KELANTAN BERGEGAR DENGAN SERUAN PENEGAKAN KHILAFAH
KOTA BAHRU 07 Ogos: Buat julung kalinya Siri Jelajah Malaysia (SEJAM) 2010 peringkat negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu yang lepas di Z & H Inn, Kota Bahru. Seminar tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dengan tayangan video yang bertajuk “Ila Mata” yang memaparkan kisah kesedihan umat Islam di seluruh dunia dan seruan ke arah Khilafah. Seperti di dalam SEJAM yang lalu, dua orang ahli panel telah membentangkan kertas kerja mereka. Kedua-dua ahli panel tersebut ialah Ustaz Abdul Hakim Othman yang merupakan Presiden Hizbut Tahrir Malaysia dan Ustaz Umar Hussein selaku Timbalannya.
Dalam pembentangan pertama, Ustaz Umar telah menyampaikan tajuk “Khilafah adalah suatu kewajiban dan bukannya pilihan”. Ustaz Umar menjelaskan di dalam pembentangannya itu, kewajiban ini berasaskan dalil dari al-Quran, AS – Sunnah, Ijma’ Sahabat, Kaedah Ushul dan pendapat para ulama. Di antara kandungan pembentangan beliau yang harus diambil serius oleh kita adalah bagaimana kuffar barat sudah pun menyedari akan persoalan Khilafah berbanding dengan umat Islam hari ini.
Beberapa kata-kata dan pandangan dari pihak barat telah di paparkan oleh beliau dalam seminar kali ini. Sementara itu, Ustaz Abdul Hakim selaku ahli panel 2 telah menjelaskan bahawa Khilafah itu sebenarnya mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menyelamatkan dunia ini daripada kerosakan dan kejahatan Kapitalisme yang sedang menguasai dunia pada saat ini. “Fakta dan rekod kehebatan Khilafah yang pernah berdiri selama 1300 tahun itu telah cukup menjadi bukti yang begitu kukuh untuk menguatkan hujah ini” ujarnya. Khilafah juga mampu dan berupaya membawa rahmat ke sekalian alam. Berdasarkan daripada sambutan umat yang hadir ke majlis SEJAM 2010 peringkat negeri Kelantan kali ini, kita dapat lihat sudah terbit sinar baru bagi seruan dan gelombang penegakkan Khilafah di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya yang semakin membara. Kaum muslimin yang hadir ke SEJAM 2010 kali ini nampak sudah mula menyedari bahawa satu-satunya penyelesaian kepada permasalahan yang melanda umat Islam hari ini adalah kerana Islam tidak diterapkan samada di dalam kehidupan umat atau negara .
Mereka turut menyedari bahawa demokrasi adalah suatu bentuk penipuan yang diciptakan oleh barat untuk mengagalkan usaha-usaha umat Islam daripada memperjuangkan Islam mengikut thoriqah dakwah Rasulullah SAW yang sebenarnya. Keadaan ini sudah pastinya akan melambatkan lagi usaha-usaha penegakkan kembali Khilafah . Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan bacaan doa. Dalam sesi soal jawab yang berlangsung , nampaknya para hadirin begitu berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perjuangan dakwah Hizbut Tahrir dalam ruang lingkup kehidupan mereka di Malaysia. Kaum muslimin yang hadir berasa amat bertuah kerana dapat mengemukakan persoalan-persoalan mereka secara langsung kepada Presiden HTM sendiri, dan umat mendapat jawaban dan penjelasan terus dari sumber yang sebenarnya iaitu pihak HTM. Di dalam kesempatan ini, pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan seminar SEJAM 2010 Peringkat negeri Kelantan untuk kali ini. Jangan lupa untuk mengikuti siri SEJAM 2010 yang seterusnya selepas ini.