Keruntuhan Akhlak Masyarakat Barat Semakin Parah
RAMAI pastinya yang sudah mengetahui mengenai pelakon Pamela Anderson yang sudah berbogel banyak kali untuk majalah Playboy. Namun begitu, pelakon berkenaan mempunyai pengalaman menarik ketika mula-mula dia beraksi tanpa seurat benang untuk majalah tersebut.
Menurutnya, ketika kali pertama berbogel pada usia 22 tahun, dia hampir-hampir muntah di studio kerana merasa jijik dengan apa yang dilakukannya itu. Namun tidak beberapa lama kemudian, dia mula rasa selesa dan senang dengan pekerjaannya itu.
Namun lama-kelamaan Pamela akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut sehinggakan kini dia pula merasa ketagih untuk berbogel. Malah, ada masanya dia terpaksa diingatkan supaya berpakaian sebelum keluar dari studio.
Sumber: Kosmo Online 28/12/10
Wanita Kafir Merasa Bangga Dengan Kebejatannya!
Tatkala gejala sosial yang melanda di seluruh ceruk dunia semakin parah, masyarakat barat masih lagi belum sedar akan krisis keruntuhan akhlak yang menimpa ke atas mereka. Di Amerika, prinsip-prinsip kebebasan sangat dijunjung dan dipertahankan oleh kerajaan dan di antaranya adalah prinsip kebebasan individu. Prinsip yang kononnya akan memberikan kebebasan dan kesejahteraan kepada manusia tetapi ia sebenarnya mendatangkan kebinasaan dan semakin mencerminkan lagi kepincangan dan kebusukan Ideologi yang dijaja oleh mereka di seluruh dunia.
Lihatlah betapa rendahnya nilai moral yang dipegang oleh hampir setiap individu di dalam masyarakat mereka. Sebahagiannya tidak merasa malu ketika berbogel untuk tontonan khalayak ramai. Bahkan, mereka sangat bangga melakukannya. Inilah salah satu bukti yang menunjukkan kerosakkan Ideologi Kapitalis-Sekular. Kemegahan sains dan teknologi yang dibawa oleh Ideologi ini ternyata palsu kerana tidak memenuhi fitrah manusia seluruhnya. Ia bahkan membawa manusia ke lembah jahiliyyah yang penuh dengan kesesatan. Amat menyedihkan pada saat ini, Ideologi yang sama juga diterapkan oleh kebanyakkan negara-negara umat Islam khususnya Malaysia. Jadi, walaupun mungkin Malaysia tidak akan sampai ke tahap artisnya berbogel tanpa segan, hakikatnya, isu gejala sosial akan terus menjadi masaalah yang berpanjangan selagi syariat Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya.