KENYATAAN PENAFIAN
Merujuk kepada laporan sebuah blog yang telah mengaitkan nama Hizbut Tahrir di dalam upacara ‘Candlelight Vigil’ Anti ISA yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu 10 April 2010 di Dataran Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, maka Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan ini menegaskan bahawa:-
- Kami tidak tahu menahu dan tidak pernah diberitahu atau dihubungi oleh sesiapapun mengenai perkara ini dan kami tidak pernah menyatakan persetujuan ataupun sokongan terhadap acara tersebut sebagaimana dilaporkan. Oleh itu, kami langsung tidak ada kaitan dalam hal ini.
- Kami juga ingin menyatakan bahawa aktiviti seumpama itu merupakan suatu yang sia-sia yang tidak akan memberi apa-apa makna kepada perjuangan Islam atau menuntut keadilan. Bahkan ia lebih mirip kepada amalan atau hadharah keagamaan (Kristian) yang haram bagi umat Islam meniru atau menyertainya.
- Kami meminta agar pemilik atau pengendali blog tersebut mengeluarkan nama ”Hizbut Tahrir” dari laporannya serta merta. Jika tidak, maka tanggunglah dosa besar dari Allah Azza wa Jalla di atas fitnah yang telah dilontarkan.
- Kami ingin menegaskan bahawa ISA sememangnya haram di sisi Islam dan wajib dihapuskan oleh pemerintah dan diganti dengan undang-undang (hukum-hakam) Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM)