Majoriti Tahanan Politik di Rusia adalah daripada kalangan Syabab (Pemuda) Hizbut Tahrir!
Pada 14 Jun laman web “Memo.ru” melaporkan: “Dalam menerajui Piala Dunia di Rusia,”Memorial” menerbitkan senarai nama tahanan politik. Ia adalah senarai nama mereka yang di tahan berkaitan hak kebebasan beragama dan yang berkaitan agama telah meningkat dari 97 kepada 108 orang. Majoriti nama dalam senarai tersebut adalah yang dituduh terlibat dalam organisasi “Hizbut Tahrir al-Islami”, mereka mengisytiharkan Hizbut Tahrir sebagai pengganas di Rusia namun tanpa sebarang alasan apa pun – ini adalah dua kes yang disabitkan di Moscow dan Bashkortostan iaitu Aidar Aydarbekov , Radik Imangulov, Sukhrob Ironov, Mirzobahovaddin Kurbonov, Miniakhmetov Kuku, Akmalchon Numonchonov, Maxim Puigin, Naimjon Khodzhaev, Albert Shafiev; dan Nariman Memedeminov, aktivis Tatar Crimean juga dituduh dalam kes yang sama. Terdapat 158 orang dalam senarai yang kami siarkan hari ini: 50 daripada mereka dimasukkan dalam senarai umum tahanan politik, manakala seramai 108 dalam senarai orang yang dilucutkan kebebasan mereka dalam mempraktikkan kebebasan beragama”
Komen:
Secara keseluruhan terdapat seramai 237 Syabab (Pemuda) yang kini dilucutkan kebebasan dan disabitkan kes berkaitan Hizbut Tahrir dalam senarai “Memorial”. Terdapat juga wanita dalam senarai tersebut . Syabab telah dihukum penjara tanpa disabitkan sebarang kesalahan dengan hukuman 19 tahun penjara. Hari ini, 20 Syabab sedang dibicarakan di Bashkiria. Pendakwa raya menuntut Syabab ini dihukum penjara 25 tahun dan dikenakan denda 500 ribu Rubel.
Kebiadaban Rusia memang telah lama tampak dan telah meletakkan dirinya sebagai musuh Islam dan umat Islam. Jika merujuk kembali sejarah lampau, kita dapat melihat bahawa, sejak abad ke-16, individu bernama “Tsar Ivan the Terrible” telah merampas tanah-tanah orang Islam di Kazan, Astrakhan dan Khanians Khanates. Ketika menawan bandar, orang-orang Barbar ini tidak melepaskan mana-mana wanita, lelaki tua, atau kanak-kanak serta merompak bandar-bandar dan membunuh ratusan umat Islam.
Kempen ketenteraan orang-orang Barbar ke atas tanah umat Islam diteruskan pada abad ke-17-18, yang berlaku di Kaukasus. Pada abad ke-19 bermulanya peperangan melawan Khilafah Uthmaniyyah. Pemerintah diktator komunis yang baru dibentuk pada awal abad ke-20 di USSR, berdasarkan idea materialistik , mereka meneruskan perang terhadap Islam dan umat Islam di Asia Tengah. Selepas Perang Dunia Kedua, rejim komunis ini melakukan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Crimea dan Kaukasus. Tatar Crimea, Chechen, Ingush, Dagestani semuanya telah dibuang ke Asia Tengah. Di Asia Tengah sahaja, ratusan ribu umat Islam dibunuh , kebanyakannya adalah termasuk ahli-ahli teologi dan para ulama.
Dasar kebencian penguasa Rusia terhadap Islam dan umat Islam berkesinambungan sehingga hari ini. Pihak berkuasa Rusia terus menganiaya umat Islam Rusia dengan penuh kejam dan melakukan tuduhan-tuduhan tertentu, khususnya kepada syabab Hizbut Tahrir. Bagi menangkap seorang Syabab Hizbut Tahrir, mereka dengan penuh kejam menghantar seramai 20 orang dari pasukan khas tentera lengkap bersenjata dengan pakaian seragam khas dan bertopeng. Tiada negara lain atau kerajaan-kerajaan lain di dunia ini yang menuduh Hizbut Tahrir sebagai sebuah organisasi pengganas, tidak sama sekali dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Rusia. Tiada penguasa di mana-mana negara lain di dunia boleh meluluskan hukuman kepada syabab Hizbut Tahrir dengan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun tanpa sebarang pertuduhan. Jelas penguasa rejim kejam Rusia takut kepada Islam dan kebenaran yang disampaikan dari Syabab Hizbut Tahrir !!!
Oleh itu, kedudukan orang-orang Islam di mata rejim kejam Rusia sangat jelas dan telah terbukti . Umat Islam menghadapi musuh yang berselindung di bawah pengaruh kerajaan Rusia, yang menganiaya umat Islam bukan sahaja di Rusia, tetapi juga di Syria, Asia Tengah dan lain-lain di bahagian dunia.
Usaha bagi membebaskan umat Islam di Rusia, Asia Tengah dan negara-negara lain dari kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa Rusia adalah seperti mana yang disampaikan oleh Nabi Muhammad yang kita dikasihi, iaitu kebangkitan semula sebuah negara yang adil dengan jalan Kenabian yakni Daulah Khilafah . Ini adalah perjuangan ideologi dan politik bersama-sama dengan Hizbut Tahrir bagi menentang rejim diktator dan kafir.
Dengan kebangkitan semula negara yang adil, Khilafah yang diketuai oleh penguasa yang soleh, umat Islam akan menemui perisai (pelindung) yang akan melindungi seluruh umat Islam dari bahagian dunia dari penganiayaan terhadap negara-negara penjajah dan pengikut-pengikut mereka, juga dalam menghadapi penguasa-penguasa korup dari kalangan umat Islam . Sebagaimana sabda Nabi Muhammad :
“Imam adalah perisai, di belakangnya kamu berperang dan kamu melindungi diri kamu dengannya” [HR Imam Muslim].
Dan semoga Allah memberi pertolongan kepada kami.
Eldar Khamzin
Dari Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir