Kekejaman Terbaru Rejim Myanmar
Pihak berkuasa Myanmar menyatakan bahawa larangan tersebut adalah bertujuan untuk mengurangi tindakan kekerasan terhadap etnik Rohingya. Ini adalah kerana dengan langkah terbaru itu, ia kononnya diharapkan dapat mengurangkan kebencian kalangan orang-orang Myanmmar terhadap kelompok Rohingya.
Alasan tersebut sama sekali tidak masuk akal dan terbukti menunjukkan dengan jelas rasa kebencian yang sangat mendalam pihak berkuasa Myanmar terhadap umat Islam. Setelah diserang dengan stigma buruk dan manipulasi fakta, bermula daripada pengaburan fakta sejarah, memanipulasi jumlah angka korban yang terbunuh, serta menyatakan tidak wujud genocide di Myanmar sehingga menyatakan bahawa ia hanyalah sekadar konflik dalaman dan bukan konflik agama nasib buruk umat Islam di sana terus berlanjutan tanpa adanya sebarang pembelaan.
Di manakah pemimpin dan tentera umat Islam yang mengaku sebagai saudara seakidah mereka berada pada saat ini? Di manakah Erdogan, Dr Muhammad Mursi, Bambang Susilo dan seluruh pemimpin Islam di dunia pada saat ini? Bukankah tentera-tentera mereka seharusnya diseru untuk melakukan Jihad ke atas mereka yang menghalang dan memusuhi Islam secara nyata dan terbuka? Adakah mereka tidak sedar bahawa darah dan maruah umat Islam rohingya yang tertumpah akibat penindasan rejim Myanmar itu adalah darah saudara seakidah kita? Kesakitan, rintihan dan kesengsaraan yang mereka alami seharusnya dirasakan oleh kita bersama. Sabda Rasulullah SAW:
“Seseorang tidak layak digelar orang mukmin sehingga mampu mencintai saudaranya (sesama Muslim) bagaikan mencintai diri sendiri” [HR. Anas bin Malik RA]
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam”.
[HR. Muslim].
Di sisi lain, Nabi SAW memberitahu kepada bahawa nyawa seorang muslim itu lebih bernilai daripada dunia dan seisinya.
“Hancurnya dunia lebih ringan di sisi Allah dibandingkan terbunuhnya seorang muslim” [HR an-Nasâ`i (VII/82], dari ‘Abdullah bin ‘Amr. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi (no. 1395)
Rujukan : kosmo.com.my