Laporan Forum Muslimah: Islam Menjamin Kesejahteraan Wanita

Ahad 2hb Ogos 2009, Bandar Baru Bangi
Dalam usaha berterusan untuk mendekati masyarakat dan menyedarkan umat, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia(MHTM) dengan kerjasama Ikatan Intellektual Nusantara(IKIN) telah mengadakan sebuah lagi forum Muslimah yang bertajuk “Islam Menjamin Kesejahteraan Wanita” bertempat di Bilik Cempaka, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.  Forum yang bermula pada jam 9.15pagi sehingga 1.00 petang ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari berbagai golongan Muslimah tidak mengira usia dan profesion.

Program di dahului dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al Quran Surah Ali Imran Ayat 130 hingga 135.  Seterusnya Forum dimulakan dengan menampilkan seorang moderator bersama tiga orang ahli panel yang terdiri daripada aktivis HTM, wakil IKIN serta seorang pakar perundangan Malaysia bagi mengupas segala kemusykilan dan kekeliruan pada masa kini bermula dari definasi kata sejahtera di segi bahasa dan syarak sehinggalah kepada rungkaian status kesejahteraan muslimah di Malaysia mahupun di luar negara, punca kepada ketidak sejahteraan itu dan juga kupasan mengenai pendekatan yang di ambil oleh sistem perundangan Malaysia mahupun golongan pejuang-pejuang wanita termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan(NGO) dalam menggunakan keterbatasan akal dan kebobrokan sistem perundangan gubalan manusia untuk mencari dan menyelesaikan permasalahan dan ketidak sejahteraan wanita di bumi Allah ini.

Ketiga-tiga ahli panel bersetuju dan bersepakat bahawa penyelesaian yang sebenar bagi segala permasalahan yang di bincangkan tidak lain adalah dengan membina semula ketakwaan individu di dalam diri setiap umat Islam, yang seterusnya akan mewujudkan masyarakat yang mempunyai perasaan dan pemikiran yang sama dan sentiasa beriman kepada firman Allah yang bermaksud : “ Dan hendaklah ada segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan(Islam), menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang beruntung ” [TMQ Ali Imran (3) : 104].

Namun, satu perkara yang sudah tiada lagi di dalam kehidupan Umat Islam pada ketika ini, yang dengannya Umat Islam khususnya golongan wanita akan terus terjamin kesejahteraannya adalah seorang Khalifah(pemerintah) yang menerapkan pemerintahan Islam secara Kaffah (menyeluruh) merangkumi segala sistem kehidupan yang mengikut Syariat yang telah ditetapkan Allah, melalui Daulah Khilafah ala Minhajin Nubuwwah.

Sebelum mengakhiri forum, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah menyeru dan menyedarkan Muslimah yang hadir bahawa adalah menjadi tanggung jawab setiap Muslimah untuk mendalami tsaqafah Islam dan berdakwah serta berjuang mengikut thariqah dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bagi mengembalikan Daulah Khilafah yang telah dimusnahkan oleh Ejen Kuffar Barat Mustafa Kamal Laknatullah pada 3hb Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1342H yang hanya dengan kembalinya Daulah Khilafah ini akan terzahir erti kata “Islam Menjamin Kesejahteraan Wanita”.
 
Para Muslimah turut di hidangkan dengan tayangan Multimedia yang membuktikan ketidak sejahteraan golongan wanita tempatan mahupun Muslimah di peringkat global.  Ruangan pameran tentang wanita dan Khilafah dan jualan buku-buku keluaran Hizbut Tahrir turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta.

Di kesempatan ini. pihak MHTM dan IKIN ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Muslimah yang hadir ke forum ini dan juga kepada semua warga kerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan forum yang dirancangkan ini.  Semoga segala bakti di redhai Allah serta di beri ganjaran di akhirat kelak dan mudah-mudahan kejayaan forum ini dapat dijadikan sebagai satu titik tolak dalam usaha murni MHTM mengubah penghinaan keatas wanita hasil kerja tangan sistem Demokrasi yang dipaksakan ke atas seluruh umat Islam pada ketika ini sebagaimana firman Allah : “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib/keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ”. [TMQ ar Rad (13): 11]. 
Wallahu ‘alam bishawab