Kempen Rapatkan Saf: HTM Lancar Online Petition

Sempena kempen Rapatkan Saf yang telah dilancarkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) semalam, kami dengan ini melancarkan Online Petition untuk ditandatangani oleh umat Islam, sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.

Kami menyeru seluruh umat Islam agar menandatangani petisyen ini dan seterusnya menyebarkan pautannya seluas-luasnya serta menggalakkan rakan-rakan yang lain untuk turut menandatanganinya. Walaupun usaha ini mungkin kecil, tetapi tunjukkanlah keinginan kita untuk kembali solat sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah (saw), dan dalam masa yang sama kita mendesak kerajaan agar menarik balik segera arahan penjarakan saf dalam solat berjemaah.

Dalam pada itu kami juga menyeru seluruh umat Islam yang menyokong kempen ini agar menggunakan hashtag #rapatkansaf dalam setiap hantaran (posting) anda.

Semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran yang besar di sisi-Nya insya Allah.

Berikut ialah pautan Online Petition:

https://tinyurl.com/rapatkansaf

#rapatkansaf