Kempen Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir: “Selamatkan Jannat Bespalova yang ditangkap!”

Rejim penjenayah Rusia telah banyak melakukan kekejaman terhadap umat Islam di Rusia, di mana pada hari ini ratusan umat Islam dipenjarakan di penjara-penjara Rusia kerana penglibatan mereka dalam kegiatan Hizbut Tahrir. Mereka dituduh dengan tuduhan palsu kononnya terlibat dengan “keganasan” menurut keputusan Mahkamah Agung pada tahun 2003  yang membuat dakwaan palsu bahawa Hizbut Tahrir adalah pertubuhan ganas. Menurut keputusan tersebut Parti Politik Islam adalah parti “pengganas”.

Apabila undang-undang semakin diperketatkan terhadap anggota-anggota parti, dakwaan-dakwaan tersebut direka-reka bukan berasaskan undang-undang “fundamentalisme” yang termaktub dalam perlembagaan tetapi berasaskan undang-undang “keganasan” yang mana hukuman penjara boleh mencapai sehingga dua puluh tahun.

Perlaksanaan “undang-undang” ini menyebabkan penindasan secara terbuka di semua wilayah Rusia termasuk St. Petersburg di mana puluhan para pengembang dakwah telah ditangkap sejak beberapa tahun lalu. Pada 24 November pasukan keselamatan menangkap isteri kepada salah seorang banduan yang telah dikenakan hukuman penjara 12 tahun iaitu Issa Rahimov, seorang anggota Hizbut Tahrir. Isteri Issa berbangsa Rusia dan beliau memeluk Islam serta mengubah namanya daripada Alla menjadi Jannat Bespalova. Beliau ditangkap kerana dakwahnya bersama Hizbut Tahrir dan beliau ditempatkan dalam penjara bersama-sama penjenayah. Pada  Januari 2018 penahanannya telah dilanjutkan untuk selama 2 bulan lagi yang bermakna beliau akan kekal dalam penjara Rusia sehingga  16/03/2018 iaitu tarikh perbicaraan yang seterusnya. Allah (swt) berfirman:

قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

“Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118)

Mengambil kira hal ini, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir telah melancarkan kempen global yang dikenali sebagai “Selamatkan Jannat Bespalova yang ditangkap!”. Respon terbaik terhadap kejahatan Rusia yang menindas wanita Muslim yang lemah ialah dengan bergerak bersama-sama Hizbut Tahrir untuk mendirikan Khilafah mengikut minhaj keNabian. Inilah landasan sebenar untuk mendapatkan keredaan Allah (swt). Dengan mengembalikan pemerintahan Islam, umat Islam akan dibebaskan darpada undang-undang kufur dan kejahatan rejim-rejim zalim. Allah (swt) berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

 “Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul, apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” (QS. Al-Anfaal: 24)

Ya Allah, kami memohon pertolonganMu dan keberkatan untuk saudari kami Jannat dengan kasih sayangMu, dan juga untuk suaminya dan semua Muslim yang ditahan dalam penjara walau pun mereka tidak melakukan jenayah kerana mereka melakukan dakwah yang menyeru kepada Islam. Ya Allah kami memohonMu supaya menyegerakan hari yang membolehkan umat Islam mengembalikan pemerintahan Islam ke muka bumi dengan pertolonganMu dan kami dapat menghukum mereka yang menyerang  anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kepunyaan umat yang mulia ini. Ya Allah kabulkanlah doa kami. Amin.

Sabtu 15 Jumada Al-Akhir 1439 H – 03 Mac 2018

 

Laman rasmi kempen: http://www.hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/hizbuttahrir/14900.html