjukkan solidariti kita sekali gus menyatakan bantahan di atas kedatangan musuh Allah ini.

Sekiranya pihak tuan tidak melakukan perkara-perkara di atas, kami dengan ini terlebih dahulu menyatakan kekesalan kami di atas sikap diam pihak tuan. Namun sekiranya pihak tuan melakukannya, kami dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak tuan menjalankan salah satu tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada tuan dengan benar. Allah jualah Yang Maha Membalas apa sahaja yang pihak tuan lakukan.

Yang benar,

UST ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA