Ketakutan Barat Kepada Islam
Cope yang ketika ini berkempen untuk menggantikan Nicolas Sarkozy sebagai calon berhaluan kanan untuk jawatan presiden pada 2017, berkata burqa mesti diharamkan sebagai mempertahankan hak wanita.
“Kita boleh mengukur kemodenan masyarakat menerusi caranya melayan dan menghormati wanita,” katanya. Pada masa ini, kalangan politik Perancis berbelah bagi sama ada mengharamkan burqa dengan parti Sosialis menentangnya tetapi pada masa sama tidak menggalakkan wanita Muslim menutup anggota badan sepenuhnya.
Kementerian Dalam Negeri berkata, hanya 1,900 wanita memakai burqa di Perancis.
Sumber : Berita Harian, 08/01/2010
Ketakutan Barat Kepada Islam
Inilah wajah sebenar kuffar Barat kepada Islam dan umat Islam. Pelbagai cara dilakukan oleh ahli politik mereka untuk terus menekan dan menindas kehidupan umat Islam. Perancis sebagai salah sebuah negara yang kononnya menyanjung tinggi dan memperjuangkan idea kebebasan dan hak asasi manusia telah menonjolkan wajah hodoh mereka yang sebenarnya. Mereka mencuba dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk terus menjadikan Islam dan umatnya sebagai sasaran kebencian di kalangan masyarakat. Pelbagai alasan dan helah dikemukakan untuk menjustifikasi apa yang sebenarnya tersimpan di dalam diri musuh-musuh Allah ini. Apakah alasan yang rasional dan konkrit bahawa burqa yang dipakai oleh seseorang muslimah itu terkait dengan isu keselamatan? Bukankah itu hanyalah semata-mata dalih yang diada-adakan? Nampaknya sekali lagi golongan sekular kuffar pada hari ini menggunakan pendekatan politik busuk mereka untuk menjayakan agenda jahat bagi memadamkan cahaya Allah SWT:
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [TMQ At- Taubah (9) : 32].
Disebalik kesombongan mereka, golongan kuffar ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menentang Sang Pencipta yang telah menciptakan mereka. Amat hina dan lemahnya tindakan mereka. Benarlah firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”. [TMQ A_li-‘Imraan (3) :118].
Hanya Khilafahlah yang akan membela Islam dan umat Islam dari terus dijadikan sasaran kebencian Barat. Sudah saatnya Khilafah itu berdiri.